Saturday, March 15, 2014

AKU TAK KUAT





Bukan hak aku untuk mengukur kematangan seseorang tapi kalau dah usia pun dah masuk angka 2 kat depan tu,tapi masih jugak kerja kena dirah satu-satu.memang penat lah woii..lagi terserlah bila kerja dalam group.bukan nak mengata.tapi memang itulah hakikat.Kalau kita ni bangun pukul 5,pastu dah pong pang pong pang kat dapur.kau bangun pkul 7,boleh bajet jd supervisor pulak.ko sibuklah macam mane pun.dia tetap tak tereffect.*sakit pulak hati kita ni*Nak kata tak paham,dah tua dah tu.reti dah cakap pasal kawin.sampai aku yang tak larat nk dengar.tapi bile masuk part ni.haishh.nanti kalau asyik diarah je,tau sakit hati.tapi common sense lah.dah orang duk sibuk tak menang tangan kanan pegang pisau,kiri pegang senduk.memang kalau kau tenung sayur tu,boleh terpotong sendiri.kau tenung beras tu boleh tertanak sendiri,kau tenung bihun tu boleh tergoreng sendiri.wahhhh.hebat sangat dah tu kann.kalau kau tau penat kelas kau berlambak dari hari isnin sampai jumaat.habis aku ni ape?dari hari isnin sampai jumaat tu tak pergi kelas?kerja aku main guli pagi petang siang malam.sebab tu kau nak balas dendam kat aku kan?fineeee.aku pun ade esaimen.aku pun nak buat self study jugak.ke memang ko dah bercita-cita nak grade sorang-sorang je nanti?kalau duit untung boleh pakai  portion sama rata.tapi tang kerja kau guna portion yg tuk nenek hang ajar berabad dulu tu.memang thumbs up! lima bintang aku bagi.kalau rasa masih tak cukup kau pergi sendiri kutip bintang kat langit tu.kalau pun aku tak kisah dengan perangai tak semenggah korang tu,fikirlah hati dan perasaan orang lain. aku tak nak lah nanti duit kau makan tu jadi lain.aku tak nak nanti kau kena soal dengan Tuhan kat akhirat nanti.aku pun tau nak rehat jugak macam korang.aku pun tau nak seronok-seronok macam korang.aku penat.tapi aku tak tunjuk pun semua tu.kalau nak kata give up.memang saat ni jugak aku nak give up.tapi aku fikir balik,Tuhan tu kan sentiasa ada.Tuhan tu kan maha Adil.Tuhan tu kan penuh dengan kasih dan sayang.So,aku kena jugak lawan semua perasaan aku tu.aku tak nak hilang kawan-kawan aku.
Demi Allah aku tak kuat.Kerana Allah,aku harus kuat..:')


P/s: hujan dah turun petang tadi,walaupun cuma 5 minit.tetap Alhamdulillah.Sedikit atau banyak rezeki dari Allah tu bukan ukurannya tapi yang jauh lebih penting ialah cara bagaimana kita bersyukur dengan nikmat pemberiannya.#note to myself.