Thursday, July 25, 2013

PETRONAS Raya 2013 : Jahit



Bismillahirrahmanirrahim..

In the name of Allah,the most gracious,most merciful.




Awesome!

Satu kisah yang sangatlah berguna untuk dijadikan santapan minda di pagi hari yang mulia.

26 Julai 2013
Harini hari jumaat.harini nuzul quran.

Ok,just nak remind je..pastinya korang2 semua dah tau kann.

Buka minda,lapangkan dada.

Eh,dah tengok belum video tu?
Kang tak pasal aku pulak dilabel syok sendiri.
Dan tak pasal pulak korang botak kepala memikirkan apa lah yang aku dok membebel kat bawah tu kan.
So,tengok dulu keyh..huhu.

************
Dah tengok? Dah nangis?
Tak nangis?finee,aku je lah agaknya yg terlebih feeling kt sini kot.

Kalau..

Kalau makcik yang dah berusia tu pun masih mampu nak kerja sampai macam tu sekali,kenapa tidak kita?

Kenapa pulak kita ni perlu bermalas-malas..?ishh..tak malu ke.

Apa yang penting kat sini,nak cakap yg setiap tindakan itu mesti diseiringkan dengan cita-cita kita.

Barulah kita akan dapat hasilnya!

Jangan sesekali biarkan cita-cita je yang tinggi menggunung tapi tindakan kearah tu langsung tak de.

#Peringatan untuk diri sendiri juga.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Tajdidkan niat,tajdidkan iman..wallahualam.







Wednesday, July 24, 2013

LUKA

Luka di jari nampak di mata,luka di hati tak siapa yang tahu.

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai.
dan tiada satu pun ubat yang mampu menyembuh hati yang telah terluka melainkan berdoa kepada-NYA..

Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa.

Allahuakbar!
Berikanlah kekuatan keatas diriku ini Ya Allah.




“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.

Tuesday, July 23, 2013

BAKAL MAMA BELAJAR MEMASAK

Entri tak sengaja dipetang hari.

Punyalah eksited bangun pagi-pagi,mandi-mandi,kemas rumah.

Nampak je abah baru balik,terus aku jerit kuat-kuat "abah!nak ikut pergi pekan?"sengih-sengih sambil gigit-gigit rambut.eh,puasa lah.

Bukak almari,terus ambik baju kurung sepasang.erk,bila sawan dia datang memang macam tu lah.selama ni sebelah mata pun tak pandang baju-baju tu.

Feeling ala-ala mak yang baru balik outstation,tak sabau nak masak untuk anak-anak harini,maka aku pun laju je jalan mencelah-celah kat orang ramai.kat dalam tempat jual ikan banyak-banyak tu.sampai tak sedar bapak sendiri pun kau tinggalkan.maaf abah!

Nampak udang berlonggok-longgok,mata aku terus shining macam iklan colgate kt tv tu.rasa nak masak cucur udang lahh..yummy!

Sampai je rumah tengahari tu terus google resepi.Aik,cucur udang pun nak kena google ke?aishh.malu..malu.

Dan bila petang menjelma,aku pun laju masuk ke dapur.sempat selit tab kat celah ketiak.hekhek.tak boleh blahh.

Dan setelah berstruggle agak lama,kini tibalah ke kemuncak dan waktu yang dinanti-nantikan.

Waaa!kenapa tak jadi?

Kenapa udang aku tak melekat pun.

Kenapa rupa dia horror sangat!Kenapa?Kenapa? 

Apa salah aku?

Maka si ibu pun datang ke arah anak-anak sambil berbisik,harini kita makan kat luar ye,sudip mama patah..hehe.tak pasal kurang pahala puasa.

Manusia itu selalu memandang pada kesempurnaan sehinggakan yang tak sempurna itu terus terabai dan dipinggirkan.sama nasib macam cucur tak jadi tadi tu.kesian tau..agak-agak kalau dah masuk kat mulut tu sedap je rasanya.

Tak pernah lagi ade kes kat Malaysia ni orang pegang senduk satu jam dah boleh jadi chef.Kalau macam tu dah lama aku ni dapat title Chef Wan. Jadi,kalau setakat sekali buat tak jadi tu,chill je lah okai kawan-kawan.Ingat,kesempurnaan itu selalu datang bersama mereka yang tak pernah ada rasa penat untuk mencuba!
























Saturday, July 20, 2013

MOST POWERFUL WORD


Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah Saw. bersabda: “Allah Swt. tidak memberi suatu nikmat kepada seorang hamba, kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, kecuali Allah menilai ia telah mensyukuri nikmat itu. Apabila dia mengucapkan Alhamdulillah yang kedua, maka Allah akan memberinya pahala yang baru lagi. Apabila dia mengucapkan Alhamdulillah untuk yang ketiga kalinya, maka Allah Swt. mengampuni dosa-dosanya.” 
(HR. Hakim dan Baihaqi). 

Dari Ibnu Umar ra., Rasulullah Saw. bersabda: “Perbanyaklah kalian membaca Alhamdulillah, karena sesungguhnya bacaan Alhamdulillah itu mempunyai mata dan sayap yang selalu mendoakan didalam surga dan memohonkan ampunan bagi yang membacanya sampai hari kiamat.”
(HR. Dailami)

Dari Anas ra., Rasulullah Saw. bersabda: “Andai kata seisi dunia ini dikuasai oleh seorang laki-laki dari umbult, jenuham dia mengucapkan Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah lebih utama dari pada dunia dan seluruh isinya itu.” Didalam hadist lain: “Barang siapa mengucapkan Subhanallah, maka baginya sepuluh kebaikan, barang siapa mengucapkan La Ilaha Illallah, maka baginya ditulis duapuluh kebaikan, dan barang siapa mengucapkan Alhamdulillah, maka baginya dituliskan tigapuluh kebaikan.”
(HR. Ibnu Asakir)


Lets say Alhamdulillah!

Yeah,i did.

Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!


Friday, July 19, 2013

Mr R

Saya rasa saya dah mula sukakan awak..!

Dari kali pertama kita berjumpa,
Dari kali pertama kita bertemu,
Aku yakin yang kau boleh jadi seorang sahabat dan teman yang baik.

I love your style,
I love your way,
I love everything bout you..!

Betul ke kalau lelaki dan perempuan ni tak boleh jadi kawan baik?

Boleh je sebenarnya.statement tu poyo sangat la..

2010

Aku berkawan dgn dia tak sampai 3 bulan pun.
Satu tempoh yang sangat singkat untuk mengenal diri masing-masing.

But, I did..!

Walaupun dah tak bersua muka,kitorg tetap masih berhubung.

2013

Mungkin kau terlalu sibuk.

Dan mungkin juga aku yang tak punya masa untuk jadi seperti yang dulu.

Aku tahu kau tak pernah berubah,

Tapi cuma keadaan yang membuatkan kau seolah-olah berubah.

Hmm.betul ke kau tak rindu nak dengar aku membebel banyak-banyak lagi?

Aku cuma nak tunaikan impian kau..

Aku nak kau rasa apa itu manisnya persahabatan.

Kau yang pernah request kat aku..aku masih ingat lagi.mesti kau dah tak ingat kan.

Tak pelah,aku tak kecik hati pun..kalau hati aku kecik pun,mungkin bukan sebab kau.

4 years i'm struggling for it..but,macam tak de kesan je.

Dan saat ini,aku betul-betul mengalah.

Aku dah penat..

Dan aku rasa aku tak mampu lah..

Aku tak mampu nak jadi teman yang baik untuk kau..

Sebab aku sedar kau dah jumpa dia.

Hanya dia yang mampu merealisasikan impian itu..

But are we still friends?

I really miss you..!

Really..!

Thursday, July 18, 2013

THE CHOSEN PERSON

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)


Pasal isu makan guna tangan kiri..?Tiba-tiba pulak harini aku rasa terpanggil untuk membela nasib teman senasibku.
Sebab apa?sebab aku pun dah selalu terkena.ramai sangat dah orang dok tegur.tapi nk buat macamane.itu je yang aku mampu.
Sampai ada satu tahap tu aku dah rasa macam sudu dan garpu tu musuh ketat aku.Tapi aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan?eh,samelah kita.
Mungkin jugak aku nk buat kesimpulan kat sini yg diorg tak pernah lagi tengok kes sudu terbang depan mata.Maybe.sebab tu diorg tu berani nk tegur kita.haha.
Kalau nak di flashback masa zaman tok nenek moyang.dulu aku pun ade sejarah makan sampai 2 jam tak habis-habis.padahal makan nasi satu pinggan kecik je.tu semua sudu punya pasal lah.punya lah setia akak tu nak tgk aku mkn pakai sudu guna tgn kanan.hambik kau..nsib baik 2 jam bukan 2 hari.
So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je ye.lantak la orang nk kata kita ni kampung ke hape ke.
Ikut sunnah Nabi, dapat pahala lagi!

Ha,ni lagi satu.Cuba korang-korang yg right handed ni potong buah.korang tengok balik tangan mana yang pegang buah,tangan mana satu yang pegang pisau.see..jadi bg aku,tak sepatutnyalah golongan macam kami ni dipandang serong.

Terdapat juga fakta 17% Si Kidal seluruh dunia mati ketika menggunakan peralatan untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Oh, benarkah ini fakta? 

Eh,jgn sedih dulu..jom kita tengok sudut positif menjadi Si Kidal.

1. Kepimpinan.Lebih kurang 66% Presiden Amerika adalah Si Kidal. Mereka ialah Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan, Gerald Fold, Barack Obama dan John McCain. Bermaksud, sifat kepimpinan Si Kidal ialah tinggi.

2. Pemikir yang hebat.Penyelidikan telah menunjukkan bahawa Si Kidal adalah "luar biasa." Penyelidikan di Australia  menunjukkan bahawa orang kidal berfikir lebih cepat saat bermain computer games atau sukan. Si Kidal juga cenderung untuk mendapatkan lebih banyak wang. Si Kidal ialah orang yang kreatif dan inovatif. 

3. Berdikari.Beberapa kajian percaya orang kidal lebih berdikari kerana mereka terpaksa bergaul di dunia yang tidak dibuat untuk mereka ( dunia dimajoriti oleh orang kanan ).

4. Kemampuan menyesuaikan diri.Kajian menunjukkan bahawa Si Kidal lebih mudah menyesuaikan diri daripada orang-orang tangan kanan. Ertinya, Si Kidal boleh menggunakan tangan kanannya untuk melakukan tugas-tugas jauh lebih mudah. Si Kidal boleh bertukar tangan lebih mudah.

Kesimpulannya,tangan kanan & kiri kedua-duanya adalah ciptaan Allah swt, tiada yang baik atau buruk. Yang penting, untuk hal-hal kebiasaan macam bersalaman & makan tetap dibiasakan dengan tangan kanan. Manakala untuk menulis atau membaling bola, silakan sahaja guna tangan yang lebih kamu suka. Ingat !!! Allah swt ciptakan kita dengan kelebihan & kekurangan TAPI kidal bukan satu kekurangan.jgn risau..yang pasti kita bukan ALIEN..!

Salam ramdhan.tingkatkan amalan.kurangkan kontroversi..:)

Saturday, July 6, 2013

I'M SORRY

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat...
kau sesungguhnyaTemanku...
dikala suka dan lara
Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum mengukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih
Biarlah waktu menetukan nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir
Dan aku masih di sini terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku terus menanti saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...

Dear my lovely sis,latifah..

Mengenalimu satu keindahan,
Bersahabat denganmu satu anugerah.
Bukan kata maaf yang aku perlu,
Cukuplah sekadar doa buatku disetiap sujudmu...
Nami sayang tipah!

I wish u were here ..:)