Thursday, November 21, 2013

YIPPIE

Terselah keayuan dan kelegaan yg tak terhingga lepas jawab mid term usul fiqh tadi.

Boleh pulak ustaz tadi offer sape nak dia semakkan jawapan depan-depan.

Oh,memang sah-sah lah aku yg kebelakang dulu.takut..

Lepas dah agak-agak lain clear,baru aku dtg jumpa ustaz.hehe.penakut rupanya.

Habis je ustaz tanda kertas jawapan aku tu,ustaz terus pandang aku.*ok,ketak lutut habak hang*

He said : ukhti,i know you can be a nice student.i believe in you.then,give more effort and try to practise harder.you will be a very nice student..*then,he start to smile*

Aku pandang dia balik.aku sengih.sgt speechless.terharu.

Ingat lagi masa kelas pertama dengan dia,dalam hati ni rasenye dah berhelai kertas kajang buat karangan mengkondem dia.itu tak kena.ini tak kena.garang.saiko.sume ade.

Bila dah nak dekat final ni,baru aku rasa yang akulah diantara insan bertuah yg dipertemukan dengan dia.

Dalam ketegasan dia,ada terselit secebis kasih sayang.

Yang membuat aku rasa ak rasa takut nak lukakan hati dia.

Yang membuat aku rasa sedih bila dia rasa kecewa dgn anak didik dia.

Kasih sayang yg membuat aku lagi bersemangat untuk berjaya..:)

TERIMA KASIH USTAZ.

Cc : Ustaz Lutfi bin Zain
        Lecturer of USIM

*You taught us how to be a person.we are really proud to have you in our life*

       

Thursday, November 14, 2013

PENGAWAL HATIKU

Hai kamu! *lambai laju-laju*

Ade hati lagi nk bajet cool.nak nangis tu nangis je lah.bukan ada yg sudi nk tengok pun.hahaha.

Hajat dihati nak ambik bubur asyura dekat dataran selera.nak buat berbuka puasa.tup2 air mata yg dibawak balik.hambik kau.

Ape kelas nak nangis sebab bubur habis.bazir air mata dgn hingus je.tp better lah dari nangis sebab lelaki.opps.

Rindu ke aku kat dia?

Tapi kenapa setiap kali aku jumpa dia,aku mesti nak kena nangis?

Ya Allah..

Ustaz harun din ada cakap,Jangan simpan seseorang dalam hati kerana hati itu sifatnya berbolak balik.simpanlah seseorang di dalam doa kerana doa itu tercatat dilangit selamanya.

So,lepas ni kena belajar jd kuat.sebab ape?sebab tujuan kita hidup ni bukan untuk kejar cinta dia.tapi untuk kejar cinta dari Allah.Yeay!

Oklah,dah nak berbuka dah ni..selamat berbuka semua.jangan sedih-sedih.Allah kan ada..:)

Orang cantik tak boleh nangis selalu.nanti cepat berkedut.hehe.

Sunday, November 10, 2013

IKHLAS ITU INDAH

Ikhlas itu jiwa yang murni, rahsia Allah di dalam hati, terlalu sembunyi tapi dapat dikesan, jika disuluh dengan saksama, nista dan puji tiada berbeza.”~

Memandangkan pagi-pagi ni generator otak macam under construction je.
Macam tak tahu nk buat ape je.

Sebenarnya aku nk mengadu.resepi kek coklat kesayangan aku dah hilang..T.T

Then,aku dengan tabah nye,jumpe lah dgn cik google.mntk tolong dye.

Perghh.hampeh..sume tak jadi.

Ade versi keras smpi tercabut gigi palsu nenek.
Ade pulak versi manis semanis Dato' Siti.
Ade jugak versi liat mcm aku nk bgun pagi-pagi.

Dan tiap kali eksperimen aku berlangsung.tiap kali tu lah mak jugak akn mula On-air.*yg kau sepah dapur dye lepas tu x reti nk kemas sape suruh.*

Lepas tu kata cha cha yg buat.eii.sabo je lah.sejak bile ko bela kucing berdarah keturunan chef ni.hampagass betul.

Itu kisah versi mak.ni kisah versi abah pulak.

Abah rasa kann.kek tu klu ikut bahan dia dah elok dah tu.cukup serba serbi.tapi abah rasa mungkin ko tak ikhlas kot nak membuatnya.*errrr..lari jauh-jauh duk tepi kolam ikan*

Tapi ade betul jugak kata abah tu,yela,kite ni manusia biasa je.tak lari dari sifat riak dan angkuh tu.lagi-lagi bile orang dah start puji kek hang tu sedap kan.tu pasal lah ditakdirkan buku resepi hang tu hilang.hahahaaha*sila gelak dengan gaya kiah propa*

So,kesimpulan yg kita dapat hari ini.nk buat kerja tu.kena betulkan niat.jgn sombong.ikhlaskan niat.biar sume yg kita buat tu dpt ganjaran yg baik oleh Allah dan memiliki kesudahan yg baik.*ayat mcm perli kek aku yg tak jd je*

Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.”(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Sememangnya menjadi lumrah manusia jika melakukan kebaikan mereka inginkan pujian, dipandang hebat oleh manusia, mendapat ganjaran keduniaan seperti pangkat, darjat malahan harta benda. Diri akan merasa bangga dan puas jika mendapat ganjaran keduniaan yang diimpikan. Alangkah ruginya golongan yang hanya mendapat kelebihan dunia, di sisi manusia. Namun di sisi Allah SWT semuanya kosong dan tidak bermakna. Setiap amalan yang dilaksanakan, jika tiada keikhlasan hanyalah sesuatu yang hipokrit dan berpura-pura."

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka”. (Riwayat Baihaqi).

P/s: So,lepas ni sebelum buat kerja tu,jgn lupe hembus kanan hembus kiri.bagi terkeluar sikit air liur busuk tu.kena kat kepala syaitan.lari lah semua..haha.ok,sori.just kidding..:) *sila jangan tiru aksi ini*

Wednesday, November 6, 2013

KECEWA

Hina sgt ke kalau jd org bandar tu?

Sempurna sgt ke klu dpt jd org kampung?

Dah komfem sgt ke kalau duk kmpung tu amal ibadat cukup terus msuk syurga.

Dan klu duk kt bandar yg penuh dgn maksiat tu even kite beribadat siang mlm tetap msuk neraka.

Baru berhijrah ke tahun baru.tetapi pemikiran dan gaya bahasa sungguh tak mencerminkan budaya.

Walaupun aku ni kekadang dilabel mulut laser,tapi dalam hati ni setiap saat berdoa supaya hari demi hari Tuhan bantu kurangkan sifat tu dr aku.

kalau boleh,setiap perkataan yg keluar tu,biarlah semuanya menyejukkan telinga yg mendengar.

Aku nak jadi orang yg baik.

Tapi kenapa semua org tak pernah nk faham apa yg aku rasa.









Tuesday, November 5, 2013

PROMO LAGI

Latest product : Dipped-apple-chocolate

*Delicious & yummilicious..!!*

Feel interesting?

Like our page in FB and follow us on Instagram.

Search : nanina_gift @ nanina_choco

TOGETHER WE LOVE,TO SEE ONE SMILE ♡

----------------

Here we have -->

**chocolate praline.
**chocolate oreo.
**chocolate love box and many more..








Kecik hati bila org tak respon dgn kata-kata anda?

Innallahumaassabirin..:)

AWAL MUHARRAM.SEBARKAN SEMANGAT BARU.

Last week,kami ada kuliah usul fiqh.

Guess what?

Tengah syok-syok belajar tu,tiba-tiba ustaz tu tanya,

Ha,kamu.berapa ramai isteri nabi?

Kecoh kelas.masing-masing duk mengira.ade yg kate 10.ade yg kate 11.ade jgk yg teka 12.

Rupanya masa tu bukan aku sorang je yg terkedu.tambah2 lagi bila ustaz tu jerit satu kelas."are u muslim or not?"

Let's start bermuhasabah.

Macam mana nk jadi muslimah sejati kalau baru kena tanya sikit pun dah tak tahu nk jawab.

Inikah generasi yg nak jd ibu dan ayah pada masa akan datang.

Yang perlu mendidik anak bangsa.

Yang perlu mengisi dan mengasah minda anak-anak mereka dgn ilmu yg bermanfaat.

Ya Allah,aku yakin,mesti anak-anak aku akan malu kalau ada ibu seperti aku.

I admit.

Rasa tersangat malu dgn Allah.rasa macam dah tak layak dah nk terima nikmat dari Dia.
Dan kalaulah nabi tahu macam ini keadaan umatnya,mesti nabi akan rasa lebih kesal dan sedih.
Allahu..!

Macam mana nk dapat syafaat nabi kalau masa kt dunia ni pun kita tak ambik peduli pasal dia.
Yang kita tahu,nk melagha je.gosip.gosip dan gosip.

Yang selalu belek majalah gosip tu,bawak-bawaklah biasakan diri belek kisah nabi.
Yang dah terbiasa menghafal lagu k-pop tu,bawak-bawaklah hafal lagu nama nabi ke,lagu 10 malaikat ke.

InsyaAllah,bila kita niat baik,Allah akan sentiasa permudahkan jalannya.
Nak berubah itu memang tak senang.tapi ganjarannya...^^

P/s : Perubahan yg baik selalunya takkan ambil masa sehari tetapi akan memakan masa bertahun-tahun.apa yang penting,istiqamah.saya pun tak sempurna,jom kita belajar sama-sama?  :)

*We love Allah,we love Prophet.salam maal hijrah 1435*

Sincerely,

ME.