Wednesday, August 28, 2013

**JANJI DITEPATI**



Selamat hari merdeka uolls..!

Seriusly,aku sgt rindu zaman sekolah dulu.ckp mcm dah berpuloh thun tinggalkan sekolah.hekhek.

Diorang punye semangat nk celebrate hari merdeka tu cukup-cukup terasa.
Nak-nak masa zaman sekolah rendah.masa tudung tengah senget.bedak bertompok-tompok.hingus asyik meleleh.kasut lagi lah dah serupa belakang kuali. _ _" tapi tetap jgk org kate comel..^^ ok.perasan!

Bila cikgu announce je sekolah nk buat larian merdeka..nak main lari-lari satu kampung.perghh..eksited gilos kawan-kawan kelas termasuklah aku.

Balik sekolah je tak sah kalau tak ajak abah pergi kedai.bukan nk beli sayur nk buat ulam.nak beli jajan bendera yg warna-warni tu.hari -hari makan pun tak kisah.hee.

**ha,nilah faveret aku time dulu-dulu.tp sekarang dah susah nak cari kat kedai**


Lepas tu dah hbis makan.esok bwk pergi sekolah.nk letak kt kelas.biar kelas tu nampak cantik.

Kalau nak cerita kisah tamak nye pulak,semua pertandingan dia nk masuk.melukis poster.pertandingan bercerita.sajak.menyanyi.kuiz kemerdekaan.explorace.mcm-mcm lah lg.

Sekali pandang nmpk mcm tk de lah faedah sgt pun.sekadar nk have fun je.tp agak-agak lah klu dikorek kepala otak diorg tu.lg berharga dr kepala otak kite-kite ni.silap-silap kt luar tu,tarikh merdeka pun ade yg dah tk ingat.

Sekarang ni,nk tengok bendera malaysia kt jalan pun susah.
Apetah lagi yg melekat kt kereta dan motor.

Sibuk sangat ke diorg tu?

Kesian dekat Malaysia.Tak de sape pun kisah hari jadi dia..eh,bkn tk de.cuma rsenye semakin berkurang.
Agak-agaknye manalah pergi semangat tu semua ye..

Kawan-kawan,

Jangan rasa terlalu selesa dengan kemerdekaan yg kita terima selama 56 thun ni.

Sebab apa,sebab selalunya nikmat tu cuma akan diberi kepada mereka yang tahu menghargai.
Cukup tahu menghargai apa ertinya sebuah keamanan dan pengorbanan.
Cukup tahu bagaimana untuk berterima kasih.

Tapi bukan untuk mereka yang hanya tahu berseronok diatas kemerdekaan yg mereka ada hari ini.

Kemerdekaan bukanlah satu lesen untuk kita sewenangnya bebas melakukan apa yang kita suka.

Sekali kita alpa,kemerdekaan itu mungkin cuma akan menjadi masa silam untuk Malaysia.

Kerana musuh-musuh itu hanya menunggu masa untuk beraksi.beware!  #note to myself.

Sunday, August 25, 2013

SIMPATI

Semalam after balik dari open house kt rumah mak sedara,kitorang terus ke asrama adik.saje nak melawat hujung minggu.
Dan nak dijadikan satu cerita,kitorang pun duduk lah kt surau tu sambil tunggu adik sampai.
Tup tup ade nampak seorang pakcik ni terbaring kt nun jauh di hujung surau tu.
Dan nk dijadikan cite lg,rupe-rupenye pakcik tu kenalan abah.

Dah hampir seminggu dia tak balik rumah.
Semata-mata sebab nak siapkan kerja dia disitu.
Kitorang semua rasa kesian tgk kat pakcik tu.
Pakcik tu bukannya sihat sgt.kaki dye pun injured.tapi dye tak tunjuk pun yg dye sakit.

Abah kate pakcik tu kena keje kuat.sebab anak-anak dye nk pakai duit.
Abah kate lg anak dye ramai.
Hmm,agak-agak mesti isteri dia pun kena kerja kuat macam tu jgk kan.

Pastu aku pun tenung abah lama-lama.
Abah pun dah makin tua.
Aku bayang kalau abah jd macam pakcik tu.
Aku tak sanggup nak tengok abah jadi macam tu.
Aku tak nak susahkan abah.
Sebab aku sayang abah..

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.

Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”

Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”

**Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.

**Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua-duanya telah meninggal dunia.

**Ingat,Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur.

Firman Allah Taala yang bermaksud:“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]

Friday, August 23, 2013

WALAUPUN AWAK DAH TUA,AWAK TETAP KAWAN SAYA! =)

Its about and almost 8 years since our last meet on yr 2005.
I guess everything will be gonna changes.
Everything!
And..
The worst thing is i will gonna lost all my ohsem friends..! T.T
Kali pertama nak jumpe tu.serious hati berdebar-debar.rasa nak muntah.kepala berpusing-pusing.tak larat kaki nak melangkah.Takutt..!feeling mcm nak jumpa family mertua je.hehe.
Aku takut korang semua dah tak kenal aku.aku bayangkan nanti korang gelak ramai-ramai.tapi aku sorang je yang tak faham ape yang korang gelakkan.Ohh sedihnya rasa!rasa nak balik rumah ambik passport booking tiket pergi LA.
Tak senonoh betul lah aku ni.dari kecik sampai sekarang suka fikir yg bukan-bukan.
Tapi korang semua tak macam tu.korang semua budak baik.sama macam dulu-dulu.aku suka!!
*yeay!lompat-lompat ats katil smpi kepala terhantuk kt dinding.pastu nangis.*
Masing-masing dah ade hidup sendiri.ade yg dah kerja.wuu!boleh belanja aku..hehe.ade yg masih belajar macam aku.hi junior saye!*lambai-lambai*oppsss..! Dan ade jugak yg dah nk kawin.aku?bg lah chance kt korg2 dulu..nnt time aku bolehlah korg bwk anak-anak korg yg super duper cute tu jmpe aku..meriahnyer!
Kalau dah muridnyer ohsem..cikgu-cikgunye komfem lah berganda ganda ohsem nye..kepada cikgu-cikgu saya,
--> cikgu halim.tecer azliza.cikgu asmawi.sir nizam.cikgu suriyani.ustzh asyikin.cikgu nadiah.tecer munirah.ustzh aminah.ustzh nasibah.ust azhari.ustzh zakiah.dan kepada yg saya tk tersebut.tak tertulis tak bermakna saya akan lupa sebab sampai bila-bila pun kalian tetap akan dihati saya!!tanpa anda,siapalah saya pada hari ini..:)
Kepada kawan-kawan saya.saya sayang kamu semua!kalau lah diberi satu dunia menjadi pengganti,ia takkan pernah dapat menggantikan kamu di hati saya..Sekali berkawan selamanya kita akan tetap jadi kawan!
~Every pictures have their own stories.jom tengok kawan2 dan cikgu2 saya yg ohsem!









Jumpa lagi tahun depan..!

INCHIK GITARKU

Am I choosy?
Eh,sapa kata..aku lah insan paling tak cerewet tau di abad ini.
Hensem?jutawan?anak dato'?romantik?stylo?tampan?kacak?bergaya?

Itu semua aku tak kisah.janji dia pandai main gitar untuk aku..
Aku pun tak tahu kenapa tetibe aku buang tebiat sangat nak suami macam tu..
Tapi yang aku tau itulah impian aku dari waktu kecik dulu sampai lah ke saat ini.

Entah bile lah agaknye diorang tu nak dpt merasa makan nasi minyak aku..hihi.
Silap2 tahun 2020 pun tak tertunai lagi impian aku..waa!

Personaliti sebenar lelaki yang pandai bermain gitar :

~Bersuara bila perlu
nak kata pendiam tak jugak.
tapi ada masa2nya dia lebih suka diam dari bersuara

~Kreatif
dia suka berfikir luar dari kotak pemikiran.
bermulut manis dan meluahkan kata2romantis adalah salah satu kelebihan nya.

~Sensitif
dia mudah tersinggung lebih2 lagi bila melibatkan hal2 percintaan.

~Romantik
dia romantik tapi tak suka menonjolkan sikap itu di depan orang ramai.
hanya ditunjuk kan didepan yang tersayang saja.

~Mudah jatuh cinta
tak susah untuk menggoda lelaki ini.
hanya berpura2 mempunyai pendirian yang sama
dan melayan karenah nyatak mustahil dia akan jatuh cinta.sekian...

#sumber : inchik google.

Cool ke kalau lelaki pandai main gitar?
Lagi cool kalau dia dapat bertarannum depan kite..^^
Bagi aku,kalau dapat dua2 sekali.itu namenye pakej lengkap..tak habis senyum la kau sampai ke tua..! Hehe..

Wednesday, August 14, 2013

GUYS,MEN & GENTLEMEN

Dengan nama Alah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Saya menulis bukanlah atas title seorang ibu.
Bukan juga sebagai seorang isteri.
Cuma naluri seorang wanita yang membawa saya kesini.

Lelaki sekarang ni terlalu mudah untuk melepaskan marah mereka.
Sampai-sampai sanggup menganiaya isteri dan anak-anak sendiri.
Sebak rasanya bila kisah-kisah macam ni keluar dekat paper.
Beberapa hari lepas,saya ada terbaca kisah seorang isteri yang disiram dengan air rebusan ketupat.
Selang esoknya,seorang wanita cedera dibelasah suami gara-gara cemburu.
Dan malam tadi pulak isteri kena belasah dalam lif.
Oh common guys..
Dah lupa ke semua janji-janji masa akad nikah dulu?
Tak takut ke pada azab tuhan?

Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan Mas Kahwinnya ,,,
Singkat, padat dan jelas.
Tapi tahukah makna disebalik itu semua?

"wahai para calon suammaka aku tanggung dosa2nya si dia dari ayah dan ibunya, dosa apa saja yg telah dia lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan sholat. Semua yg berhubungan dgn si dia, aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yg menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa calon anak2ku.Jika aku GAGAL?maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku"".(HR. Muslim)

***********

Wahai orang orang yang beriman jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan, padanya ada malaikat yang kasar, mereka tidaklah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka.”

Setiap kalian adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggung-jawaban, maka seorang imam adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung-jawaban, dan seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan dimintai pertanggung-jawaban, dan seorang istri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dimintai pertanggung-jawaban, dan seorang budak adalah pemimpin pada harta majikannya dan akan dimintai pertanggung-jawaban, maka ketahuilah bahwa setiap diri kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung-jawaban.

Sebesar mana pun musibah yang dihadapi,Kembali lah pada Al-quran,kembali lah pada Allah..kerana Allah itu pasti punya penyelesaiannya yang tersendiri.
Setinggi mana pun kita berada.sebesar mana pun pangkat dan kuasa yang kita miliki.jangan pernah lupa disebalik itu semua ada kuasa yang jauh lebih hebat dari kita.

Pesanan saya kepada bakal-bakal suami diluar sana,carilah ilmu Allah kerana kebahagiaan itu tidak akan muncul kalau kita sentiasa jauh dari hidup Allah.

Please,Kami bukan boneka anda wahai kaum lelaki sekalian.

Sebelum terlupa,
Selamat hari raya semua! =)






Wednesday, August 7, 2013

TERIMA KASIH

Terlalu mahalkah ucapan terima kasih itu untuk dilafaz?
Sekeras manakah tahap hatimu sampaikan aku merasakan yang dirimu terlalu ego untuk melafaz kata keramat itu?

Aku tak perlu kata makimu,
Aku tak perlu kata rayumu,
Aku tak perlu kata pujimu,
Aku cuma perlu kau untuk ucapkan kata-kata itu.

Cukup.
Cukup untuk aku rasa dihargai.
Cukup untuk memberi aku kekuatan untuk masih bernafas disini.

I just want you to know,

I luv u mom!

I really love you..