Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri..?Tiba-tiba pulak harini aku rasa terpanggil untuk membela nasib teman senasibku.
Sebab apa?sebab aku pun dah selalu terkena.ramai sangat dah orang dok tegur.tapi nk buat macamane.itu je yang aku mampu.
Sampai ada satu tahap tu aku dah rasa macam sudu dan garpu tu musuh ketat aku.Tapi aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan?eh,samelah kita.
Mungkin jugak aku nk buat kesimpulan kat sini yg diorg tak pernah lagi tengok kes sudu terbang depan mata.Maybe.sebab tu diorg tu berani nk tegur kita.haha.
Kalau nak di flashback masa zaman tok nenek moyang.dulu aku pun ade sejarah makan sampai 2 jam tak habis-habis.padahal makan nasi satu pinggan kecik je.tu semua sudu punya pasal lah.punya lah setia akak tu nak tgk aku mkn pakai sudu guna tgn kanan.hambik kau..nsib baik 2 jam bukan 2 hari.
So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je ye.lantak la orang nk kata kita ni kampung ke hape ke.
Ikut sunnah Nabi, dapat pahala lagi!
Ha,ni lagi satu.Cuba korang-korang yg right handed ni potong buah.korang tengok balik tangan mana yang pegang buah,tangan mana satu yang pegang pisau.see..jadi bg aku,tak sepatutnyalah golongan macam kami ni dipandang serong.
Terdapat juga fakta 17% Si Kidal seluruh dunia mati ketika menggunakan peralatan untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Oh, benarkah ini fakta?
Eh,jgn sedih dulu..jom kita tengok sudut positif menjadi Si Kidal.
1. Kepimpinan.Lebih kurang 66% Presiden Amerika adalah Si Kidal. Mereka ialah Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan, Gerald Fold, Barack Obama dan John McCain. Bermaksud, sifat kepimpinan Si Kidal ialah tinggi.
2. Pemikir yang hebat.Penyelidikan telah menunjukkan bahawa Si Kidal adalah "luar biasa." Penyelidikan di Australia menunjukkan bahawa orang kidal berfikir lebih cepat saat bermain computer games atau sukan. Si Kidal juga cenderung untuk mendapatkan lebih banyak wang. Si Kidal ialah orang yang kreatif dan inovatif.
3. Berdikari.Beberapa kajian percaya orang kidal lebih berdikari kerana mereka terpaksa bergaul di dunia yang tidak dibuat untuk mereka ( dunia dimajoriti oleh orang kanan ).
4. Kemampuan menyesuaikan diri.Kajian menunjukkan bahawa Si Kidal lebih mudah menyesuaikan diri daripada orang-orang tangan kanan. Ertinya, Si Kidal boleh menggunakan tangan kanannya untuk melakukan tugas-tugas jauh lebih mudah. Si Kidal boleh bertukar tangan lebih mudah.
Kesimpulannya,tangan kanan & kiri kedua-duanya adalah ciptaan Allah swt, tiada yang baik atau buruk. Yang penting, untuk hal-hal kebiasaan macam bersalaman & makan tetap dibiasakan dengan tangan kanan. Manakala untuk menulis atau membaling bola, silakan sahaja guna tangan yang lebih kamu suka. Ingat !!! Allah swt ciptakan kita dengan kelebihan & kekurangan TAPI kidal bukan satu kekurangan.jgn risau..yang pasti kita bukan ALIEN..!
Salam ramdhan.tingkatkan amalan.kurangkan kontroversi..:)