Thursday, August 7, 2014

EGO


KENAPA BUKAN KAU YG AMBIL LANGKAH UNTUK MENGALAH?

KENAPA SUSAH SANGAT?

KAU TERLALU EGO.

Pernah kau terdetik apa alasan aku untuk berubah seperti itu?

Ye. Aku mengaku. Itu kelemahan aku. Aku tahu aku salah. Aku tahu,hanya mereka  yang benar-benar kuat mampu bertahan dengan sikap aku.
Ye.aku mengaku.itu kelemahan aku. Tapi, kalau betul aku ego, aku takkan menangis bila jadi saksi ayah sendiri dibuang saudara.
Aku takkan pernah tergamak untuk melihat maruah keluarga sendiri dipijak-pijak.
Dulu, aku terlalu benci dengan orang yang hidup dengan keegoan.
Tapi sekarang, aku yang terpaksa hidup dalam kebencian orang.
Tapi aku tak pernah kisah dengan semua itu.
Sekalipun aku tahu ego itu mampu membunuh.
Kerana bagi aku, cuma ego yang mampu memberi aku kekuatan untuk terus hidup dengan bermaruah.
Aku bencikan diri aku yang sekarang.
Tapi cuma itu satunya cara yang aku ada.Dan aku terpaksa untuk memilih.
Ramai orang kata, kau ni sombong! degil! Keras kepala!
Ye.sebab selama ni aku terlalu bersangka baik dgn orang lah, hidup aku dipermainkan. orang boleh buat sesuka hati pada aku. mempermainkan perasaan aku. musnahkan kepercayaan aku. memperlekeh setiap pertolongan yang aku beri.

Sampai satu tahap. Aku rasa penat utk terus  jadi org baik.

Ya Allah.Kenapa terlalu banyak ujian untuk jadi org baik ?

Kerana..

GANJARANNYA SANGAT BESAR DISISI ALLAH. TERLALU ISTIMEWA UNTUK DIMILIKI OLEH SEMUA.