Thursday, February 26, 2015

SARKASTIK FANTASTIK : kau ni nak kahwin tak?


Hai enchek hati.kau ni nak kahwin tak?

. . . .

Macam nak kahwin awal.tapi tak best lah pulak kena sacrifices waktu bujang.Kenot2.kawan-kawan masih boleh main lompat-lompat,aku pulak takkan nak melompat dengan baby? jaw-dropping.

Macam nak kahwin lambat.tapi nanti kawan-kawan aku hantar anak pergi asrama. Aku sensorang je kena bancuh susu untuk anak? Tragis beb!

Macam tak nak kahwin. Mungkin effect terlalu lama single atau jawapan yang lebih jujur boleh percaya lagi ke dengan lelaki ni? hmm.

Tapi kalau refer balik sejarah buku impian muka surat 44 perenggan kedua,lepas aku habis posting cikgu,aku nak bukak kafe.lepas bukak kafe.aku nak pergi umrah.lepas pergi umrah,aku nak jelajah Europe.lepas tu,duduk rumah setahun makan ubi kayu sementara tunggu tabung syiling penuh balik.takde langsung perkataan kahwin.masa tu umur pun dah 30 tahun.

Tapi bila bukak mukasurat 72,  honeymoon wishlist : Kashmir. Visit Agra utk tengok Taj Mahal :) mungkin masa aku tulis ni, dunia sedang mengalami musim mengawan yang ekstrem? Bhahahaha.

Single tu awesome.serius tak tipu.kalau kau duduk kedai makan pun,kau boleh gelak macam pontianak.takde orang pun yang akan kisah.dan takde orang pun yang akan, “u,jaga perangai sikit boleh?” oh.plissss.*tangan kat bahu.mata ke atas. sikit pun aku tak pinjam suara kau nak gelak.*

Sebenarnya,hati berbolak-balik ini bukan limited kepada perasaan cinta, sahaja atau iman sahaja. Malah dalam kehidupan kita sehari-harian pun ada berlaku kan.

Contoh 1 : Pagi ni kita target nak solat awal maghrib, tapi apabila tiba waktunya, tayangan rancangan drama di televisyen lebih mengusik hati. Tanpa disedari kita tunggu cerita tu habis dan telah delay solat tadi

Contoh 2 : Kita upload gambar kita ke masjid dengan harapan org lain terbuka hati nak join program kita di masjid tu. Tapi bila dapat banyak 'like' dan pujian, tak disedari kita rasa bangga dan ujub dengan diri sendiri. Nauzubillah.
Hai teman,sungguh hati manusia ini berada di antara dua jari Allah yang boleh dibolak-balikan. 

 Pesan Imam Ghazali,

“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

Wallahualam.

So,nak kahwin ke tak ni?? 

Hah? *amik buku kimia.konon-konon sibuk buat thesis.kbai*

Thursday, January 29, 2015

KEBAIKAN PADA SETIAP TITSAN LEMON

Virus-virus telah mula aktif memasuki sel-sel tubuh.nak buat satu kerja pun tak daya.hanya mampu menjeling-jeling emak didapur.demam rindu?demam eksited?atau demam kesepian? Eh,update blog mampu pulak? *mintak tolong adik taipkan.kbai.tak elok membohong nanti masuk neraka*Semalam masa pergi pasaraya nampak uncle cina ni berjalan sambil pegang lemon.*terus shining mata*Patutlah iolls rasa lemau je nak buat kerja menjak 2 menjak ni.rupanya iolls dah menjauh dengan cik lemon kita.Walaupun masam tetap penuh daya tarikan.macam kes kanak-kanak yg craving gula-gula lollipop, lalu iolls pun berguling-guling sambil tarik baju my mak.Dushh.kena sedas tumbukan dari my mak.*kbai.tak elok membohong nanti masuk neraka* kisah iolls ni actually takde lah sesadis hikayat si tanggang mahupun batu belah batu bertangkup.sebelum balik tu,kitorg singgah jugak fresh market beli lemon.Habis dah drama sinetron LEMON ITU PACARKU 13 episod.

Faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. 
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.