Wednesday, March 27, 2013

BERSEDERHANA


Tatkala dunia semakin menginjak tua.alangkah hibanya bila melihat seisinya masih leka mengejar dan mengumpul harta kekayaan masing-masing.tanpa memikirkan baik dan buruk, mereka saling mencipta pergaduhan.tanpa memikirkan pertalian saudara, mereka sanggup berbunuhan antara satu sama lain.

Adakah semua harta itu yang akan kita bawa apabila dipanggil oleh ilahi?

Adakah semua harta itu dapat membantu kita untuk menjawab semua persoalan dari malaikat dikubur kelak??

Adakah kite lupa tentang kisah Qarun, Firaun dan Haman?

Adakah kite lupa akan balasan tuhan atas ketamakkan mereka suatu ketika dahulu?

Adakah kite semua mahu menerima nasib yang sama seperti mereka semua? Nauzubillah..

"Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (al-`Ankabut: 39-40)

Penyebutan dalam surah al-Mu'min (Ghafir) pada kisah pengutusan Musa a.s. kepada tiga orang thagut yang mendustakannya."Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata, kepada Fir'aun, Haman, dan Qarun, maka mereka berkata, `(Ia) adalah seorang ahli sihir yang pendusta.'" (al-Mu'min:23-24)

Sama-samalah kita bersederhana dalam berharta..insyaallah..:)

Thursday, March 21, 2013

KITA KAN ADA TUHAN





Allah Ta’ala berfirman, “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami”
(QS. At Taubah: 40)

Ayat di atas mungkin dapat menjadikan kita agar lebih merenungi lagi terhadap setiap masalah apapun yang kita hadapi. Dalam setiap persoalan yang tak kunjung terselesaikan, maka hadapkanlah semua itu kepada Allah Ta’ala. Tak ada satupun manusia yang tak luput dari rasa sedih, tinggal bagaimana kita menghadapi kesedihan dan kegalauan tersebut.

 SABAR
Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
(Qs. Al-Baqarah 153).

 ADUKANLAH SEMUA ITU KEPADA ALLAH
“Hanya kepada-Mulah kami menyembah, dan hanya kepada-Mulah kami meminta pertolongan”
(QS. Al Fatihah 5)

POSITIVE THINKING
 “Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
 (Qs Al-Insyirah 5-6).

DZIKRULLAH (MENGINGAT ALLAH)
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”
(Qs Ar-Ra’du 28).

#so,jangan sedih-sedih lagi kilah sebab hidup ni bukan sekadar utk ditangisi..senyum sokmo :)

Tuesday, March 19, 2013

UJIAN DAN TAUBAT


Al-An’am 06:152
“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim,kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat,sampai dia mencapai(usia) dewasa.dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil.kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya[1].apabila kamu berbicara,bicaralah sejujurnya[2],sekalipun dia kerabat(mu) dan penuhilah janji Allah.demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu ingat.”

Al-An’am 06:164
katakanlah(Muhammad),”Apakah(patut) aku mencari tuhan selain Allah,padahal Dialah Tuhan bagi segaa sesuatu.Setiap perbuatan dosa seseorang,dirinya sendiri yang bertanggungjawab.Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain.[3]Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali,dan akan diberitahukan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan.”


[1] Segala ujian Allah itu merupakan salah satu caranya untuk menjadikan kita hambanya yang lebih kuat.Bersyukurlah kepada Allah atas setiap ujian yang menimpa kerana itu tandanya jauh diatas sana,ada seseorang yang sedang begitu merindui rintihan kita iaitu Allah Azzawajalla.
[2] Sesungguhnya diatas muka bumi ini tiada sesuatu yang lebih tajam melainkan lidah.jadi,sama-samalah kita memelihara dan menjaga tutur kata supaya hasilnya akan menjadi penyejuk buat mereka yang mendengar.
[3] Jika kita saling diarah memikul beban dosa antara satu sama lain,nescaya tidak akan tertanggung beratnya.Dan ingatlah setiap dosa yang kita lakukan mampu terhapus oleh taubat nasuha juga dengan izin dari-Nya.Allahuakbar.

Sunday, March 17, 2013

KOPIAH:TUNTUTAN VS TREND


Setelah agak lama menyepi dan menyendiri,kali ini hatiku merasa terpanggil untuk kembali ke dunia blogging.
ha,tengok tajuk entry tu pun da lain macam je bunyi dye kan.
actually,its not so serious mcm yg kamu semua bayangkan okkey..
bila kite sebut je pasal kopiah.mesti semua orang akan kata:
oh..pakai kopiah??orang ni orang hebat ni.bukan calang-calang orang.mesti dah banyak ilmu dia.solat jemaah tak pernah nak tinggal.kalau ada majlis agama,mesti dye yang duduk barisan depan sekali.
Aku tahu,orang Malaysia mmg semuanya berhati mulia.alhamdulillah.

tapi..tapi kalau setakat pakai kopiah tapi tangan dok gatal merayap.tapi kalau pakai kopiah mulut dok sibuk bersayang-sayang.tapi kalau pakai kopiah dating x pernah nk miss.
Plisss la..eii,x rase malu kew??

Haaaaaa….
Jadi,daripada kamu-kamu kamu semua tu semakin merendahkan imej mereka yang berkopiah.
Apa kata lepas ni cabut je kopiah tu.simpan dalam almari.mudah kannnnn..???

Bak kata pepatah melayu,
orang lain makan nangka orang lain yang dapat getahnya..
kan kesian kalau macam tu bunyinye..

cuba imagine,kalaulah ade perompak tengah duk pecah rumah.tapi ada kopiah atas kepala dia.
Mesti jiran-jiran dye pun kate:oh..kunci rumah dye tertinggal kt dlm kot.kesian dye kene memanjat tengah malam-malam buta ni..
Jadi moral of the story yg kita boleh ambik disini adalah..
Tak semua orang yg berkopiah itu baik dan x semestinya orang yg x berkopiah itu tidak baik.

Kerana..
Kopiah itu fitrahnya hanya sehelai kain..!


SUMBER: EN.WIKIPEDIA

Pemakaian kopiah adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Menurut Imam Sayuti Rahimahullah bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah.[1] Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Pada kebiasaannya pemakaian penutup kepala oleh lelaki merupakan tanda ketenangan minda dan peribadi pemakai, kesalihan dan ketaatan kepada tuhan, erti pembaharuan dan taubat, serta menjaga kepala, perwatakan dan minda yang cergas.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..=D