Wednesday, April 24, 2013

DEMAM POLITIK


Wahh..sekarang ni very de dangerous ok.jangan sesekali memakai baju mahupun aksesori berwarna hijau mahupun biru.
Nasi kerabu pun jgn jual lagi.sebab apa?sebab nanti orang ingat kita nak berkempen..wawawaaaa..
Mata ni kekadang rasa berpinar-pinar tengok bendera kt jalan tu.rasa macam nk raya pun ada.
Pesanan saya kepada orang-orang yang berkobar nak memangkah tu.selamat berpangkah.jgn lupe letak smiley besar-besar cikit dekat kertas tu nanti ye..
saya x cukup umur lagi.jadi saya akan masih setia bersama parti durian.*tayang gigi kuning*

Orang kata politik sekarang ni kotor.errr..kenapa ye?diorang mmg x mandi ke atau memang suka berendam dalam sawah??ok.bile budak kecik merepek,gini la sudahnye.harini kita nak membencangkan isu zalim.eh,sape yg zalim?sape yg teraniaya?

OMG.

Sape-sape je lah jah oiii..



Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW berkata, “Seorang muslim itu adalah saudaranya bagi muslim yang lain. Mereka tidak boleh menzalimi dan menyusahkan. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, Allah akan penuhi hajatnya pula. Sesiapa yang melapangkan sesuatu kesusahan kepada seorang muslim, Allah akan melapangkan kesusahannya di akhirat nanti. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan menutup aibnya di akhirat nanti”.  


(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin juga menjadi satu fenomena di akhir zaman dimana manusia itu berasa lebih puas dan senang melihat saudara mereka diseksa dan dizalami bahkan akan semakin menebal sifat iri dan cemburu apabila melihat  nikmat ataupun kebaikan yang diperolehi oleh saudara mereka itu.wallahua’alam.
Marilah kita bersama mengambil iktibar dan sedikit penghayatan dari hadis-hadis dibawah

قال النبي: من ضَارَّ ضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله علي

"Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya pula"
(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

ليس المؤمن الذي يشبع وجاره جائع

"Bukanlah orang mukmin[1] (yang sempurna Imannya) yang berada dalam keadaan kenyang, sedangkan 
(dia tahu)  jirannya dalam keadaan lapar"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" dan Al-Baihaqi, sumber Ibnu Abbas: Sahih)

اتقوا الظلم فإن الظلم ظلمات يوم القيامة

"Janganlah kalian menzalimi, kerana sesungguhnya kezaliman itu menjadikan kegelapan-kegelapan di hari kiamat"
(Hadith daripada Jabir, riwayat Muslim: Sahih)

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

“tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan.

 Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”

*Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak bersikap zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya.kecil atau besar.zalim tetap dikira zalim.*

Rasulullah S.A.W pun memberikan satu pesanan kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram dan tidak halal.

Satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul.

Besarkan kuasa tuhan..??

Subhanallah..:)






[1] Mukmin bermaksud orang yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa.Beliau merupakan setingkat yang lebih tinggi dari  Muslim(orang islam).

Thursday, April 11, 2013

SUCIKAH HATI


Kita selalu risau kalau-kalau orang nampak yang pakaian kita kotor dan busuk.

Kita pun mesti segan kalau terpaksa memandu kereta yang berhabuk dan berdebu.

Sesibuk mana pun kita,setiap hujung minggu pasti kita akan sama-sama membersihkan rumah.

Kesimpulannya,tak siapa diantara kita yang sukakan sesuatu yang kelihatan kotor mahupun busuk.

Tetapi bagaimana pula dengan penjagaan hati kita?

Kalau maintenance kereta yang beratus beribu kita sanggup berhabis duit.macamana pula dengan mantainance hati kita?

Sia-sia kalau tiap tahun pergi mekah buat umrah dan haji tapi yang didalam tu masih tetap serupa.

Sia-sia kalau tiap bulan keluar zakat bantu anak yatim orang miskin tapi yang didalam tu masih tetap serupa.

Lagi takut kalau-kalau makin hari makin tebal debu dan kotoronnya.

Kalau habuk melekat kat kereta,boleh jugak kita nampak.boleh cepat-cepat ambil lap dan bersihkan.

kalau yang melekat didalam sana tu,wallahuaalam,entah bila agaknya boleh sedar kann..

Kita ni semakin hari semakin tua.nak kata ilmu agama tak de,awak tu dah boleh digelar ustaz ustazah.

Tak usah la kita nak sama menyibuk mengumpat orang pakai laman-laman sosial ni bagai.malu la kt orang lain oii..satu dunia boleh baca.silap-silap awak yang dimalukan balik nanti.

Lebih baik la kite digelar old school daripada dpt title star sebagai penabur fitnah dan dosa kat dalam situ.

Ketahuilah bahawa mengumpat itu ialah menyebut perihal saudaramu dengan lisan,sebab dengan sebutan itu engkau dapat menyampaikan kekurangan-kekurangan saudaramu dan mendedahkan segala hal yang dibencinya kepada orang lain.

Lantaran itu,maka membuat sindiran itu samalah seperti berkata dengan berterus-terang,perbuatan pula samalah dengan perkataan,mengisyarat samalah dengan mengangguk,berkelip mata samalah dengan membisik-bisik,menulis samalah dengan menunjuk gerak laku.Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh engkau yang boleh menunjukkan kepada maksud dan tujuan ghibah atau mengumpat,maka ia dilarang dan dihukumkan haram.

"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya."

Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
"Janganlah kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu dengan setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."

Berkata pula al-Barra' bin Azib:
Rasulullah S.A.W. berpidato kepada kami sehingga aku terdengar suara kaum wanita di rumah-rumah mereka.Diantara lain baginda bersabda: "Hai golongan orang-orang beriman dengan lisannya,tetapi tidak beriman dengan hatinya.Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan jangan intip keaiban mereka,maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya,nanti Allah akan intip keaibannya,dan siapa yang diintip ALlah akan keaibannya,nescaya akan dimalukannya,meskipun yang berlaku ditengah-tengah rumahnya."

Ada yang mengatakan bahawa Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang maksudnya:
"Barang siapa yang meninggal dengan taubat dari mengumpat orang,maka dia adalah orang yang penghabisan masuk syurga.Dan barang siapa yang meninggal dengan berkekalan mengumpat orang,maka dia adalah orang pertama masuk neraka."

Maka sama2 kita muhasabah ye sahabat-sahabat..

Kita usaha sikit-sikit untuk tinggalkan mengumpat,mungkin pada yang terlalu biasa bergelak ketawa dengan menyebut keaiban seseorang yang lain,maka sedarlah sekarang sebelum kita meninggalkan dunia ini..

Sesungguhnya janji allah itu pasti dan balasan allah itu nyata.Sama2 kita usaha.. #note to myself.

Kepada mereka-mereka yang terlibat dalam usaha menjatuhkan kami sekeluarga. teruskanlah kegiatan anda.semoga allah membuka pintu hati dan menerima taubat kalian sebelum kalian menutupkan mata.Allahuakbar!

Selamat Beribadah semua..=)