Wednesday, September 25, 2013

KENAPA CIKGU?

Morning peeps..:)
Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.
Dengan kelas yg berlambak.
Dengan assignment yg bersusun.
Dengan dating yg berderet.

Alhamdulillah,i'am still being well..thanks God.

Dan bercakap pasal isu sibuk dan tak cukup masa ni.
Minggu lepas,alhamdulillah.masih diberi kesempatan untuk balik ke rumah.yeay!!
Its totally heaven.
Tak payah nk berebut oksigen beb.
Speed jalan tu pun boleh dikurangkan jd 5 km/sejam.*ni la spesis yg bakal menyumbang kesesakan jalan-raya pada masa akan datang*
Dan yg paling masyuk.of cos lah bab makan.bkn setakat 44 kali.nk kunyah 999 kali per suapan pun tak pe.

Bila dah mcm tu,aku pun mula la merepek.aku bisik kat mak.
Aku kate kt dia yg aku dah buat keputusan nk jadi cikgu.
Mak pun senyum je.mak kata ok.

Aku pun bisik pulak kt abah.
Abah pun kata ok.abah kata aku ni perempuan.baguslah kalau dah terfikir nk kerja jd cikgu.nnt dah kahwin bolehlah ade cukup masa nak jaga anak-anak dan suami.*err.ok.pendapat yg logik dan boleh diterima akal*

Bila dah mcm tu,ade jgk lah certain yg tak puas hati dgn aku.macam-macam diorg soal aku.

Dan ini antara jawapan dr aku.

1.Bila aku jadi cikgu,at least aku dpt tolong anak-anak bangsa untuk jadi seorang yang berguna.

2.Bila aku kahwin,aku dapat spend lebih masa dengan my parents,anak-anak dan suami.

3.Bila aku meninggal nanti,insyallah secara tak langsung ilmu yg aku sebarkan tu dpt menjadi saham aku diakhirat kelak.Inilah kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi)

4.Dan bila aku jadi cikgu.aku akan dapat banyak cuti..yeay!! =D

Kalau diizinkan tuhan,aku nak sgt2 berkhidmat kt sabah dan sarawak.

Klu ditanya kenapa..itu adalah rahsia..:) hehe.