Tuesday, March 11, 2014

DUNIA HATI

" Dijadikanya indah pada (pandangan/Penglihatan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."(3:14)
tugas dan tujuan sebenar hati :

1. untuk mencari ilmu
2. untuk mencari kebijaksanaan
3. untuk mencintai Allah dan rasul.
4. untuk mengabdikan diri pada Allah. {dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan   
    untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(Az-Zariyat, 51:56) }
5. suka untuk mengingati Allah.

tanda hati mencintai Allah :

apabila keindahan dunia dan seisinya tidak memberi kesan pada hati seseorang.ini kerana manusia itu cenderung untuk mencintai 8 perkara iaitu : 

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24) 

Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(16:107).

susunan perasaan cinta yang betul adalah :

1. Allah
2. Rasul
3. Jihad di jalan Allah.


Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: " Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu."

cara terbaik bagi mengatasi penyakit hati adalah dengan melawan hawa nafsu! :)

via : Ust.Yusuf bin Khalid.
Pengajar Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan

{akhlak dan tasawwuf}





 

 

Monday, March 3, 2014

COMEL #PART 1

"Anak yang baru dilahirkan umpama kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya."

Rasululullah S.A.W bersabda : setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah -hadis riwayat bukhari dan muslim.

Noted.
ibu bapa adalah asas dalam pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak.

Alhamdulillah,Allah bukakan lagi pintu rezeki yang baru.merasalah i nak jadi part-time tutor.bunyi macam lawak je.tapi itulah hakikatnya.student i ni baru darjah tiga.nama dia Adam.tapi semua orang panggil dia Comel.baru kelas pertama,dia dah buat i jatuh sayang dgn dia.acane tu?

the most part yg buat i jatuh hati tu,cara pemikiran dia.tersangatlah matang utk kanak-kanak seusia dia.

**Comel,nanti besar nak jadi ape?

jadi polis.

**Kalau comel dah ada duit banyak,apa Comel nak buat dgn semua duit tu?

Comel nak bagi 2 ribu dkt mama dan ayah! eh,cukup ke kak?
lagi,Comel nak simpan duit tu.nak bawak mama dan ayah pergi umrah.
lepas tu baru Comel guna untuk yang lain-lain.

**Comel nak kawin?

Nak.tapi Comel nak cari yang pakai tudung lah kak.kat luar tu semua dah tak pakai tudung.rambut pun dah berwarna warni.seksi pulak tu.macamana lah diorang tu solat kan kak.

**kenapa Comel nak belajar dgn akak?

Comel dpt keputusan periksa nom **. Jadi kak,Comel tak bolehlah malas.Kena lebih berusaha.Tu yang Comel datang belajar dgn akak.

Ya Allah,betapa bangganya akak dipertemukan dgn Comel.walaupun Comel masih budak-budak,tapi pemikiran Comel tak sama macam tu.Comel ni umpama malaikat pada akak.Setiap kata yg Comel ungkapkan,tak ada yg menyakitkan malah menguatkan diri akak.mengingatkan akak dan menegur diri akak.Semoga semua cita cita dan impian murni Comel akan tertunai suatu hari nanti..Aminnn.