Thursday, December 26, 2013

IMPIAN #1

Dear my future hubby,

Err.oleh tak kalau saya nk request kat awak sesuatu?

Eh,Awak angguk?Yeay!*joget2*

Saya selalu pasang impian kalau nanti bila saya dah ada keluarga sendiri,saya teringin sangat kalau suami saya sudi buatkan mini library dalam rumah kami.

macam ni?



atau yang ni?
*itu pun kalau awak sudi.*sambil gigit-gigit kuku.

Saya selalu risau kalau bakal anak-anak kita nanti terpengaruh dengan dunia luar yang kita sendiri tahu terlalu banyak ancaman untuk minda-minda mereka.

yang paling saya takut kalau anak-anak kita terlibat dgn gejala yg tak sihat.minta dijauhkan Allah.

Saya nak bakal pewaris kita nanti membesar dengan ilmu.ilmu yg bermanfaat bukan sahaja utk dunia tapi juga utk hari akhirat mereka.

dan supaya nanti bila suatu hari kita pergi meninggalkan mereka,saya yakin saya mampu pergi dengan tenang.

Sebab saya yakin,pada masa tu.mereka sudah pun memiliki kehidupan yg boleh untuk dibanggakan.

mesti kita pun bangga jadi mummy & daddy diorang kan.
.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain”
(HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni.)

sejuk hati kalau dapat anak macam ni kan.aminn. =D

sekian,

bakal mummy yg kuat berangan.






Wednesday, December 11, 2013

YOU & ME

Eh jijah,ko dah 20 lah hrini.baru boleh geng.yeay!!

Aku rindu kau.T.T

Aku nak peluk kau..T.T

Tapi kau jauh..

Kalau aku tak nekad dulu,mesti aku pun boleh join together2 dengan korg kt sane tu kann.hekhek.

Terima kasih ats tunjuk ajar selama ni.terima kasih kerana mendidik aku mnjdi iron woman.aummm.

Terima kasih kerana sudi berkongsi kegilaan bersama aku.serius jiwa aku lapang.hati aku tenang bila kau ade dekat dgn aku.

Ingat tak  ade sekali tu kau naik bilik aku. kau ajar aku subjek biologi.sebab ape?sebab ko kate ko rindu nk belajar sama dgn aku.

Aku bangga dengan kau jijah.

Sepanjang berkawan dgn kau.kau tak pernah ajar aku mcmne nak nangis.tak pernah! Wow.tough kan kite?hehe.

Aku doakan semoga semua cita-cita dan impian kau akan tertunai suatu hari nanti.

Be a good doctor oke.jangan garang-garang.nanti kesian kt patients awak tu.hihi.

Jangan nakal-nakal kt USM tu.jadi buat baik macam aku.*peace*

Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik buat aku.

Terima kasih kerana memberi aku peluang utk mendengar setiap keluhan dan luahan hati kau selama ni.

Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang untuk aku untuk terus ada di dalam hati kau.

Terima kasih atas setiap masa yg kau sudi luangkan untuk aku.

And..

Last but not least,Terima kasih kerana sentiasa bersabar dgn setiap kerenah aku.

You're really superb beb..!!

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Azizah Ma'amor..
Allah selamatkan kamu..:)

Big clap.yeay!!

Persahabatan itu bukanlah tentang siapa yg terlebih dahulu hadir dalam hidup kita,namun siapa yg datang dan tak pernah meninggalkan kita sendirian..=)

I love u for the sake of Allah..!

Tuesday, December 10, 2013

TUTORIAL MEMAKAI TUDUNG

Hijab is not our hair replacement..:)


Pakai tudung ni simple pun sebenanye.tak susah mana pun.

check it out..!

DONT'S yang PERTAMA :

1.       Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Tadaa~ 

eh,kenapa kau tiru aku..?

DONT'S yang KEDUA :

1.       Allah SWT berfirman : "katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..." (an nuur :ayat 31)


*************

  Allah SWT berfirman : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(surah al ahzab : ayat 59)


Haha.amik kau.So,kalau rasa-rasa tak nak perkataan gedik tu setepek menyinggah ke hidung sendiri.jom kita muhasabah diri oke..:)

last but not least...

 Penghijrahan itu lebih-baik buat perlahan-lahan tapi istiqamah . Dari kita ubah sekali gus semuanya , tapi dalam jangka masa yang pendek.

Allah sayang kita. Semua pun sayang kita..! Yeay..!










Tuesday, December 3, 2013

AL AHZAB 33:36

''Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (Al ahzab 33:36)

Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dengan sanad yang shahih, yang bersumber dari Qatadah bahwa Nabi saw. melamar Zainab untuk Zaid (anak angkat beliau), tetapi Zainab mengira bahwa Rasulullah melamar untuk dirinya sendiri. Ketika Zainab tau bahwa Rasulullah melamar untuk Zaid, ia menolaknya. 

Ayat ini (al-Ahzab: 36) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang melarang kaum Mukminin menolak ketetapan Allah dan Rasulnya. Setelah turun ayat tersebut Zainab pun menerima lamaran itu. 

Diriwayatkan oleh oleh Ibnu Jarir dari ‘Ikrimah yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari al-‘Aufi yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahwa Nabi saw. melamar Zainab binti Jahsy untuk Zaid bin Haritsah, akan tetapi Zainab menolaknya dan berkata dengan sombong: 

“Keturunanku lebih mulia daripadanya.”

Ayat ini (al-Ahzab: 36) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, sebagai perintah untuk menerima ketetapan Allah dan Rasul-Nya. 

P/s : Berpegang dan percayalah kepada qada dan qadar.Kerana sesungguhnya Allah itu hanya akan memberi apa yg terbaik untuk hamba-hambanya. Allahuakbar.Allahurabbi. :)

        

BAHAGIA

Kadang-kadang kita terlalu leka untuk membuat org sekeliling kita bahagia.sampaikan kita sanggup mengabaikan dan menolak ke tepi semua kebahagian yg kita boleh terima.

Tak kisah walau hati kita kadang terluka oleh mereka.kerana perasaan sayang itu sendiri telah menutup segala kesilapan dan kekurangan mereka pada kita.

Tapi sayangnya mereka tak melihat itu semua.mereka terlalu sibuk.

Dan bila mana mereka mula untuk membuat keputusan ke atas kehidupan kita sendiri.Sampaikan kita tiada hak untuk bersuara.

Setianya kita pada mereka.kita tolak perasaan benci dan marah itu sejauh mungkin.

Kerana kita percaya tiada apa yg lebih bahagia selain dari melihat mereka bahagia.

Ya Allah,kau berikanlah kelembutan pada hati-hati mereka ya Allah.

Sesungguhnya mereka terlalu bererti dalam hidupku dan aku belum sanggup untuk kehilangan mereka.

P/s : all it takes is a beautiful fake smile to hide an injured soul and they will never notice how broken you really are.

Sunday, December 1, 2013

ENTRY DI PETANG HARI

Welcome back DISEMBER..:)

Hopes that you're doing good.

Petang-petang macam ni mesti seronok kalau dpt duduk tepi pantai.tgk sunset.wahh.lepastu mula berangan.hahaha.*itu je lah yg ko reti buat*

And,you know what.

It will be one of the best part in your life when someone come to you and say yes! I like you.jom couple.

Best kan?best kan?

Tapi..

Tapi lg best kalau dye datang dan kata sudikah kau menjadi yg halal buatku.oh.shuwett sgt.

Eh,sape yg cakap tu?haha..

Tak sangka kan dalam diam,dah tua rupanya aku ni.kihkih.

Berdebar.neves.takut.fobia.trauma.sume ade.

Sudah cukup sempurnakah aku untuk melangkah kearah itu.

Dan cukup kuatkah aku untuk menempuh segala dugaannya nanti.

People said : When Allah bring you to it,it will bring you through it.

Allah said : Allah tidak akan membenani seseorang diluar kemampuannya.


Jika kamu mahukan yg cantik.itu bukan saya.

Jika kamu mencari yg berharta.itu juga bukan saya.

Tetapi jika kamu mencari seseorang yg ingin dibimbing.itu adalah saya.


Inginku menjadi seperti Siti Aminah binti Abdul Wahab...Begitu kental emosinya setelah pemergian suami tercinta, Abdullah bin Abdul Mutalib.Mengasuh dan mendidik junjungan mulia Nabi Muhammad saw khatimul anbiya'.

Inginku menjadi seperti Siti Khadijah binti Khuwailid...Kekayaan dan kejayaan dalam perniagaan tidak menghalang beliau bersifat dermawan.Tetap setia memberi kekuatan kepada suami tercinta, Rasulullah saw saat menerima wahyu pertama dan setia di sisi saat Rasulullah ditentang hebat Musyrikin Quraisy

Inginku menjadi seperti Siti Aisyah binti Abu Bakar...Ketajaman akalnya sungguh bermakna untuk Islam.Masakan tidak, bijak merawi bait-bait hadith Rasulullah saw.Humaira panggilan suami tercinta buatnya

Inginku menjadi seperti Siti Hajar...Seorang yang asalnya hamba, Taat pada perintah Allah tidak berbelah bagi.Ditinggalkan di Mekah bersama Nabi Ismail a.s namun tidak mengeluh kepada suaminya Nabi Ibrahim Tetap atas pasak yang kukuh menuruti perintah Yang Maha Esa

Inginku menjadi seperti Siti Sarah...Banyak berkorban demi suami tercinta.Doa yang tidak putus-putus kepada sebenar-benar pemberi rezeki hingga dimakbulkan.Dikurniakan seorang anak benama Ishak yang juga seorang Nabi

Inginku menjadi seperti Fatimah Az-zahra binti Muhammad...Sifat tawadhuknya amatlah disenangi walaupun anak seorang Nabi.Seorang yang sangat bersederhana hinggakan menjual barangan peribadi untuk membeli makanan.Amat disayangi bapa dan ibunya, menjadi suri di hati Ali kwjh.

Inginku menjadi seperti Siti Zulaikha...Seorang yang jelita.Mengutamakan cinta Allah mengatasi makhluk.Mengubah cinta nafsu kepada cinta berpaksikan Allah.

Inginku menjadi seperti Asma' binti Abu Bakar...Srikandi agung terpahat tatkala Hijrah.Isteri yang sungguh setia kepada suaminya,Tidak berkahwin biarpun suaminya pergi dahulu menghadap Ilahi.Berhijrah ketika sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair.Ibu yang kental berjuang lagi dermawan.

Inginku menjadi seperti Asiah Binti Muzahin...Istana yang indah tidak melunturkan keimanannya kepada Allah.isteri yang berani menegakkan kebenaran walaupun berhadapan suaminya.Walaupun diseksa jasadnya, namun imannya tetap utuh.

Inginku menjadi seperti Siti Rahmah...Setia menerima Nabi Ayub dalam senang dan susah.Tatkala semua insan menjauhkan diri, beliau tetap menjaga Nabi Ayub siang dan malam tanpa keluh kesah.Hinggakan sanggup mendukung suaminya yang tidak berdaya bangun lantaran penyakit yang semakin kritikal.Itulah ujian yang digambarkan olehnya sebagai peluang meraih ganjaran akhirat.


P/s :Kenapa awak sanggup terima saya?

        Sebab awak sudi terima saya..:)

       **insyaAllah, sama2 doa hbgn kte smpai ke akad eh..