Thursday, March 12, 2015

THE ROAD NOT TAKEN


akilahiskak.blogspot.com

“Aku mengorak langkah satu demi satu.Tiba di suatu jalan,aku dihadapkan dengan dua persimpangan.sebuah simpang yang telah dilalui oleh ribuan manusia.sebuah simpang lagi yang sunyi dan hanya dipenuhi daun-daun kering.Ya, semestinya aku harus bijak untuk membuat pilihan.Lama aku berdiri disitu.maaf kerana aku tidak mampu untuk memilih kedua-duanya.”

sekali aku sudah mengorak langkah,masihkah aku punya sisa waktu untuk berpatah balik?

Annoying kan sebenarnya rasa bila kena paksa buat pilihan.lagi-lagi bila kedua-dua pilihan yang kita ada tu,hakikatnya kita memang tak sanggup nak lepaskan walau kedua-duanya.ishh,tapi dah nama pun pilihan,mestilah kena pilih satu je kan.hmm.

Macam kisah simpang kat atas tadi.yang satu tu ramai sangat orang guna.tapi simpang yang lagi satu tu,jarang-jarang orang nak lalu.Kalau kita pun mesti kita fikir yang simpang kedua ni mesti berhantu.tak pun banyak orang jahat.tak pun jalan dia banyak sangat lubang sampai boleh buat kita jatuh.yang simpang pertama tu pulak mesti cantik,selamat dan jugak menarik.

Lorong ni sebenanrya cuma lah sebuah analogi untuk kita lebih mudah faham.okeyy kita ambil satu contoh.malam esok ada ceramah dari Ustazah Hafizah di masjid,tapi malam esok jugak lah cerita Maze Runner release kt panggung.Rasa-rasa korang kan,lagi ramai orang ke masjid atau lagi ramai orang ke cinema tu?

Inilah ibarat dunia yang sekarang, tak semestinya jalan yang ramai orang lalu itu jalan yang betul membawa kita kesyurga.kadang-kadang jalan yang tak ramai manusia lalu itulah sebenarnya lorong yang betul untuk kesyurga.

Dan apa pula pilihan anda-anda semua?

Walau cara kita mendefinisi mungkin berbeza,tetaplah berusaha untuk membuat pilihan yang bijak.

Ingat!yang ramai itu tak selalu benar dan yang sedikit itu tak semestinya salah. 

Cheers : )