Sunday, August 25, 2013

SIMPATI

Semalam after balik dari open house kt rumah mak sedara,kitorang terus ke asrama adik.saje nak melawat hujung minggu.
Dan nak dijadikan satu cerita,kitorang pun duduk lah kt surau tu sambil tunggu adik sampai.
Tup tup ade nampak seorang pakcik ni terbaring kt nun jauh di hujung surau tu.
Dan nk dijadikan cite lg,rupe-rupenye pakcik tu kenalan abah.

Dah hampir seminggu dia tak balik rumah.
Semata-mata sebab nak siapkan kerja dia disitu.
Kitorang semua rasa kesian tgk kat pakcik tu.
Pakcik tu bukannya sihat sgt.kaki dye pun injured.tapi dye tak tunjuk pun yg dye sakit.

Abah kate pakcik tu kena keje kuat.sebab anak-anak dye nk pakai duit.
Abah kate lg anak dye ramai.
Hmm,agak-agak mesti isteri dia pun kena kerja kuat macam tu jgk kan.

Pastu aku pun tenung abah lama-lama.
Abah pun dah makin tua.
Aku bayang kalau abah jd macam pakcik tu.
Aku tak sanggup nak tengok abah jadi macam tu.
Aku tak nak susahkan abah.
Sebab aku sayang abah..

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.

Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”

Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”

**Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.

**Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua-duanya telah meninggal dunia.

**Ingat,Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur.

Firman Allah Taala yang bermaksud:“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]