Sunday, August 24, 2014

MIMPI LAGI.

mimpi dia lagi? aiyaa. masuk ni dah malam ke berapa dah dia masuk dalam mimpi aku. macam buang tebiat pun ada. mungkin jugak sel otak aku dah bersambung dengan urat kentut. haha. memanglah dia tu kawan aku. tapi bukannya aku selalu jumpa pun. setahun cuma sekali je. itupun masa raya. kalau nak harap suka-suka jumpa. lagi buang tebiat. haha. kalau besfreng logik lah jugak. ni cuma kawan sekolah rendah kot.okeyyy . frust nak cari jawapan. aku search je kat google. ha. hambik kau.

1) orang tu akan memberi sesuatu pada kita in the future. haha. mula-mula tengok statement ni adalah sikit berangan dapat lamborghini sebijik. tapi bila pikir balik logik. eh, motif sangat dia nak bagi kau lamborghini. haha. tayar pun belum tentu dia bagi . tapi kalau tetiba dia bagi cincin? *angkat-angkat kening*

2) ada ikatan yang kuat. klu ikut dalam blog tu, ikatan tu lebih kurang macam instinct lah. haha. ishh. macam mak-mak pulak pakai instinct2 ni. tetibe pulak kan nanti tengah menjahit-jahit tangan tu tercucuk jarum. macam sinetron!

3) mungkin dia jodoh kita. kalau lelaki yang mimpi perempuan, macam logik lah jugak kan perempuan tu mungkin jodoh dia. tapi kalau perempuan yang mimpikan lelaki?

4) dia pun tengah fikirkan kita. sapa pulak aku ni dalam hidup dia sampai dia asyik fikir pasal aku sampai masuk-masuk dalam mimpi ni. tp kalau betul  dia tengah pikirkan aku? *tetibe blushing* dah-dah! mengarut je.

aku harap sangat yg mimpi-mimpi tu semua tak bawak apa-apa musibah pada aku mahupun dia. amin . nama pun syaitan. mana boleh nak tengok hidup orang senang kan. yang penting. sebelum tido jangan lupa ambil wuduk, basuh kaki dan baca doa. ya! jangan lupa baca basmalah 21 kali. penting tau! yang tu komfem syaitan tak leh nak kacau kita sampai subuh. insyaAllah. :)

Thursday, August 7, 2014

EGO


KENAPA BUKAN KAU YG AMBIL LANGKAH UNTUK MENGALAH?

KENAPA SUSAH SANGAT?

KAU TERLALU EGO.

Pernah kau terdetik apa alasan aku untuk berubah seperti itu?

Ye. Aku mengaku. Itu kelemahan aku. Aku tahu aku salah. Aku tahu,hanya mereka  yang benar-benar kuat mampu bertahan dengan sikap aku.
Ye.aku mengaku.itu kelemahan aku. Tapi, kalau betul aku ego, aku takkan menangis bila jadi saksi ayah sendiri dibuang saudara.
Aku takkan pernah tergamak untuk melihat maruah keluarga sendiri dipijak-pijak.
Dulu, aku terlalu benci dengan orang yang hidup dengan keegoan.
Tapi sekarang, aku yang terpaksa hidup dalam kebencian orang.
Tapi aku tak pernah kisah dengan semua itu.
Sekalipun aku tahu ego itu mampu membunuh.
Kerana bagi aku, cuma ego yang mampu memberi aku kekuatan untuk terus hidup dengan bermaruah.
Aku bencikan diri aku yang sekarang.
Tapi cuma itu satunya cara yang aku ada.Dan aku terpaksa untuk memilih.
Ramai orang kata, kau ni sombong! degil! Keras kepala!
Ye.sebab selama ni aku terlalu bersangka baik dgn orang lah, hidup aku dipermainkan. orang boleh buat sesuka hati pada aku. mempermainkan perasaan aku. musnahkan kepercayaan aku. memperlekeh setiap pertolongan yang aku beri.

Sampai satu tahap. Aku rasa penat utk terus  jadi org baik.

Ya Allah.Kenapa terlalu banyak ujian untuk jadi org baik ?

Kerana..

GANJARANNYA SANGAT BESAR DISISI ALLAH. TERLALU ISTIMEWA UNTUK DIMILIKI OLEH SEMUA.