Tuesday, May 23, 2017

SEKETUL BUDAK NAKAL

Bila duduk sorang kat rumah ni.sunyi nya lah rasa.Kalau boleh sekarang jugak nak balik kampung. Duduk je bawah ketiak mak abah. Bestnyeeeeee! Kalau nak diingat memori zaman kecik, bermacam rasa ada. Lagi-lagi sebab aku yang banyak buat perangai ni. Akulah taiko besar kt rumah tu. Kalau jadi je kes, mak abah dah tahu dah nak rotan sapa dulu.

Dulu mak belikan baju kurung nak pakai raya pertama. Mengamuk aku nak gaun kembang paras lutut ala-ala princess tu.Harapnya besar bolehlah jadi princess tapi hampeh.Dah lah gemuk.Pendek pulak tu. Hahaaa.Tu lah akibat melawan permintaan mak.Ntah2 kan memang dari hari ko rebel tu lagi dia dah terdetik kt hati dan  berdoa biar ko gemuk sampai besar. Biar ko dah tak boleh pakai gaun sampai bila-bila. 😂

Dulu berebut remote TV dengan kakak sebab nak tengok kartoon.Tau apa aku buat.Aku gigit tangan dia sampai biru berbekas.Jelas boleh kira aku gigit dia pakai berapa batang gigi. 😅

Dulu aku dengan adik laki aku pulak kitorang memang tak boleh jumpa. Jumpa je gaduh. Jumpa je gaduh. Satu hari tu, elok aku tengah kejar dia *ok, masa tu kurus lagi* Pappp. dia jatuh tergelincir sebab ada air kat atas lantai masa tu. Lari tulang bahu dia. Haha.

Sungguh aku ni seorang yang adil lagi saksama.semua adik beradik aku berdebar tunggu turn diorang. Yang ni pulak kes tak dapat durian punya pasal. Malam tu aku mintak abah beli durian. Tapi abah tak nak belikan sebab dah malam.So aku pun duduk tepi tiang main gunting.*emosi mmg dh tak stabil dah masa tu* Mak dah bau.So,dia pesan kat adik perempuan aku supaya jangan dekat dengan aku.Tapi dia degil. Merangkak jugak datang kat aku.Nah.Berdarah tangan dia.Salah aku ke tu? Hehee. Tapi malam tu aku dapat jugak makan durian.Craving satisfied! 😀

Kalau nak ikut episod dia. Mau beratus episod ni. Belum episod aku tolak mak aku dari buaian sampai keguguran.Aku jatuhkan motor ayah aku kt sekolah tapi aku tak angkat balik.Aku sabotaj kawan aku biar takde orang nak geng dengan dia sampai mak aku suruh pindah sekolah. Aku gunting baju sebab nak baju baru. Aku campak botol susu kat muka nenek aku sebab nak suruh buatkan susu.Belum lagi dengan nak melayan habit pelik aku yang wajib minum air panas setiap malam sebelum tido.Dah lah tak nak buat sendiri. Lepastu suka pulak dia tumpahkan. Mak abah sampai fed up sampai diorang panggil aku Bok Pah. 😋

Tapi masa tu best, kalau cari pasal je, aku ada port baikkk nak selamatkan diri. Dulu aku dengan kakak ada bilik air sorang satu.Jadi tak kacau pun lah kalau aku menyorok dalam tu sehari hatta seminggu.Elok je aku dengar mak aku berdehem.

Lariiiiii!Lepastu mulalah mak dengan sesi menakut-menakutkan dia tu.Kata dalam tu ada katak lah.Ada biawak lah.Memang aku takut weyh. Tapi ada yang lebih menakutkan dari binatang tu semua. Tu yang kat luar yang tengah menunggu tu lagi menakutkan. Hahaa.Kalau iman aku tak kuat, aku keluar jugak konfim harini lauk aku biru.Dia punya cubitan tu perghhhh demam semua saraf.Tu kalau cari pasal masa pagi. Kalau cari pasal masa tengah malam. Hamik kau, abah angkat tinggalkan kat luar.Lepastu dia kunci pintu.

Terima kasih Allah sebab kurniakan aku kedua ibu bapa yang sangat menyayangi aku walaupun aku kerap kali menyakiti mereka.Semoga aku juga akan diberi kekuatan dan kesabaran untuk melayan kerenah anakku nanti seperi mana mereka bersabar melayan kerenahku semasa kecil. 😊

p/s: Harapnya anak kita nanti takdelah yang mewarisi perangai saya ye.Cukuplah mewarisi kecantikan saya, itu saya tak kisah.Hahaa. 😁

Sunday, May 7, 2017

VISIT PERAK 2017

Jumaat 28/4/17

10.15 mlm

Aku,Fatin,Hani dan Wan D bertolak ke Ipoh.Sebabkan masing-masing penat dari tempat kerja kitorang punya tiket pun dah lambat pukul 10.30 memang masing-masing masuk ETS je target nak tidur.Tapi alihnya Wan D dengan Hani je yang tido.Aku dengan Fatin buat catching up session sebab bulan ni masing-masing sibuk sangat sampai tak sempat nak jumpa langsung walaupun tempat kerja sentul – masjid jamek je.Sampai je Ipoh,Sue jemput kitorang.Fatin dah mula bukak drama, cakap dia tak dapat tido sebab aku paksa dia dengar cerita aku.Haha.Sampai je rumah sue,Hani dengan Fatin cepat- cepat lari masuk bilik.Tak sanggup lah tu nak dengar aku bercerita lagi.Haha.Yang kau ni pun nak bercerita tak beragak.Pukul 1 pagi dah kot masa tu.Esok pagi nak kena bangun awal nak pergi wedding pulak.Tapi aku tak ngantuk dah.Last-last Sue yang teman aku borak sampai pukul 2.30 pagi.Itu pun sebab sue tak sanggup tengok aku mumbling sorang-sorang sambil tengok syiling rumah.

                                                                         * * *
Sabtu 29/4/17

6.30 pagi

Sebab aku da tak boleh tido,aku duk kacau semua orang suruh bangun subuh.Fatin memang dah tak mampu nak kata apa lah dapat kawan terlebih bateri AAA macam aku ni.Haha.Pukul 9 pagi Wan D pun sampai depan rumah sue untuk pick up kitorang.Sebelum sampai sungkai tu,kitorang singgah Mydin dulu sebab Wan D ngan Hani tak prepare hadiah untuk pengantin lagi.Then after settle urusan hadiah,kitorang pergi pick up Kak Ain dekat KTM sungkai sebab Kak Ain gerak pagi dari kl.

12.30 tengahari

Cun lah pulak sampai rumah pengantin ngam pukul 12.30.Pengantin pun baru nak berarak time kitorang sampai tu.Then,bagi hadiah,makan-makan,tangkap gambar,dah penat kitorang pun gerak balik.Kasi can lah pengantin nak rehat.Masa kitorang balik tu pun,kat khemah tetamu memang dah kosong takde orang.Nasib baik tak kena halau.Hahaa.Ingatkan petang tu nak singgah Air Panas Sungai Klah tapi tengok langit cam nak hujan,jadi kitorang pun tukar plan B.

Selamat Pengantin Baru buat Dini & Muz.

 * * *


4.30 petang

Tadaa!kitorang dah sampai Kellie’s Castle.Kellie’s Castle ni bukak sampai pukul 6 je.Nasib baik kitorang ada sejam lagi sebelum waktu melawat tu tutup.Kalau tak,tido lah kat situ tunggu kaunter bukak esok pagi.Kasi lah can orang Ipoh nak membongak.Dia kata ni lah Taj Mahal Perak.Iye kan je.Risau nanti  kalau tak iye kan ada yang malam ni kena amik bas balik  sendiri. :P Tiket masuk dia harga RM5 seorang kalau tunjuk Mykad.


Eh,lupa nak intro,nilah barisan superhero kami masa kat Ipoh.Import nundari kl untuk escort kitorang.Tak tahu mana yang taken mana yang single,kalau nak,boleh tanya sendiri lah.Hahhaa.


Kak Ain,Sue dan Hani. ;) Fatin dan Kila tengah bizi setting camera cari angle cantik.Hehee.

Intai jodoh tak sampai lagi ke bang? ;P
 * * *


8.00 malam

Malam tu kitorang gi lepak kat Kafe Kontena Akhil Hay.Makan sampai muntah hashtag dia.Banyak gilossss makanan kat situ weyh.Ok,bab makanan ni tak boleh describe lama-lama.Nanti korang baca,pastu korang lapar,habis aku nanti kena belanja korang makan pulak.Hehee.Ingat nak singgah berjalan lagi malam tu,tapi sebab semua dah tak mampu nak bawak perut,kita balik je lah sambung ronda esok pagi.


Disclaimer: Gambar ni ditangkap sebelum makanan sampai.Lepas makanan sampai komfim semua tak heran nak tengok kamera.

 * * *
Ahad  30/4/17

7.30 pagi

Aku ngan Sue keluar cari breakfast untuk pagi tu.Elok je bersila nak makan.Wassap masuk cakap Wan D jemput sarapan kat rumah dia.Kitorang pun berhuhuhu je lahh tengok roti canai dalam pinggan tu.Apa kitorang buat kat roti canai tu?Sumbat je lah dalam perut.Takkan nak buang kot.Pandai lah adjust space dalam perut tu nak bagi muat nasi lemak pulak jap lagi.Hahaa.Ni jap lagi kalau bot tenggelam tau lah sapa punca nya.Dah sampai rumah Wan D,kitorang pun try call Wan J and the geng.Pelik jugak lah sebab diorang tak sampai lagi.Call punya call masing-masing tak berangkat.Hmmm.Baru tahu rupanya bilik hotel diorang takde air pagi tu.Sejam jugak lah kitorang tunggu diorang siap.Sempatlah habis satu jag besar teh tarik.Lambat lagi mahu kitorang ke dapur bancuh lagi satu jag.Huhuu.

 * * *



11.00 pagi

Selamat tiba di Taman Rekreasi Gunung Lang.Nak ke taman dia kena seberang naik bot dulu.Tiket dia RM3 untuk dewasa.FOC untuk kanak-kanak bwh 12 tahun.Kat situ boleh lah nak bagi ikan makan-makan.Weyh,gemuk gilosss ikan dia.Kuat betul selera makan ikan-ikan kat sini.Sapa yang  ada masalah tak lalu makan tu bolehlah ikhtiar,try campak kan ke dalam ni.Mana tahu selera makan bertambah. :P











2.30 petang

Orang kata Nasi Ganja famous kat sini.Sekali pergi panjangnye lahai barisan weyh.Nasi Ganja tu apa?Nasi Ganja tu Nasi Kandar Ayam Masak Merah.Eh,betul ke orang Ipoh?Hehee.Hashtag sis cuba je.Tapi sebab tiket ETS Kak Ain pukul 3.30 ptg,jadi kitorang cancel je lah makan kat situ.Kitorang try Nasi Kandar Salim.Kedai dia dekat-dekat je.Nasi penuh pinggan.Ayam besar.Siap sayur cuma RM5.70.Itupun nasi separuh  + ayam separuh selamat masuk perut Husni.Tak mampu weyh nak habiskan.Wahhhhh!Nak pindah Ipoh lah cenggini.

 * * *

5.00 petang

We have Laksa Telur Bersarang here!Harga dia Cuma RM4 semangkuk.Murah kan kannn?Kat KL telur mata kerbau pun dah RM1.50.Hahaa.Jakun pulak jumpa makanan murah.Fatin belanjo Durian Crepe.Fuyyoooo rasa durian  meletop.Buktinya 3 kali sendawa bau durian.1 kali sendawa bau laksa.Hahaa.Kedai makan ni tak silap bukak dari tengahari sampai pukul 7 petang je.So,sapa nak try kenalah serbu awal hokeyyy!

Laksa Telur Bersarang + Durian Crepe :)


 * * *

8.30 malam

Masa makan laksa petang tu kitorang dah cakap.Dapat makan laksa,malam ni kena pergi Kinta Riverfront pulak main basikal.Lepastu masing-masing duk cari alasan.Buat muka comel dengan harapan kitorang akan cancelkan plan main basikal tu.Haishh,ni hakak sado lah.Tak jalan taktik macamtu.Hahaa.Masa nak tempah basikal tu lagi lah,sumpah kelakar tengok muka nervous korang.Adoi,dah macam muka adik-adik tunggu turn nak bersunat dah.Nasib je kitorang tak snap gambar.Kalau tak boleh buat bahan 7 keturunan.Ingatkan nak nervous sampai balik rupanya sekali dah main,lagi eksited dari kitorang. :p

Yang tinggi tersangkut bumbung,yang rendah tak sampai kaki.Adoi.Macam-macam.Hahaa.

                                                                                                         * * *
11.00 malam

Diorang dah lapar lagi.Hahaha.Teman je lah diorang lepak dekat area dataran MBI.Lagipun esok pagi nak balik KL dah.So,masa tunggu makanan tu,Husni cakap nanti Kila bila pukul 12,aku pastikan semua orang kat sini akan nyanyi lagu happy birthday kat kau kuat-kuat.Aku pun ok kan je lah.Sekali dah pukul 12,aku tengok mata dia dah separuh je bukak.menyanyi pun suara pun dah macam angin.Hahahaa.Alahai abam strawberry lover ni.Tahun ni sambut birthday tak pakai kek tapi pakai Dim Sum.Why should I have a cake when there is nothing sweeter than you!


Sue jangan sedih-sedih.Nanti kitorang datang lagi okeyhhh. :)

Seriously, I am really enjoying every second that I had with all of you.Dalam ETS masa balik tu aku tido je sebab tak nak nangis.Sampai KL,langit dah tolong nangiskan untuk aku. T.T

Wishing all the best in your career!

See you when I see you. XOXO.