Wednesday, August 19, 2015

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI


Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.

1.    Elakkan berurusan dengan lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2.  Guna Perantaraan

Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.

Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh).

Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.  Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

 “Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.

Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?

3. Tundukkan hati:

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.

Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan.

Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”.

Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata.

Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi.

Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke.

Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran.

Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat.

Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

5. Cepatkan urusan.

Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita.

So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu.

Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat… :-)


Sumber: Halaqah.net

Saturday, August 15, 2015

9 Negara di Dunia Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)


Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
UAE mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi iaitu pada $49,000 dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $360 bilion. Walaupun tiada income tax untuk jana pendapatan negara, UAE mengenakan cukai kepada syarikat-syarikat minyak sehingga 55% dalam cukai korporat. Selain daripada itu, mereka mengenakan 30-50% cukai ke atas alkohol. Terdapat juga cukai tidak langsung lain, seperti bayaran perumahan, cukai perbandaran, tol jalan raya, dan caj perkhidmatan

Kuwait
Negara yang pernah dijajah oleh Iraq ini mempunyai rizab minyak keenam terbesar di dunia, yang mewakili 75% daripada hasil kerajaan, menjadikan KDNK negara ini $173 bilion. Selain daripada petroleum dan gas asli, Kuwait mempunyai industri yang berkaitan dengan perkapalan, pembinaan, simen, dan penyahgaraman air. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, cukai korporat adalah satu lagi cara untuk mendapat pendapatan di Kuwait; pendapatan syarikat-syarikat asing dikenakan cukai pada 15%. Pekerja dengan kewarganegaraan Kuwait juga menyumbang 7.5% daripada pendapatan mereka bagi liabiliti keselamatan sosial, dan majikan menyumbang 11%; lebih kurang seperti KWSP.

Kepulauan Bahamas
Sebuah negara di Caribbean, ia bergantung kepada pembiayaan luar pesisir dan pelancongan sebagai industri utama ekonomi. 36% daripada $11.4 bilion KDNK negara ini adalah daripada perkhidmatan kewangan, dan lebih daripada 60% daripada industri pelancongan. Selain daripada tiada cukai pendapatan, Bahamas juga tidak kenakan sebarang cukai korporat, mahupun cukai nilai tambah dan cukai keuntungan modal. Cukai gaji, bagaimanapun, yang dikenakan pada 3.9% dibayar oleh pekerja dan 5.9% yang dibayar oleh majikan.

Bahrain
Sebuah lagi negara kaya di Timur Tengah, Bahrain bergantung kepada petroleum dari medan minyak yang dikongsinya bersama dengan Arab Saudi. Sumber utama pendapatan negara merangkumi 70% daripada hasil bajet negara, 60% daripada eksport, dan 11% daripada KDNK. Eksport kedua terbesar selepas minyak adalah aluminium, diikuti oleh kewangan dan pembinaan. Negara ini mengalami krisis ekonomi pada tahun 2011, tetapi pulih dengan perkembangan industri pelancongan yang meningkat pada tahun 2012. Pekerja menyumbang 6% daripada pendapatan bulanan mereka kepada keselamatan sosial, manakala majikan meliputi 9%.

Kepulauan Cayman
Salah satu negara kecil yang merupakan Wilayah Luar kepunyaan British. Kepulauan Cayman adalah kumpulan tiga pulau di Caribbean. Sumber-sumber utama pendapatan negara ini adalah cukai tidak langsung. Negara ini mengenakan cukai sehingga 22% bagi duti import. Memandangkan negara ini adalah sebuah negara bebas cukai, ia menjadi pusat kewangan luar pesisir yang berkembang maju dengan lebih 93,000 syarikat yang berdaftar pada tahun 2008 termasuk 300 bank, 800 syarikat insurans, dan 10,000 dana bersama. Mata wang tempatan, Dolar Cayman Island (KYD), ditambat selepas Dolar Amerika Syarikat (USD) pada kadar yang tetap iaitu 1KYD kepada 1.2 USD.  Pada tahun 2008, 70% KDNK negara ini disumbangkan menerusi sektor pelancongan iaitu dengan nilai $3.28 bilion.

Qatar
Sebuah negara Timur Tengah yang mempunyai KDNK sebanyak $183 bilion, menurut Forbes.com, lebih daripada 50% hasil eksport minyak dan gas dijadikan sumber pendapatan. Pada tahun 2013, Majalah Global Finance menamakan Qatar negara paling kaya di dunia, berdasarkan KDNK dari Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity). Kerajaan tempatan di sini juga tidak mengenakan apa-apa cukai jalan, cukai kereta, cukai majlis atau cukai nilai tambah (VAT). Entiti perniagaan dicukai pada kadar rata 10% cukai korporat, bagaimanapun, dan ada cukai kerajaan sebanyak 7% di hotel-hotel dan restoran. Kos sara hidup di Qatar, bagaimanapun, adalah sangat tinggi.

Bermuda
Sebuah lagi negara milik British di luar negara, ekonomi negara pulau ini dijana dari insurans luar pesisir dan insurans semula, serta sektor pelancongan. KDNK per kapita adalah hampir 70% lebih tinggi daripada Amerika Syarikat, pada $86,000 pada tahun 2011. Sebagai ganti sistem cukai pendapatan, Bermuda mempunyai cukai penggunaan (VAT, caj perkhidmatan, dan sebagainya), cukai gaji, cukai hartanah, dan duti import yang tinggi. Oleh kerana itu, Bermuda adalah dianggap sebagai antara senarai negara-negara dengan kos hidup yang tinggi di dunia.

Oman
Sama seperti jiran Timur Tengah yang, Oman tidak mempunyai cukai pendapatan. Negara ini juga bergantung kepada hasil minyak, yang mencakupi hampir 70% daripada jumlah pendapatan negara. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, Oman mengenakan cukai korporat sebanyak 12% bagi perniagaan tempatan dan sehingga 30% bagi perniagaan asing dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh negara-negara bukan GCC. KDNK negara ini adalah $95 bilion, dan sedang menghadapi masalah kekurangan rizab minyak semula jadi. Oleh kerana masalah ini, kadar pengangguran di Oman telah meningkat kepada 15%, dan menyebabkan kebanyakkan rakyatnya tidak puas hati kepada pemerintahan yang ada.

Brunei Darussalam
Satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak mengenakan cukai pendapatan terhadap rakyatnya.  Terletak di Borneo dan dahulunya naungan British, industri Brunei terutamanya bergantung pada petroleum, gas asli, pembinaan, dan pertanian. KDNK negara pada $ 22.25 bilion, terdiri kebanyakannya daripada eksport petroleum dan gas. Walaupun tidak ada apa-apa cukai pendapatan, rakyat Brunei dikehendaki membayar dana keselamatan sosial amanah sebanyak 5% daripada gaji mereka, dan tambahan 3.5% yang dimasukkan ke dana pencen mereka. Terdapat juga 12% cukai hartanah di ibu negara, Bandar Seri Begawan, dan cukai korporat sebanyak 20% bagi syarikat tempatan dan bukan tempatan.

Daripada senarai yang telah dinyatakan di atas, anda boleh lihat sendiri bahawa kebanyakkan negara-negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan adalah negara-negara kaya dengan minyak dan juga bergantung kepada cukai lain yang lebih tinggi.
Malah, kebanyakkan negara-negara ini terutamanya negara di Timur Tengah mempunyai kos sara hidup yang jauh lebih tinggi dari mana-mana negara di dunia. Maka, tidak hairanlah ada rakyatnya yang hidup serba kekurangan, dan melakukan lebih daripada satu kerja.

Sumber: www.comparehero.my





Accounting,fianance and banking bootcamp 2015



Hi,dari KL sentral,kami semua dibawa menaiki bas ke tempat penginapan iaitu di Hotel Seri Semarak yang terletak di Bangi.Selepas selesai process check in.kami dibawa ke Maybank Academy.Hari pertama kami diisi dengan kehadiran warga Deloitte.

Sesi bersama Deloitte team
Deloitte is one of the big four audit firm.Wow.sangat bangga rasanya bila dapat bertemu dengan mereka semua.Banyak ilmu dan tip yang dikongsi.Antaranya tips menghadiri interview dan juga bengkel grooming.

This guy just finished his degree in electrical engineering at Australia
Hari kedua kami pula diisi dengan kehadiran warga Maybank dan KPMG.KPMG ni adalah salah satu adik beradik big four jugak.Yang lagi dua tu adalah Ernst&Young dan PwC. Yang lagi buat kami terperanjat bila 10 orang dari kami dapat offer  placement internship dari KPMG.Wow.nak nangis rasa.

Ain,Ili,Kila,Tengku dan Syahirah

my teemmate :)

Hari ketiga pula,kami bersama dengan Standared Chartered Bank dan BDO.Banyak ilmu yang dikongsi bersama.

Bersama warga BDO
Hari terakhir kami adalah bersama Bakers Tilly. Syarikat audit firm terhebat selepas the big four.Kalau nak tahu,sebenarnya majoriti peserta yang dapat sertai bootcamp ni adalah Chinese.Melayu bolehlah kira pakai jari.Dh lah lepastu semua belajar overseas.UK lah,US  lah.Australia lah.Dan aku?


Empat hari disitu memang menghadiahkan aku terlalu banyak kenangan dan pengalaman.Yup.diorang semua terlalu dan tersangatlah hebat nak dibandingkan dengan aku ni. T.T

Sekian.

Sudahnya,aku makin takut menghitung hari nak intern weyhhh.*sorok bawah meja*


Saturday, August 8, 2015

INTERN

Aku pun tak tahu lah nak label masalah ni sebagai masalah atau tidak.Kalau ikut lumrahnya budak-budak akaun ni peluang dia memang banyak.Kalau tak nak intern bahagian audit,boleh pilih bahagian tax.kalau tak nak amik tax,boleh amik bahagian akaun.Bersepah kot accounting firm kat KL tu.Tinggal depends on luck korang je untuk diterima atau ditolak.

So,bukan masalah lah kan.haha.

S.Y.U.K.U.R

Kena lah belajar bersyukur sis.syukur banyak tempat nak intern.jangan asyik merungut je.Tapi tu lah orang kata, hidup jangan sentiasa mendongak langit, ingat sama rumput di bumi. Bukan apa,nak sangat mendongak,Kang salah urat, padan muka. Hehe. Nanti kalau sis dah dapat kerja bagus, gaji besar,rumah besar,kereta besar. Duit lebih shopping tu nanti,ingat-ingatlah pada mereka yang memerlukan ye.yelah,bukan apa sis,investment dunia sis dah buat.investment bank akhirat.Subhanallah.berlipat ganda untung dia sis.Sumpah tak rugi.


Sis,Tuhan tu pun tak menjanjikan hidup kita indah selamanya kan.Jadi sentiasalah besederhana dan bersyukur dengan setiap yang tuhan beri.Bukan itu saja,bila bersuara pun ada batasnya.jangan asyik nak kita sorang je menang. Kalau ikutkan sis lah yang paling hebat, paling bagus, paling perfect, punya suami paling baik, family paling bahagia dari yang orang lain.Tapi ingat,Allah tu maha melihat diatas sana.

"If you are grateful,I will give you more.. " (Surah Ibrahim 14:7)
                                                           

Jadi sudahkah sis bersyukur hari ini?

Friday, August 7, 2015

. . BUT IT STILL BEATS FOR YOU

hi.jeles tak rasa bila kena attend wedding junior sendiri?Whoaa.junior kot.konfirm lah kau yang dijemput tu lagi tua.kahkah.

ouh.tiba-tiba teringat kisah cinta zaman dahulu kala.Ye,dialah cinta pertama aku dulu dan sekarang.dulu tu official lah tapi sekarang tu illegal.sebab dulu memang kitorang berchenta berdua tapi sekarang ni aku berchenta sorang-sorang je.haha.tu lah,dulu acah-acah hot.mintak clash bagai sebab alasan tak leh focus nak SPM.nasib baik result kau perform.kalau kau corot memang dah lama aku celup muka tu dalam kolam biawak.Lepas SPM habis,dia ada lah mintak nak sambung balik.sesuai dengan agreement yang ditandatangan 10 bulan sebelum tu.okeyy,over.haha.tapi aku lah pulak taknak sebab masa tu dialah antara barisan player terhandal abad itu.jadi,aku pun rasa macam insekiooo lah kan sebab level kecantikan aku ni negative 10 juta.jadi aku pun dengan paksa hati terus membawa diri.Lepas dari tu,memang aku dan dia tak berjumpa langsung.sebab aku dapat tawaran sambung belajar kat Negeri Sembilan dan dia dapat tawaran ke Pahang.Wah.Then buat filem Cinta terhalang sebab petrol naik harga lagi.Komfim paling sikit 10 juta profit.ok,abaikan.Hee.Tapi kitorang tak de lah stop cenggitu je.Kitorang adalah tegur-tegur balik dekat fb.ecewahh.tak de lah selalu pun. Setahun 3 kali?

See,siapa cakap bila putus tak boleh jadi kawan balik?

Kita kawan sampai kawin okeyyy?


Kalau semua nak tahu,sekarang ni dialah tempat aku mengadu semua masalah aku.rahsia-rahsia kerajaan aku semua ada pada dia.tapi aku percaya,dia seorang yang jujur.kalau tak dah lama rahsia-rahsia aku tu jadi viral dekat media social.hot setapppp lah aku lepas ni.hehe. Tak tahu lah weyh .Dalam berjuta orang yang aku kenal,dia lah satu-satunya orang yang  boleh buat aku rasa tenang  balik bila urat otak aku ni bersimpul 368 juta ikatan.Dengan kata senangnya,dia lah panadol bagi aku tiap kali aku rasa tak sihat.erkk.sesuai ke?haha.Dialah juga yang selalu support aku bila aku rasa give up dengan kehidupan aku yang sebenanrnya tak de lah mencabar mana pun. Hisssh.attention seeker betul wanita sorang ni.haha.sampai ada sekali tu aku siap pesan kat dia jangan kahwin dulu sebelum aku jumpa jodoh.Yela,Dia selalu cakap yang aku ni tough tapi hakikatnya aku tak kuat macam apa yang dia sangkakan.Aku cuba untuk jadi kuat pun sebab aku dah tak nak susahkan dia lagi.sebab aku tahu,tak selamanya dia boleh ada untuk aku T.T  Kadang-kadang kan bila sewel aku datang.mulalah aku fikir pelik-pelik.sampai aku boleh terfikir macamana nak ada kan masalah tu sendiri,sebab nanti ada lah alasan aku untuk chat dengan dia lagi.*devil laugh*ala,cakap je lah kau dah mula rindu dia.kan senang.

Agak-agak kalau aku doa dengan Allah dari sekarang untuk  jodohkan aku dengan dia dan bukakan pintu hati dia rasa-rasa sempat lagi tak?

Oh Allah,May the first stay until the last. :’)