Saturday, December 30, 2017

CREDIT CARD

The big why aku guna kredit kad:

A. CCRIS dan CTOS

Aku takde loan kereta atau rumah lagi.Aku jugak takde PTPTN.Aku applied kad kredit ni untuk tujuan nak cantikkan rekod CCRIS dan CTOS aku.Macam aku sendiri,walaupun kredit kad tu sendiri dah ada limit boleh guna,aku akan buat limit aku sendiri berapa maksimum aku boleh pakai kredit kad tu dalam sebulan.

Alhmdulillah setakat hampir setahun menggunakan kad kredit ni,aku tak pernah lagi terbabas untuk bayar setiap bulan dan harapnya sampai bila-bila lah. Sebab kalau nak buat loan rumah atau kereta bukan tu sikit.Jadi bila bank tengok kau memang tiada masalah kalau nak bayar hutang. So rekod kau pun baik, maka untuk lulus permohonan pinjaman tu akan lebih mudah.

“Apabila nak memohon pinjaman dari bank, permohonan anda akan melalui proses kelulusan kredit sebelum bank memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut. Laporan CCRIS dan CTOS akan digunakan dalam proses ini. Jika laporan anda menunjukkan status kredit yang positif, bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan permohonan anda. Tetapi sekiranya laporan kredit individu tersebut menunjukkan dia sering gagal membayar hutangnya yang tepat pada masanya, besar kemungkinan bank tidak akan meluluskan permohonannya."

"Pihak bank juga akan melihat laporan kredit untuk menentukan Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio) seseorang individu sebelum menentukan kelulusan permohonan. Ini kerana bank  mengambil risiko apabila meluluskan permohonan anda. Jadi, CCRIS dan CTOS merupakan antara alat yang digunakan untuk mengurangkan risiko tersebut.”

full article : https://www.comparehero.my/blog/perbezaan-ccris-ctos

B.WORK LIFESTYLE

Aku ni kerja sebagai auditor.Yang hampir setiap minggu memerlukan aku ke tempat client.Setiap kali keluar ke tempat client,Grab Car dan Uber tu aku akan bayar guna credit card.Sebab aku nak save cash aku untuk emergency case dan untuk sara makan minum aku sendiri kat tengah KL ni.Gaji pun bukan mewah sangat.Jadi aku decide, transaksi yang boleh claim macamni,aku akan gunakan credit card aku tu.Sebab kalau aku guna cash,memang sudahnya aku kena puasa lah 2 minggu.

So,sekarang ni aku guna CIMB Islamic MasterCard Platinum.Beza yang paling mudah antara Islamic dengan Konvensional ni adalah guna CIMB Islamic,korang dapat kumpul bonus point. Guna CIMB Konvensional,korang akan dapat cash rebate.

Rules dia mudah je kalau nak guna kad kredit ni.

Set limit guna dan bayar on time.InsyaAllah anda happy.Bank pun happy!

Ni aku share sikit pasal kredit kad yang aku tengah guna sekarang ni.

CIMB Islamic MasterCard Platinum

1.REQUIREMENTS

Minimum Annual Income:RM24,000
Minimum Age For Primary Card:21 years old
Minimum Age For Supplementary Card:18 years old

2.FEES AND CHARGES

Annual fee:Free for life.
Annual Fee for Supplementary Card:Free for life.

Mininum monthly payment:RM50 or 5% of outstanding amount whichever is higher.

Example:
Credit card statement : RM 150
RM150 X 5% = RM7.50
Minimum monthly payment = RM50

Credit card statement : RM 1,500
RM1,500 X 5% = RM75
Minimum monthly payment = RM75

Late payment fee: 1% on the unpaid balance arising from retail transactions and cash advance, subject to a minimum of RM10.00 and a maximum of RM100.00 and will only be imposed if the minimum payment due is not paid by the due date.

Example:

Credit card statement : RM150
RM150 X 1% = RM 1.50
No late payment fee will be charged since the minimum late payment fee charged is RM10*

Example:
Credit card statement: RM1,500
RM1,500 X 1% = RM 15
Late payment fee charged is RM15*

Example:
Credit card statement: RM15,000
RM15,000 X 1% = RM 150
Late payment fee charged is RM100 since the maximum fee can be charge is RM100*

*Not include the interest charged 18% per annum.

Cash withdrawal fee:RM53 or 5.30% of withdrawn amount, whichever is higher
Interest rate on cash withdrawals:18%

3.FEATURES AND BENEFITS

-Earn bonus points and enjoy discounts at over 500 merchants.
-Experience year after year of financial freedom with no joining or annual fees.
-Ujrah concept.Payment in exchange for services, benefits and privileges offered to the cardholders


PRODUK MUKA UNTUK KULIT SENSITIF

Hai, since dah beberapa kali ditanya tentang produk apa yang dipakai sebab kulit nampak cantik.Eh,cantik ke?Hahaha.Cantik disini merujuk kepada bebas jerawat + bebas minyak je.Takdelah flawless tahap barbie doll tu cuma sedaplah mata memandang dan dipandang.Eh,bajet lah kau orang selalu pandang.Hmm.yg aku maksudkan tu Mak cik jual nasi lemak sambal sotong depan rumah,cleaner,abang kaunter dengan polis bantuan MRT dan ada lagi seorang yang masih ditunggu dan masih dalam senarai doa setiap hari,Zul Ariffin.

Make up remover:


Garnier Micellar Cleansing Water.(Pink)

Harga: RM10 - RM15 (125ml)

                                                  
                                               Image result for garnier micellar water review malaysia
Fungsi Micellar Water ini adalah untuk mencuci makeup dan kotoran pada muka. Letak atas kapas dan sapukan pada seluruh kawasan muka dan makeup.Kulit akan bersih dari makeup dan kotoran, kulit akan menjadi lebih segar. Tak perlu bilas pun.Dengan fomulasi yang tidak melekit serta berminyak. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Cleanser:

Sari gamat & habbatus sauda SAFI (Biru)

Harga: RM10 - RM12 (100gm)
                                                     Related image

Semua sedia maklum gamat memang banyak khasiat dan merupakan agen pemulihan dalam rawatan tradisional kan..Ianya mampu mengawal minyak dan jerawat disamping membersihkan kulit wajah dengan sempurna.Recommended untuk yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Scrub:

St. Ives Blemish Control Apricot Scrub

Harga: RM18 - RM22 (170gm)
                                                 Related image

Fungsi utama scrub adalah untuk membuang sel kulit mati agar kulit muka kita dapat tukar sel kulit yang baru.

St. Ives Blemish Control Apricot Scrub, selain daripada terdapat butir-butir aprikot di dalamnya yang berfungsi sebagai agen skrub, ia juga mengandungi 2% Salicylic Acid yang berperanan sebagai acne treatment. best kan? instead of kita buang sel-sel kulit mati, kita juga dapat merawat jerawat. Yang best lagi sebab dia bagi soft effect dan rasa halus sangat lepas basuh muka.Boleh guna 3 kali seminggu.Boleh guna untuk kulit sensitif sebab aku pun geng korang jugak.


Penyegar:

Uriage Thermal Water

Harga: RM70 - RM90 (300ml) 
*Tapi haritu aku beli masa dia buat promotion 4 botol RM120

                                                   Image result for Uriage Thermal Water
Produk ini boleh menghidrat permukaan kulit, mengurangkan radang kulit dan 100% isotonik.Biasanya aku akan guna selepas cuci muka.Cuma spray mengikut keperluan. Tidak perlu di keringkan supaya bahan aktif dalam air tersebut dapat bertindak dengan efektif.Kadang kalau aku start rasa gatal atau tak selesa,aku akan terus spray benda ni dekat muka.Terus elok.
Apa yang menarik perhatian dekat sini, Uriage Thermal Water ni sangat banyak kegunaannya. Antaranya:
·         Melegakan dan membina semula sel-sel kulit dalam bidang perubatan
·         Melegakan iritasi
·         Mengurangkan rasa terbakar dan kesan merah akibat penggunaan kosmetik
·         Melegakan ruam bayi
·         Melegakan kulit kesan matahari
·         Memperbaiki kulit mengelupas
·         Melegakan mata yang penat
·         Make up remover
·         Melembutkan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari
·         Mencegah kulit daripada radikal bebas
·         Melegakan iritasi dan ketidakselesaan kulit
·         Memberikan kesan hidrasi yang cepat
·         Melegakan perasaan tidak selesa wala di mana anda berada

Untuk makeup,mostly aku guna produk Wardah kecuali untuk bedak,aku gunakan PIXY two way cake perfect fit.

Serum : Wardah C-Defense Serum

Harga: RM28 - RM32 (17ml)

Foundation : Wardah C-Defense DD Cream

Harga: RM14 - RM16 (20ml)

Lipstick : Wardah Exclusive Matte Lipcream No.9 "Mauve On!''

Harga: RM30 - RM33

Produk Wardah sangat friendly sebab dia boleh digunakan untuk kulit sensitif.Tapi susuh sikit nak jumpa sebab tak semua Watsons ada jual produk ni.Setakat yang aku jumpa ada dekat Watsons KLCC dan Watsons Berjaya Time Squares.












                                                 




Wednesday, December 20, 2017

Cinta & Benci

Ini bukan kali yang pertama.Cerita yang sama.Permulaan yang sama.Pengakhiran yang sama.Cuma dia yang berbeza.

Salah aku kerana mudah terbuai dengan cara dan tutur mu.

Kau datang sekadar menguji.Mengetuk pintu yang lama terbiar sepi.Ku sambut kehadiranmu dengan senyuman.Pergimu ku iring dengan sejuta air mata.

Adakah aku yang bodoh kerana menerima dirimu?

Ini semua tentang masa.Aku perlu percaya bahawa tiada yang akan terjadi sebelum sampai masanya.Tak perlu terburu. Tak perlu gelisah. Yakin dan terus berdoa pada yang diatas sana.Semoga masa itu akan tiba jua.

Berikan aku masa, untuk menghapus memori ini.Biar bahagia itu cuma seketika.Aku tetap bersyukur pada Nya.

Kehilangan telah mengajar aku untuk menjadi lebih kuat.Kehilangan telah mengajar aku tentang makna redha.Kehilangan telah mengajar aku untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik aku.Kehilangan telah mengajar aku untuk terus tersenyum walaupun batin nya dilukai.

Teruslah tersenyum.

Kerana aku percaya bahawa Allah telah mengarang sebuah kisah cinta paling indah buatku ❤

Yang benar,
Hati

P/s : Untuk terkahir kalinya, andai kau membaca coretan ku ini.Aku mohon agar kita dapat saling mendoakan supaya kau dan aku dikurniakan jodoh yang selayaknya.InsyaAllah.

Saturday, December 16, 2017

Foodies

What is your favourite candy?
-Cloud 9 Butter Caramel

What candy you don't like?
-Anything gula-gula with mint

What is your favourite dessert?
-Puding Caramel Gula Hangus
-Bubur Kacang Hijau

What dessert you don't like?
-Brownies

What is your favourite food?
-Nasi Ayam Penyet (Dapur Penyet)
-Satay (Willy satay)
-Pizza (Fahrenheit 600)
-Butter Chicken (Gold Chilli)
-Soto / Pecal
-Subway

What food you don't like?
-Laksa
-Kuew Teow

What is your favourite cakes?
-Indulge Chocolate (SR)
-White Chocolate Macadamia (SR)
-Blueberry Cheese Cake

What cakes you don't like?
- Banana Cakes (SR)

What is your favourite fruit?
-Durian
-Betik
-Rambutan
-Buah Naga
-Buah Ciku

What fruit you don't like?
-Anggur

What is your favourite vegetables?
-Kangkung (tumis belacan)
-Sayur labu (masak lemak)
-Tomato

What vegetables you don't like?
-Peria
-Pucuk Ubi / betik

What is your favourite ice cream flavour?
-Ice Cream Vanilla Mcd
-Ice Cream Green Tea Haegen Dazs

What ice cream you don't like?
-Ice cream jagung

What is your favourite seafood?
-Kerang (Tak makan seafood lain sebab allergik)

SAYANG KE TAK SAYANG

Bila cari calon suami tu tak semudah cari ikan bilis dekat Tesco.Mak nak ciri A. Adik nak ciri B.Abah pulak nak ciri C. Best friend pulak nak ciri D.Jiran sebelah rumah nak ciri E.

Kau nak apa?

Aku nak tido.

Haritu sempat jumpa bff sekejap.Sambil makan subway sambil mintak advice dia.Yela,bila orang lain putus cinta kemain aku advice.Bila masuk part aku sendiri? Adoi, kembang otak sama kembang dengan maggi.

Benda pertama yg dia pesan kat aku.Buat clear cut dulu.

1.Aku suka dia sebab apa?

Aku suka dia sebab dia suka aku?
Aku suka dia sebab memang aku suka dia?
Aku suka dia sebab aku tak sampai hati nak hampakan dia?

2.Aku suka dia sebagai apa?

Aku suka dia sebagai kawan
Aku suka dia sebagai kekasih

Ok. dua2 takde jawapan.Talian hayat pleaseeee.

* * *

Second,tolong fikirkan diri kau sebelum kau fikirkan perasaan orang lain.

Jujurnya,aku bukan tak fikirkan diri aku. aku bukan takde jawapan tapi aku sendiri takut untuk buat keputusan sbb aku tahu apa pun keputusan yang aku pilih. Aku takkan mampu untuk puaskan hati semua orang yang aku sayang.

My bad, aku terlalu fikirkan kepuasan orang sekeliling sampai aku selalu abaikan diri sendiri. Tapi bagi aku biar aku menangis asalkan aku dapat tengok orang yang aku sayang gembira.

But this is not a fairy tale.Ini bukan cerita beauty and the beast yang boleh buat happy ending cuma dalam 10 muka surat.Wake up please!Ini kisah hidup kau.Kau lah heroin dia.Kau je yang berhak tentukan jalan cerita dia.Bukan orang lain.

* * *

Third, jangan nak take take je tapi takde give.

Ok. terkena setepek kat muka. Aku mengaku, aku ni seorang yang sangat payah untuk mulakan conversation.Aku nak mesej dia selalu.Tapi kalau aku yang mulakan, aku akan rasa sangat terhegeh - hegeh.Jadi aku takkan mulakan mesej dia dulu. Aku akan tunggu sampai dia mesej aku dulu. Tapi sengsara gak lah nak tunggu dia dapat seru tu. Kadang sehari. Kadang berhari-hari.Handphone pun sampai hang duk bukak tutup bukak tutup check mesej. Tapi ego punya pasal.Padan lah dengan muka. Perangai macam kuew teow basi betul.Haha

* * *

Fourth,pasangan ni saling melengkapi jadi tak perlu cari yang dah sempurna

Penangan banyak sangat tengok drama melayu kat tv. Bagusnya jual je tv tu kat kedai besi buruk Ah Loi  .Biar hari-hari ada masa nak mengaji.Tak susah lah nak jadi suami aku.Aku tak mintak emas segunung.Aku tak mintak kau bawak holiday pergi Istanbul. Tapi kalau dapat apa salahnya.Haha.Takpayah susah-susah nak buat plastic surgery jadi macam Zul Ariffin.Aku cuma nak kau janji akan sentiasa ada dengan aku susah senang hidup kita nanti.Kau mungkir janji, bersedia lah, aku masukkan kau dalam kolam buaya dekat zoo negara.Biar dia kenduri besar daging kau 7 hari 7 malam.

Yang benar,
Bakal isteri awak.