Saturday, November 1, 2014

HAYYA ALA' FALAH


Hayya ala’ falah : come to success.

Dalam hidup ni,tiada manusia yang mahukan kegagalan. Everyone wish to be success. Sometimes, people define success as wealth. Kejayaan yang diukur melalui banyaknya harta yang dimiliki.

Then,what is your function to be success?

Aku terdiam.Takkan cuma untuk dapatkan kereta idaman lepastu tayang satu dunia,rumah besar ada swimming pool pakej maid yang berlambak-lambak.Lepas tu tiap hujung minggu pergi spa cantikkan diri,then pergi shopping macam orang gila.semua tu nothing.

Yes,its nothing bila kau buat semua tu, tapi at the same time kau letak parents kau untuk duduk dekat old folks.Even the best old folks in the world.Naik BMW tapi hantar mak pergi rumah orang-orang tua.Apekah?

Siapa yang buat kau berjaya? Yes. Kau boleh jawab,aku. Aku yang penat siang malam siapkan esaimen. Kadang-kadang sampai tak sempat tidur untuk kejar submission date.Pagi-pagi datang kuliah dengar lecturer membebel sampai ke petang.Bila tiap exam,habis buku setebal kamus aku khatamkan.

Tu kau punya part,aku tak cakap salah. Tapi ingat tu cuma 20% je. Yang lagi 80% tu semua dari your parents. Kalau duit ptptn kau tak cukup,dengan sapa kau mintak duit nak makan?Your parents.Tapi korang tahu tak mungkin diorang kat rumah tu bertahan lapar sebab semata nak bagi korang kenyang.Doa?Kau ingat kau malaikat.doa sekali Allah dah makbulkan. Kita ni banyak dosa. Sometimes kita tak tahu pun doa kita tersekat kat langit.Tak sampai pun pada tuhan. Tapi doa mak dan ayah? Jangan pernah perkecilkan doa mereka. Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya.Ingat,Dan apabila tertutupnya mata ibu kamu,maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah,iaitu doa seorang ibu.

So,what is your function to be success?


Kejayaan untuk berbakti pada mak dan abah. :)

Terima kasih pakcik kerana ingatkan kami.Semoga Allah merahmati pakcik sekeluarga.


cc: Pakcik yang pagi tadi singgah gerai untuk beli kuih karipap.eh,panjang pulak nama pakcik ni.haha.

BEHIND THE WORD OF 'COUPLE'

Sedang-sedang berblog walking, suddenly i found this article. nice sharing. semoga bermanfaat. 
cc : 

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.