macam ni? |
atau yang ni? *itu pun kalau awak sudi.*sambil gigit-gigit kuku. |
sejuk hati kalau dapat anak macam ni kan.aminn. =D |
sekian,
I wish I could've lived my life without making any wrong turns,but that's impossible.A path like that doesn't exist.I fail.I trip.I get lost.I make mistakes.And little by little one step at a time I move forward.It's all I can do.so,stay young.stay cute.Allah is always there ^^
macam ni? |
atau yang ni? *itu pun kalau awak sudi.*sambil gigit-gigit kuku. |
sejuk hati kalau dapat anak macam ni kan.aminn. =D |
Eh jijah,ko dah 20 lah hrini.baru boleh geng.yeay!!
Aku rindu kau.T.T
Aku nak peluk kau..T.T
Tapi kau jauh..
Kalau aku tak nekad dulu,mesti aku pun boleh join together2 dengan korg kt sane tu kann.hekhek.
Terima kasih ats tunjuk ajar selama ni.terima kasih kerana mendidik aku mnjdi iron woman.aummm.
Terima kasih kerana sudi berkongsi kegilaan bersama aku.serius jiwa aku lapang.hati aku tenang bila kau ade dekat dgn aku.
Ingat tak ade sekali tu kau naik bilik aku. kau ajar aku subjek biologi.sebab ape?sebab ko kate ko rindu nk belajar sama dgn aku.
Aku bangga dengan kau jijah.
Sepanjang berkawan dgn kau.kau tak pernah ajar aku mcmne nak nangis.tak pernah! Wow.tough kan kite?hehe.
Aku doakan semoga semua cita-cita dan impian kau akan tertunai suatu hari nanti.
Be a good doctor oke.jangan garang-garang.nanti kesian kt patients awak tu.hihi.
Jangan nakal-nakal kt USM tu.jadi buat baik macam aku.*peace*
Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik buat aku.
Terima kasih kerana memberi aku peluang utk mendengar setiap keluhan dan luahan hati kau selama ni.
Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang untuk aku untuk terus ada di dalam hati kau.
Terima kasih atas setiap masa yg kau sudi luangkan untuk aku.
And..
Last but not least,Terima kasih kerana sentiasa bersabar dgn setiap kerenah aku.
You're really superb beb..!!
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Azizah Ma'amor..
Allah selamatkan kamu..:)
Big clap.yeay!!
Persahabatan itu bukanlah tentang siapa yg terlebih dahulu hadir dalam hidup kita,namun siapa yg datang dan tak pernah meninggalkan kita sendirian..=)
I love u for the sake of Allah..!
Tadaa~ |
eh,kenapa kau tiru aku..? |
''Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (Al ahzab 33:36)
Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dengan sanad yang shahih, yang bersumber dari Qatadah bahwa Nabi saw. melamar Zainab untuk Zaid (anak angkat beliau), tetapi Zainab mengira bahwa Rasulullah melamar untuk dirinya sendiri. Ketika Zainab tau bahwa Rasulullah melamar untuk Zaid, ia menolaknya.
Ayat ini (al-Ahzab: 36) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang melarang kaum Mukminin menolak ketetapan Allah dan Rasulnya. Setelah turun ayat tersebut Zainab pun menerima lamaran itu.
Diriwayatkan oleh oleh Ibnu Jarir dari ‘Ikrimah yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari al-‘Aufi yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahwa Nabi saw. melamar Zainab binti Jahsy untuk Zaid bin Haritsah, akan tetapi Zainab menolaknya dan berkata dengan sombong:
“Keturunanku lebih mulia daripadanya.”
Ayat ini (al-Ahzab: 36) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, sebagai perintah untuk menerima ketetapan Allah dan Rasul-Nya.
P/s : Berpegang dan percayalah kepada qada dan qadar.Kerana sesungguhnya Allah itu hanya akan memberi apa yg terbaik untuk hamba-hambanya. Allahuakbar.Allahurabbi. :)
Kadang-kadang kita terlalu leka untuk membuat org sekeliling kita bahagia.sampaikan kita sanggup mengabaikan dan menolak ke tepi semua kebahagian yg kita boleh terima.
Tak kisah walau hati kita kadang terluka oleh mereka.kerana perasaan sayang itu sendiri telah menutup segala kesilapan dan kekurangan mereka pada kita.
Tapi sayangnya mereka tak melihat itu semua.mereka terlalu sibuk.
Dan bila mana mereka mula untuk membuat keputusan ke atas kehidupan kita sendiri.Sampaikan kita tiada hak untuk bersuara.
Setianya kita pada mereka.kita tolak perasaan benci dan marah itu sejauh mungkin.
Kerana kita percaya tiada apa yg lebih bahagia selain dari melihat mereka bahagia.
Ya Allah,kau berikanlah kelembutan pada hati-hati mereka ya Allah.
Sesungguhnya mereka terlalu bererti dalam hidupku dan aku belum sanggup untuk kehilangan mereka.
P/s : all it takes is a beautiful fake smile to hide an injured soul and they will never notice how broken you really are.
Welcome back DISEMBER..:)
Hopes that you're doing good.
Petang-petang macam ni mesti seronok kalau dpt duduk tepi pantai.tgk sunset.wahh.lepastu mula berangan.hahaha.*itu je lah yg ko reti buat*
And,you know what.
It will be one of the best part in your life when someone come to you and say yes! I like you.jom couple.
Best kan?best kan?
Tapi..
Tapi lg best kalau dye datang dan kata sudikah kau menjadi yg halal buatku.oh.shuwett sgt.
Eh,sape yg cakap tu?haha..
Tak sangka kan dalam diam,dah tua rupanya aku ni.kihkih.
Berdebar.neves.takut.fobia.trauma.sume ade.
Sudah cukup sempurnakah aku untuk melangkah kearah itu.
Dan cukup kuatkah aku untuk menempuh segala dugaannya nanti.
People said : When Allah bring you to it,it will bring you through it.
Allah said : Allah tidak akan membenani seseorang diluar kemampuannya.
Jika kamu mahukan yg cantik.itu bukan saya.
Jika kamu mencari yg berharta.itu juga bukan saya.
Tetapi jika kamu mencari seseorang yg ingin dibimbing.itu adalah saya.
Inginku menjadi seperti Siti Aminah binti Abdul Wahab...Begitu kental emosinya setelah pemergian suami tercinta, Abdullah bin Abdul Mutalib.Mengasuh dan mendidik junjungan mulia Nabi Muhammad saw khatimul anbiya'.
Inginku menjadi seperti Siti Khadijah binti Khuwailid...Kekayaan dan kejayaan dalam perniagaan tidak menghalang beliau bersifat dermawan.Tetap setia memberi kekuatan kepada suami tercinta, Rasulullah saw saat menerima wahyu pertama dan setia di sisi saat Rasulullah ditentang hebat Musyrikin Quraisy
Inginku menjadi seperti Siti Aisyah binti Abu Bakar...Ketajaman akalnya sungguh bermakna untuk Islam.Masakan tidak, bijak merawi bait-bait hadith Rasulullah saw.Humaira panggilan suami tercinta buatnya
Inginku menjadi seperti Siti Hajar...Seorang yang asalnya hamba, Taat pada perintah Allah tidak berbelah bagi.Ditinggalkan di Mekah bersama Nabi Ismail a.s namun tidak mengeluh kepada suaminya Nabi Ibrahim Tetap atas pasak yang kukuh menuruti perintah Yang Maha Esa
Inginku menjadi seperti Siti Sarah...Banyak berkorban demi suami tercinta.Doa yang tidak putus-putus kepada sebenar-benar pemberi rezeki hingga dimakbulkan.Dikurniakan seorang anak benama Ishak yang juga seorang Nabi
Inginku menjadi seperti Fatimah Az-zahra binti Muhammad...Sifat tawadhuknya amatlah disenangi walaupun anak seorang Nabi.Seorang yang sangat bersederhana hinggakan menjual barangan peribadi untuk membeli makanan.Amat disayangi bapa dan ibunya, menjadi suri di hati Ali kwjh.
Inginku menjadi seperti Siti Zulaikha...Seorang yang jelita.Mengutamakan cinta Allah mengatasi makhluk.Mengubah cinta nafsu kepada cinta berpaksikan Allah.
Inginku menjadi seperti Asma' binti Abu Bakar...Srikandi agung terpahat tatkala Hijrah.Isteri yang sungguh setia kepada suaminya,Tidak berkahwin biarpun suaminya pergi dahulu menghadap Ilahi.Berhijrah ketika sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair.Ibu yang kental berjuang lagi dermawan.
Inginku menjadi seperti Asiah Binti Muzahin...Istana yang indah tidak melunturkan keimanannya kepada Allah.isteri yang berani menegakkan kebenaran walaupun berhadapan suaminya.Walaupun diseksa jasadnya, namun imannya tetap utuh.
Inginku menjadi seperti Siti Rahmah...Setia menerima Nabi Ayub dalam senang dan susah.Tatkala semua insan menjauhkan diri, beliau tetap menjaga Nabi Ayub siang dan malam tanpa keluh kesah.Hinggakan sanggup mendukung suaminya yang tidak berdaya bangun lantaran penyakit yang semakin kritikal.Itulah ujian yang digambarkan olehnya sebagai peluang meraih ganjaran akhirat.
P/s :Kenapa awak sanggup terima saya?
Sebab awak sudi terima saya..:)
**insyaAllah, sama2 doa hbgn kte smpai ke akad eh..
Terselah keayuan dan kelegaan yg tak terhingga lepas jawab mid term usul fiqh tadi.
Boleh pulak ustaz tadi offer sape nak dia semakkan jawapan depan-depan.
Oh,memang sah-sah lah aku yg kebelakang dulu.takut..
Lepas dah agak-agak lain clear,baru aku dtg jumpa ustaz.hehe.penakut rupanya.
Habis je ustaz tanda kertas jawapan aku tu,ustaz terus pandang aku.*ok,ketak lutut habak hang*
He said : ukhti,i know you can be a nice student.i believe in you.then,give more effort and try to practise harder.you will be a very nice student..*then,he start to smile*
Aku pandang dia balik.aku sengih.sgt speechless.terharu.
Ingat lagi masa kelas pertama dengan dia,dalam hati ni rasenye dah berhelai kertas kajang buat karangan mengkondem dia.itu tak kena.ini tak kena.garang.saiko.sume ade.
Bila dah nak dekat final ni,baru aku rasa yang akulah diantara insan bertuah yg dipertemukan dengan dia.
Dalam ketegasan dia,ada terselit secebis kasih sayang.
Yang membuat aku rasa ak rasa takut nak lukakan hati dia.
Yang membuat aku rasa sedih bila dia rasa kecewa dgn anak didik dia.
Kasih sayang yg membuat aku lagi bersemangat untuk berjaya..:)
TERIMA KASIH USTAZ.
Cc : Ustaz Lutfi bin Zain
Lecturer of USIM
*You taught us how to be a person.we are really proud to have you in our life*
Hai kamu! *lambai laju-laju*
Ade hati lagi nk bajet cool.nak nangis tu nangis je lah.bukan ada yg sudi nk tengok pun.hahaha.
Hajat dihati nak ambik bubur asyura dekat dataran selera.nak buat berbuka puasa.tup2 air mata yg dibawak balik.hambik kau.
Ape kelas nak nangis sebab bubur habis.bazir air mata dgn hingus je.tp better lah dari nangis sebab lelaki.opps.
Rindu ke aku kat dia?
Tapi kenapa setiap kali aku jumpa dia,aku mesti nak kena nangis?
Ya Allah..
Ustaz harun din ada cakap,Jangan simpan seseorang dalam hati kerana hati itu sifatnya berbolak balik.simpanlah seseorang di dalam doa kerana doa itu tercatat dilangit selamanya.
So,lepas ni kena belajar jd kuat.sebab ape?sebab tujuan kita hidup ni bukan untuk kejar cinta dia.tapi untuk kejar cinta dari Allah.Yeay!
Oklah,dah nak berbuka dah ni..selamat berbuka semua.jangan sedih-sedih.Allah kan ada..:)
Orang cantik tak boleh nangis selalu.nanti cepat berkedut.hehe.
Ikhlas itu jiwa yang murni, rahsia Allah di dalam hati, terlalu sembunyi tapi dapat dikesan, jika disuluh dengan saksama, nista dan puji tiada berbeza.”~
Memandangkan pagi-pagi ni generator otak macam under construction je.
Macam tak tahu nk buat ape je.
Sebenarnya aku nk mengadu.resepi kek coklat kesayangan aku dah hilang..T.T
Then,aku dengan tabah nye,jumpe lah dgn cik google.mntk tolong dye.
Perghh.hampeh..sume tak jadi.
Ade versi keras smpi tercabut gigi palsu nenek.
Ade pulak versi manis semanis Dato' Siti.
Ade jugak versi liat mcm aku nk bgun pagi-pagi.
Dan tiap kali eksperimen aku berlangsung.tiap kali tu lah mak jugak akn mula On-air.*yg kau sepah dapur dye lepas tu x reti nk kemas sape suruh.*
Lepas tu kata cha cha yg buat.eii.sabo je lah.sejak bile ko bela kucing berdarah keturunan chef ni.hampagass betul.
Itu kisah versi mak.ni kisah versi abah pulak.
Abah rasa kann.kek tu klu ikut bahan dia dah elok dah tu.cukup serba serbi.tapi abah rasa mungkin ko tak ikhlas kot nak membuatnya.*errrr..lari jauh-jauh duk tepi kolam ikan*
Tapi ade betul jugak kata abah tu,yela,kite ni manusia biasa je.tak lari dari sifat riak dan angkuh tu.lagi-lagi bile orang dah start puji kek hang tu sedap kan.tu pasal lah ditakdirkan buku resepi hang tu hilang.hahahaaha*sila gelak dengan gaya kiah propa*
So,kesimpulan yg kita dapat hari ini.nk buat kerja tu.kena betulkan niat.jgn sombong.ikhlaskan niat.biar sume yg kita buat tu dpt ganjaran yg baik oleh Allah dan memiliki kesudahan yg baik.*ayat mcm perli kek aku yg tak jd je*
Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.”(Riwayat Bukhari & Muslim)
"Sememangnya menjadi lumrah manusia jika melakukan kebaikan mereka inginkan pujian, dipandang hebat oleh manusia, mendapat ganjaran keduniaan seperti pangkat, darjat malahan harta benda. Diri akan merasa bangga dan puas jika mendapat ganjaran keduniaan yang diimpikan. Alangkah ruginya golongan yang hanya mendapat kelebihan dunia, di sisi manusia. Namun di sisi Allah SWT semuanya kosong dan tidak bermakna. Setiap amalan yang dilaksanakan, jika tiada keikhlasan hanyalah sesuatu yang hipokrit dan berpura-pura."
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka”. (Riwayat Baihaqi).
P/s: So,lepas ni sebelum buat kerja tu,jgn lupe hembus kanan hembus kiri.bagi terkeluar sikit air liur busuk tu.kena kat kepala syaitan.lari lah semua..haha.ok,sori.just kidding..:) *sila jangan tiru aksi ini*
Hina sgt ke kalau jd org bandar tu?
Sempurna sgt ke klu dpt jd org kampung?
Dah komfem sgt ke kalau duk kmpung tu amal ibadat cukup terus msuk syurga.
Dan klu duk kt bandar yg penuh dgn maksiat tu even kite beribadat siang mlm tetap msuk neraka.
Baru berhijrah ke tahun baru.tetapi pemikiran dan gaya bahasa sungguh tak mencerminkan budaya.
Walaupun aku ni kekadang dilabel mulut laser,tapi dalam hati ni setiap saat berdoa supaya hari demi hari Tuhan bantu kurangkan sifat tu dr aku.
kalau boleh,setiap perkataan yg keluar tu,biarlah semuanya menyejukkan telinga yg mendengar.
Aku nak jadi orang yg baik.
Tapi kenapa semua org tak pernah nk faham apa yg aku rasa.
Latest product : Dipped-apple-chocolate
*Delicious & yummilicious..!!*
Feel interesting?
Like our page in FB and follow us on Instagram.
Search : nanina_gift @ nanina_choco
TOGETHER WE LOVE,TO SEE ONE SMILE ♡
----------------
Here we have -->
**chocolate praline.
**chocolate oreo.
**chocolate love box and many more..
Last week,kami ada kuliah usul fiqh.
Guess what?
Tengah syok-syok belajar tu,tiba-tiba ustaz tu tanya,
Ha,kamu.berapa ramai isteri nabi?
Kecoh kelas.masing-masing duk mengira.ade yg kate 10.ade yg kate 11.ade jgk yg teka 12.
Rupanya masa tu bukan aku sorang je yg terkedu.tambah2 lagi bila ustaz tu jerit satu kelas."are u muslim or not?"
Let's start bermuhasabah.
Macam mana nk jadi muslimah sejati kalau baru kena tanya sikit pun dah tak tahu nk jawab.
Inikah generasi yg nak jd ibu dan ayah pada masa akan datang.
Yang perlu mendidik anak bangsa.
Yang perlu mengisi dan mengasah minda anak-anak mereka dgn ilmu yg bermanfaat.
Ya Allah,aku yakin,mesti anak-anak aku akan malu kalau ada ibu seperti aku.
I admit.
Rasa tersangat malu dgn Allah.rasa macam dah tak layak dah nk terima nikmat dari Dia.
Dan kalaulah nabi tahu macam ini keadaan umatnya,mesti nabi akan rasa lebih kesal dan sedih.
Allahu..!
Macam mana nk dapat syafaat nabi kalau masa kt dunia ni pun kita tak ambik peduli pasal dia.
Yang kita tahu,nk melagha je.gosip.gosip dan gosip.
Yang selalu belek majalah gosip tu,bawak-bawaklah biasakan diri belek kisah nabi.
Yang dah terbiasa menghafal lagu k-pop tu,bawak-bawaklah hafal lagu nama nabi ke,lagu 10 malaikat ke.
InsyaAllah,bila kita niat baik,Allah akan sentiasa permudahkan jalannya.
Nak berubah itu memang tak senang.tapi ganjarannya...^^
P/s : Perubahan yg baik selalunya takkan ambil masa sehari tetapi akan memakan masa bertahun-tahun.apa yang penting,istiqamah.saya pun tak sempurna,jom kita belajar sama-sama? :)
*We love Allah,we love Prophet.salam maal hijrah 1435*
Sincerely,
ME.
Assalamualaikum and hello everyone..:)
*Rasa mcm nak demam*
Minggu depan dah nak cuti mid sem.tp semua org tak rasa eksited.
Ekceli mlm ni ade program dkt u.tapi since i ni mmg budak pemalas.so,i stay je lah kt rumah ni.boleh main golek2.hehe.
Bercakap mengenai bajet 2014 yg baru dibentangkan semalam tu.rata-rata ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati.Dengan subsidi gula yang ditarik balik.isu pengenalan cukai GST dan mcm-mcm lagilah.
Tapi malangnya i kurang berminat yg menyentuh mengenai isu diatas.lets we talk about BR1M.
*** Najib juga mengumumkan bahawa bayaran BR1M juga akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 untuk isi rumah berpendapatan RM3 ,000 sebulan***
What?BR1M naik lagi?oh common la..aku tak faham kenapa mereka lebih gemar memberi one off rather than guna dan laburkan duit tu sume untuk pembangunan or something else yg berkali kali lebih bermanfaat drpd BR1M tu.
Jom kita throw back ke zaman pemerintahan Dr. Mahathir dulu.bila sebut je nme dia.everyone akan memuji cara dia mentadbir.kalau tak kerana dia dulu,aku tak jamin klcc mahupun klia mahupun msc tu akan tegak kt negara kita sekarang.
Bukan niat aku nak memboikot BR1M cuma dari sudut logiknya lah,aku tahu diorg semua berikan BR1M tu supaya bila rakyat ada duit,diorg akan sumbang balik kepada kerajaan dgn membeli barang-barang di kedai.so,indirectly,ia akan memberi sedikit keuntungan kembali kepada negara.Tapi benda tu semua tak tahan lama kot.habis duit tu.habislah.
Tu satu hal dah.dan isu tanah yg dijual ke warga asing tu kes ape plak?
Hello..tanah kot yg korg nk jual tu.bukan biskut marie ke,kerepek ubi ke atau tikar buluh.tanah weyh,tanah.
Rakyat Malaysia ni pun sekarang dah cukup semput nk beli rumah.ni senang-senang plak nk jual tanah kt diorang.ingat diorang kisah ke korang up kan harga tu.diorang tu billionare millionare kot.tak mustahil nnt suatu hari johor tu akan dikuasai oleh warga singapura.
Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru.
Mengambil kira faktor :-
Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya
Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia
Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah.
Sekiranya perkara ni diambil mudah,tak mustahil Johor akan menerima nasib yg sama seperti yg berlaku kepada Palestin.dulu,asalnya tanah palestin sgt luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal.
Wallahua'alaam..
Before you speak, listen.
Before you write, think.
Before you spend, earn.
Before you invest, investigate.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.
Before you retire, save.
Before you die, give.
-Abraham Lincoln-
P/s : *renung-renungkan dan selamat beramal*
*tarik nafas.lepasss*
Serius.mmg lama gila tak jumpe diorg.rase nk pnjt klcc.nk jerit bg satu malysia boleh dengar.*tp malangnye semalam tk singgah klcc,kite g alamanda je.T.T
Dah lama rasenye tak senyum lebar mcm dalam gambar tu.
Thanks guys! *big hug*
A picture can describe a thousand words.so,tak nk ckp byk dah..nk tunjuk gmbr je..hihi.
Selamat maju jaya korang..!
Panjang umur kita jumpa lagi..:)
Kadang-kadang aku sendiri bingung dengan ragam manusia yg bermacam macam gaya aka peel.
Ada yg akan buat kita selalu tertawa.menjadi peneman dan penghibur hati dikala suka dan duka.
Ada jugak yg suka buat semak dan serabut kepala lutut.*mak dah kata,main2 jauh2,nk jugak dtg dekat.kan dah merah pipi tu kena lempang*
Dan..
Ada jugak yang kadang-kadang bile kite dekat je dgn dia,mulalah feeling down tu datang menggesel-gesel.argghh.mana taknye.bila org nk mntk tolong je,die mulalah buat dek.buat pekak telinga sampai kita ni rasa macam ala2 dalam filem sri mersing.
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu..
Tau lah u tu pandai kak,i ni pass-pass je.kalau duk sebelah Adi putra yg kecik tu pun yakin kena gelak.
Oleh kerana i ni sedar yg i tk pandai la i dtg dekat dgn u.tp u boleh plak buat i mcm pengemis jalanan tak berlesen.sadiss.
Ape guna lah ilmu tu disimpan lama-lama dlm kepala klu tak gunanye utk dikongsi.ikan segar pun klu dah lama sgt dalam peti tu boleh jd busuk kann kawan-kawan.masa tu cuma tong sampah je lah tempat yg sesuai.kalau nk bg kucing pun,boleh kerat jari lah kucing tu nk mkn.silap-silap sebelah mata pun dia tak pandang.u get wat i meant kan.
Sesungguhnya menjadi selfish tu tk baik utk kesihatan.
Ok, got to go..:)
Nak g jalan-jalan cari mkn..renung-renungkan dan selamat beramal.
Yosh.sgt lah terasa annoying klu setiap kt mana dan dimana kita berdiri,disitu lah org akn berkata soal jodoh.
Bukan nk menidakkan jodoh dan takdir.tapi empunya diri masih rasa tak sempurna utk memikul tggungjwb itu.
Perkahwinan itu hanya gerbang sahaja.rumahtangga itu dunianya.kita nak bina keluarga yg memberi manfaat pada Islam.sebab itu cinta kita sampai ke syurga.bukan nafsu semata -Hilal Asyraf-
What habit drives men away?
Answer :
Too controlling :42%
Clingy/needy : 40%
Other : 18%
Book title :WTF are men thinking (pg 145)
Author : Christopher brya & miguel almaraz
Ok,aku yakin seyakin yakinnya mesti ade sorang dua yg sentap kan tgk statement kt atas tu.haha.padan muka korang.
Ape lagi,g la MPH cepat.beli buku tu.
Walaupun hakikatnya aku ni dilahirkan sempurna sebagai seorang perempuan,sometimes aku sendiri tak dapt nk tafsir dan membaca apa yg ada kt fikiran korang.aneh kan.
Bila single mulalah tak sabar2 nk couple.
Bile dah couple plak pitching suara asyik nk tinggi je.*tak boleh blah.kalau aku jd diorang,dah lme aku bye-bye kt korang.*
Sume yg dia buat semua tak betul dimata korang.
Ada yg lg dahsyat tu sampai semua benda korang nk control.
Ape korg ingat diorang tu machine ke hape hah.ishh.sadis.mak ayah diorang pun tak buat sampai mcm tu.
Aku rse kan,sebelum diorg2 tu ade niat nk tinggalkan korg,baik lah korg tu muhasabah diri.*ha,jgn nk buat muka itik plak dpn aku*
Aku yg sejenis dengan korg ni pun kadang rse annoying.tp sebab korg tu kawan aku,maka aku pun buat-buat biasa je.malas nk cari pasal.
perempuan ni kalau dah berperang,kena pakai costing tinggi.nk tido pun kne pakai helmet.klu tk pakai,takut besok pg bile bangun kepala dah botak.
Pisau dan garpu kena masuk kotak siap-siap.klu tak pun,mntk tumpang rumah jiran sebelah.itu je senjata yg kitorg rase kitorg mampu milik.sob3
Ok,sebelum ade yg rse nk hempas laptop dekat dinding sebab stress tgk aku mengarut,baik aku undur diri dulu.
Assalamualaikum... :)
Morning peeps..:)
Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.
Dengan kelas yg berlambak.
Dengan assignment yg bersusun.
Dengan dating yg berderet.
Alhamdulillah,i'am still being well..thanks God.
Dan bercakap pasal isu sibuk dan tak cukup masa ni.
Minggu lepas,alhamdulillah.masih diberi kesempatan untuk balik ke rumah.yeay!!
Its totally heaven.
Tak payah nk berebut oksigen beb.
Speed jalan tu pun boleh dikurangkan jd 5 km/sejam.*ni la spesis yg bakal menyumbang kesesakan jalan-raya pada masa akan datang*
Dan yg paling masyuk.of cos lah bab makan.bkn setakat 44 kali.nk kunyah 999 kali per suapan pun tak pe.
Bila dah mcm tu,aku pun mula la merepek.aku bisik kat mak.
Aku kate kt dia yg aku dah buat keputusan nk jadi cikgu.
Mak pun senyum je.mak kata ok.
Aku pun bisik pulak kt abah.
Abah pun kata ok.abah kata aku ni perempuan.baguslah kalau dah terfikir nk kerja jd cikgu.nnt dah kahwin bolehlah ade cukup masa nak jaga anak-anak dan suami.*err.ok.pendapat yg logik dan boleh diterima akal*
Bila dah mcm tu,ade jgk lah certain yg tak puas hati dgn aku.macam-macam diorg soal aku.
Dan ini antara jawapan dr aku.
1.Bila aku jadi cikgu,at least aku dpt tolong anak-anak bangsa untuk jadi seorang yang berguna.
2.Bila aku kahwin,aku dapat spend lebih masa dengan my parents,anak-anak dan suami.
3.Bila aku meninggal nanti,insyallah secara tak langsung ilmu yg aku sebarkan tu dpt menjadi saham aku diakhirat kelak.Inilah kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.
Sabda Nabi SAW mafhumnya :"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)
"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi)
4.Dan bila aku jadi cikgu.aku akan dapat banyak cuti..yeay!! =D
Kalau diizinkan tuhan,aku nak sgt2 berkhidmat kt sabah dan sarawak.
Klu ditanya kenapa..itu adalah rahsia..:) hehe.
Alangkah baiknya kalau semua orang boleh faham isi hati kita kan.
Takkan ada istilah hati mengecil mahupun hati meluka.
Dan..akhirnya semua orang akan mendapat happy ending.Yeay!!
"If you think that you're the only one out there who has ever felt the type of pain your feeling.take a look at the world sweetie. Out of all the billions of people out there, someone knows how you feel. You're never alone."
"When you learn how to accept instead of expect, you'll have fewer disappointments."
"Don’t let negative and toxic people rent space in your head. Raise the rent and evict them."
**Stay strong,stay young and stay cute..:)**
Inilah subjek untuk semester 3 nanti.sori tk sempat nk crop bagai sbb tgh bizi. |
Semalam after balik dari open house kt rumah mak sedara,kitorang terus ke asrama adik.saje nak melawat hujung minggu.
Dan nak dijadikan satu cerita,kitorang pun duduk lah kt surau tu sambil tunggu adik sampai.
Tup tup ade nampak seorang pakcik ni terbaring kt nun jauh di hujung surau tu.
Dan nk dijadikan cite lg,rupe-rupenye pakcik tu kenalan abah.
Dah hampir seminggu dia tak balik rumah.
Semata-mata sebab nak siapkan kerja dia disitu.
Kitorang semua rasa kesian tgk kat pakcik tu.
Pakcik tu bukannya sihat sgt.kaki dye pun injured.tapi dye tak tunjuk pun yg dye sakit.
Abah kate pakcik tu kena keje kuat.sebab anak-anak dye nk pakai duit.
Abah kate lg anak dye ramai.
Hmm,agak-agak mesti isteri dia pun kena kerja kuat macam tu jgk kan.
Pastu aku pun tenung abah lama-lama.
Abah pun dah makin tua.
Aku bayang kalau abah jd macam pakcik tu.
Aku tak sanggup nak tengok abah jadi macam tu.
Aku tak nak susahkan abah.
Sebab aku sayang abah..
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.
Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”
**Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.
**Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya kedua-duanya telah meninggal dunia.
**Ingat,Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur.
Firman Allah Taala yang bermaksud:“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]
Am I choosy?
Eh,sapa kata..aku lah insan paling tak cerewet tau di abad ini.
Hensem?jutawan?anak dato'?romantik?stylo?tampan?kacak?bergaya?
Itu semua aku tak kisah.janji dia pandai main gitar untuk aku..
Aku pun tak tahu kenapa tetibe aku buang tebiat sangat nak suami macam tu..
Tapi yang aku tau itulah impian aku dari waktu kecik dulu sampai lah ke saat ini.
Entah bile lah agaknye diorang tu nak dpt merasa makan nasi minyak aku..hihi.
Silap2 tahun 2020 pun tak tertunai lagi impian aku..waa!
Personaliti sebenar lelaki yang pandai bermain gitar :
~Bersuara bila perlu
nak kata pendiam tak jugak.
tapi ada masa2nya dia lebih suka diam dari bersuara
~Kreatif
dia suka berfikir luar dari kotak pemikiran.
bermulut manis dan meluahkan kata2romantis adalah salah satu kelebihan nya.
~Sensitif
dia mudah tersinggung lebih2 lagi bila melibatkan hal2 percintaan.
~Romantik
dia romantik tapi tak suka menonjolkan sikap itu di depan orang ramai.
hanya ditunjuk kan didepan yang tersayang saja.
~Mudah jatuh cinta
tak susah untuk menggoda lelaki ini.
hanya berpura2 mempunyai pendirian yang sama
dan melayan karenah nyatak mustahil dia akan jatuh cinta.sekian...
#sumber : inchik google.
Cool ke kalau lelaki pandai main gitar?
Lagi cool kalau dia dapat bertarannum depan kite..^^
Bagi aku,kalau dapat dua2 sekali.itu namenye pakej lengkap..tak habis senyum la kau sampai ke tua..! Hehe..
Dengan nama Alah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Saya menulis bukanlah atas title seorang ibu.
Bukan juga sebagai seorang isteri.
Cuma naluri seorang wanita yang membawa saya kesini.
Lelaki sekarang ni terlalu mudah untuk melepaskan marah mereka.
Sampai-sampai sanggup menganiaya isteri dan anak-anak sendiri.
Sebak rasanya bila kisah-kisah macam ni keluar dekat paper.
Beberapa hari lepas,saya ada terbaca kisah seorang isteri yang disiram dengan air rebusan ketupat.
Selang esoknya,seorang wanita cedera dibelasah suami gara-gara cemburu.
Dan malam tadi pulak isteri kena belasah dalam lif.
Oh common guys..
Dah lupa ke semua janji-janji masa akad nikah dulu?
Tak takut ke pada azab tuhan?
Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan Mas Kahwinnya ,,,
Singkat, padat dan jelas.
Tapi tahukah makna disebalik itu semua?
"wahai para calon suammaka aku tanggung dosa2nya si dia dari ayah dan ibunya, dosa apa saja yg telah dia lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan sholat. Semua yg berhubungan dgn si dia, aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yg menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa calon anak2ku.Jika aku GAGAL?maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku"".(HR. Muslim)
***********
Wahai orang orang yang beriman jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan, padanya ada malaikat yang kasar, mereka tidaklah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka.”
Setiap kalian adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggung-jawaban, maka seorang imam adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung-jawaban, dan seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan dimintai pertanggung-jawaban, dan seorang istri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dimintai pertanggung-jawaban, dan seorang budak adalah pemimpin pada harta majikannya dan akan dimintai pertanggung-jawaban, maka ketahuilah bahwa setiap diri kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung-jawaban.
Sebesar mana pun musibah yang dihadapi,Kembali lah pada Al-quran,kembali lah pada Allah..kerana Allah itu pasti punya penyelesaiannya yang tersendiri.
Setinggi mana pun kita berada.sebesar mana pun pangkat dan kuasa yang kita miliki.jangan pernah lupa disebalik itu semua ada kuasa yang jauh lebih hebat dari kita.
Pesanan saya kepada bakal-bakal suami diluar sana,carilah ilmu Allah kerana kebahagiaan itu tidak akan muncul kalau kita sentiasa jauh dari hidup Allah.
Please,Kami bukan boneka anda wahai kaum lelaki sekalian.
Sebelum terlupa,
Selamat hari raya semua! =)
Terlalu mahalkah ucapan terima kasih itu untuk dilafaz?
Sekeras manakah tahap hatimu sampaikan aku merasakan yang dirimu terlalu ego untuk melafaz kata keramat itu?
Aku tak perlu kata makimu,
Aku tak perlu kata rayumu,
Aku tak perlu kata pujimu,
Aku cuma perlu kau untuk ucapkan kata-kata itu.
Cukup.
Cukup untuk aku rasa dihargai.
Cukup untuk memberi aku kekuatan untuk masih bernafas disini.
I just want you to know,
I luv u mom!
I really love you..