Monday, March 3, 2014

COMEL #PART 1

"Anak yang baru dilahirkan umpama kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya."

Rasululullah S.A.W bersabda : setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah -hadis riwayat bukhari dan muslim.

Noted.
ibu bapa adalah asas dalam pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak.

Alhamdulillah,Allah bukakan lagi pintu rezeki yang baru.merasalah i nak jadi part-time tutor.bunyi macam lawak je.tapi itulah hakikatnya.student i ni baru darjah tiga.nama dia Adam.tapi semua orang panggil dia Comel.baru kelas pertama,dia dah buat i jatuh sayang dgn dia.acane tu?

the most part yg buat i jatuh hati tu,cara pemikiran dia.tersangatlah matang utk kanak-kanak seusia dia.

**Comel,nanti besar nak jadi ape?

jadi polis.

**Kalau comel dah ada duit banyak,apa Comel nak buat dgn semua duit tu?

Comel nak bagi 2 ribu dkt mama dan ayah! eh,cukup ke kak?
lagi,Comel nak simpan duit tu.nak bawak mama dan ayah pergi umrah.
lepas tu baru Comel guna untuk yang lain-lain.

**Comel nak kawin?

Nak.tapi Comel nak cari yang pakai tudung lah kak.kat luar tu semua dah tak pakai tudung.rambut pun dah berwarna warni.seksi pulak tu.macamana lah diorang tu solat kan kak.

**kenapa Comel nak belajar dgn akak?

Comel dpt keputusan periksa nom **. Jadi kak,Comel tak bolehlah malas.Kena lebih berusaha.Tu yang Comel datang belajar dgn akak.

Ya Allah,betapa bangganya akak dipertemukan dgn Comel.walaupun Comel masih budak-budak,tapi pemikiran Comel tak sama macam tu.Comel ni umpama malaikat pada akak.Setiap kata yg Comel ungkapkan,tak ada yg menyakitkan malah menguatkan diri akak.mengingatkan akak dan menegur diri akak.Semoga semua cita cita dan impian murni Comel akan tertunai suatu hari nanti..Aminnn.

Wednesday, February 26, 2014

SYAFAKALLAH

Done deactivated all my social accountsssss.

Reason?

Dengan harapan dapat lebih masa untuk dekat dengan Allah,
21 tahun bernafas di bumi pinjamnnya cukup untuk aku merasa sangat-sangat lemah,jahil dan berdosa.
Kita selalu bertanya apakah sumbangan kita untuk negara.
Tapi tak pernah terdetik apakah sumbangan kita untuk akhirat kelak.
Kita selalu berfikir tentang saham dunia.saham akhirat?
Allahu..jauhkanlah aku dari menerima azab-Mu.semoga aku mampu untuk terus istiqamah di jalan-Mu.

P/s: kawan,tak salah untuk kita membantu orang.sangat mulia dan terpuji.but,jangan kerana kita terlalu seronok melihat mereka bahagia sampai lupa untuk memberi kebahagiaan untuk diri kita sendiri.tiada sebab untuk kita terus bersedih dan bersedih.semua yang terjadi pasti punya sebab.remember,bahagia itu tidak selalu datang bersama kesempurnaan.sihat atau sakit,dua-dua ujian Allah.sakit itu membuat kita ingat pada Tuhan,sihat itu membuat kita lupa dengan kewujudan Tuhan.walaupun sekarang ni awak masih berkeras untuk merahsiakan penyakit tu dari saya,jujur saya sedih.kenapa mesti nak berahsia dgn saya?
semoga awak cepat diberikan kesembuhan.walaupun suatu hari nanti saya mungkin akan pergi jauh dari awak,tapi selalu ingat,saya kirimkan Tuhan untuk sentiasa disisi awak,menjaga awak,untuk buat awak rasa cukup tenang dan lebih bahagia.