Saturday, November 1, 2014

BEHIND THE WORD OF 'COUPLE'

Sedang-sedang berblog walking, suddenly i found this article. nice sharing. semoga bermanfaat. 
cc : 

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Saturday, October 25, 2014

MID SEM BREAK

masa nak tunggu mid sem break ni,siap amik marker pen,buat bulatan kt tarikh kalendar besar-besar.lepastu buat reminder.countdown berapa hari lg nk sampai.bila masuk je mid sem break.ouhhhhhhh.rasa nak panjat bangunan klcc lepastu jerit kuat-kuat sebab tak puas hati cuti sikit sangat.hahaha.mana cukup ko bagi aku seminggu je.nak main basikal pusing kampung pun dapat berapa ciput kali je lah.belum tolak lagi sebab hujan.adik ada kelas tambahan.banyak kot wishlist aku.jangan main-main.belum petang-petang pulak nak main badminton acah-acah lee chong wei jr.lepastu dgn nak masuk dapur lagi.nak masak-masak acah-acah chef liza enak bersama ramly.lepastu nak marking kertas periksa student abah lagi yg tggi macam banjaran titiwangsa.eh,banjaran titiwangsa tu tinggi ke?lepastu nak belajar jahit baju dgn mak sebab berangan nak bukak butik.eh kau ni,semalam baru bercita-cita nak bukak kafe,harini nak bukak butik,besok nak bukak kilang buat kapal terbang pulak ke? kemusykilan disini kenapa dia bagi aku cuti sekejap sangat?kenapa?kenapa?tolonglah memahami insan-insan unik seperti kami ni.nak nangis dah ni.*campak beg jauh-jauh* kepada madam2 yg jelita lagi ayu,tolonglah cakap kelas kami takde minggu ni.tolongggglahhhh.wake uppp kila! wake uppp! kau tahu tak kau meroyan hari apa ni? malam tahun baru weyhhh.sepatutnya malam ni lah kau nak selawat banyak-banyak.*dusshhhh*lebam dahi kena lastik dgn adik.Tahun baru,azam pun mesti nak yg baru.tak payah tunggu tahun baru pun takpe klu nk renew azam tu tapi bg aku nampk lagi bermakna lah klu kita buat pada tarikh-tarikh mcmni kan.

lets check it out! senang letak kat sini.nnt lupa-lupa boleh bukak baca.hee.

1. kali ni nak belajar betul-betul.tak nak main-main dah macam dulu.

2. get back my ideal weight! tu lah, sejak-sejak kau duduk rumah sewa ni. bermaharajalela sungguh lemak hang.

3. no lagi cintan-cintun.aku tak nak sebab perkara-perkara ni kau hilang fokus pada impian-impian kau yg lain.

4. tolonglah rajin call mak ngan abah.sila buat reminder besar-besar!

5. buat dhuha setiap hari

6. khatamkan quran setahun 2 kali.

7. sila selalu senyum.senyum tu kan sedekah.

8. no more tears! buat tabung khas.sekali menangis denda seringgit.

9. tidur malam 5 jam je okeyyyy. sila tidur awal.

10.twist your tone.takde lah nnt orang asyik nak kata kau ni marah je kan.byk sgt aduan ni.haha

11.buang lah kedivaan anda tu.kurangkan bercakap benda yang tak berfaedah.

ini azam saya,anda pula bagaimana?
apepun azam anda,kila doakan semoga semuanya successs!

sekian, salam maal hijrah.

tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.
istiqamah.bersama kita berubah ke arah yg lebih diredhai.
lots of love,nami. :)