Sunday, April 26, 2015

i-CEPS 11

akilahiskak.blogspot.com

Seperti tahun-tahun yang sudah, program i- CEPS  iaitu singkatan kepada The Convention of Islamic Entrepreneurship [Konvensyen Keusahawanan Islam] merupakan program berwajib,dikendalikan oleh barisan mahasiswa/i tahun akhir fakulti ekonomi dan muamalat USIM. Tema yang telah pun menjadi pilihan pada tahun ini adalah Waqf Jiwa.

akilahiskak.blogspot.com

Apa itu Waqf Jiwa?

Waqf Jiwa adalah satu bentuk niat atau perbuatan seseorang individu untuk berkongsi harta,tenaga dan jiwa kepada mereka yang lebih memerlukan. Bersesuaian dengan tema yang dipilih pada tahun ini,maka Pihak Majlis Tertinggi dan semua barisan ahli-ahli jawatankuasa juga telah pun bersetuju untuk memberikan sebahagian dari keuntungan yang akan diterima untuk disalurkan pada badan-badan sukarelawan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti membina semula rumah-rumah mangsa banjir di beberapa negeri di pantai timur.

Bagi memantapkan lagi kerjasama dan mencari keserasian antara unit,setiap ahli telah pun diwajibkan untuk mengahadiri sebuah program yang dinamakan Team building i-CEPS.Walaupun ianya kelihatan seperti sudah biasa didengari,Alhamdulillah ianya tetap mendapat sambutan baik daripada setiap ahli yang terlibat.

akilahiskak.blogspot.com

Diharapkan aktiviti-aktiviti pre i-CEPS yang bakal dijalankan selepas ini akan lebih energetic dan memberikan input dan output yang terbaik bukan sahaja untuk kami dari barisan pihak penganjur tetapi juga semua individu luar yang terlibat.We always care for the quality not the quantity.

Selamat sukses semua!

Fuhhh.ayat, sungguh kamus dewan bahasa.haha.tadi masa slot terakhir team building,kitorang ada dapat evaluation form untuk ahli kumpulan, Dah cun dah aku punya form,ada yang tulis intelligent,kind,sporting… tiba-tiba ada...sweat? Kalau ye pun nervous dengan saya,janganlah sampai typo.ok.perasan. terima jelah hakikat yang ko tu memang busuk.haha.Kepada cik suhai** kenapa macam nak jauh dengan kita? Im eager to know more about you. Sebenarnya sebelum ni pun kita pernah dalam team work yang sama. Masa kat surau Desa Anggerik,kita sama-sama tolong susun barang untuk mangsa banjir. Ingat lagi tak? 

Ok lah,no slot tacink-tacink or jejak kasih here. Mungkin Allah kata masih belum masanya lagi kann.


Stay Sweat!

Saturday, April 25, 2015

SUNNAH POTONG KUKU

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat, sebagaimana dinyatakan dalam hadis daripada Aisyah ra bermaksud : "Sepuluh perkara yang sebagai fitrah (sunnah) ; memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)..." 
(Riwayat Muslim)

 


Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. 



Hikmahnya ialah melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.

Wallahuaalam.

Thursday, April 23, 2015

4 KATEGORI MINYAK WANGI


Inilah dia 4 kategori minyak wangi yang selalu dijumpai di pasaran :


1. PERFUME (PARFUM)

Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.

2. EAU DE PARFUM (EDP)

Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)

Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfum. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda.Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.

4. COLOGNE

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.




Saturday, April 4, 2015

BAHAGIA

Eh,ada ke orang memasak masa dia tertekan?

Ada.

Siapa?

Saya!

Ishh.macam something je awak ni.

Tu lah,saya pun dah lama dah terfikir. Betul ke saya ni spesis mamalia yang normal?

Golongan 1 :

Ada orang bila tertekan,dia lebih prefer untuk duduk tepi pantai. Tengok ombak. Buat Sand Castle. Sambil tulis puisi. Tapi saya tak berbakat untuk itu semua.

Golongan 2 :

Ada orang bila tertekan,dia lebih prefer untuk luahkan perasaan dia pada orang yang dia rapat. Saya ada kawan yang macam ni. Tapi saya cuma mampu untuk dengar,hadam dan menghasut semampunya.Kahakahkah.

Golongan 3 :

Ada orang bila tertekan,dia suka kemas rumah. Ha,yang ni boleh tiru. Tapi risiko dia tinggi lah. Selagi dia tak tertekan,selagi tu lah rumah tu tak terkemas. Kalau agak-agak mata korang rasa dah juling air tak tahan tengok rumah tu bersepah,tapi malas jugak nak kemas.nasihat saya,cepat-cepat cari idea untuk bagi dia tekanan okeyyy.

Golongan 4 :

Ada orang bila tertekan,dia suka memasak.eh,saya lah tu.firasat saya lah kan ayam,ikan,kobis,tepung,pinggan,kuali,sudip segala macam tu ibarat ada aura yang boleh menyerap segala masalah yang saya ada. Perghhh.Dah pulak masing-masing takut nak ke dapur sebab takut ada hantu duduk kat kuali dia. _ _'' ishh.syirik.tahyul.munafik.kafir. pergi sambung mengaji.

Golongan 5 : Ada orang bila tertekan,dia cari  button delete je. Pastu sambung balik buat esaimen.Print out. Submit kat lecturer. Hehe. Tak kelakar tak payah gelak. Saya tak buat spotcheck punggg.

Kesimpulannya,korang semua ada cara tersendiri untuk mengatasi tekanan yang dihadapi kann. Tapi apa yang terbaik adalah kembali pada Tuhan.Tak perlu lah sampai nak memudharatkan mahupun menzalimi diri sendiri,orang lain dan alam sekitar.

Saya bahagia,

Anda bahagia,

Dunia pun berbahagia. :)

Salam paling manis dari saya. :))