Sunday, April 26, 2015

i-CEPS 11

akilahiskak.blogspot.com

Seperti tahun-tahun yang sudah, program i- CEPS  iaitu singkatan kepada The Convention of Islamic Entrepreneurship [Konvensyen Keusahawanan Islam] merupakan program berwajib,dikendalikan oleh barisan mahasiswa/i tahun akhir fakulti ekonomi dan muamalat USIM. Tema yang telah pun menjadi pilihan pada tahun ini adalah Waqf Jiwa.

akilahiskak.blogspot.com

Apa itu Waqf Jiwa?

Waqf Jiwa adalah satu bentuk niat atau perbuatan seseorang individu untuk berkongsi harta,tenaga dan jiwa kepada mereka yang lebih memerlukan. Bersesuaian dengan tema yang dipilih pada tahun ini,maka Pihak Majlis Tertinggi dan semua barisan ahli-ahli jawatankuasa juga telah pun bersetuju untuk memberikan sebahagian dari keuntungan yang akan diterima untuk disalurkan pada badan-badan sukarelawan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti membina semula rumah-rumah mangsa banjir di beberapa negeri di pantai timur.

Bagi memantapkan lagi kerjasama dan mencari keserasian antara unit,setiap ahli telah pun diwajibkan untuk mengahadiri sebuah program yang dinamakan Team building i-CEPS.Walaupun ianya kelihatan seperti sudah biasa didengari,Alhamdulillah ianya tetap mendapat sambutan baik daripada setiap ahli yang terlibat.

akilahiskak.blogspot.com

Diharapkan aktiviti-aktiviti pre i-CEPS yang bakal dijalankan selepas ini akan lebih energetic dan memberikan input dan output yang terbaik bukan sahaja untuk kami dari barisan pihak penganjur tetapi juga semua individu luar yang terlibat.We always care for the quality not the quantity.

Selamat sukses semua!

Fuhhh.ayat, sungguh kamus dewan bahasa.haha.tadi masa slot terakhir team building,kitorang ada dapat evaluation form untuk ahli kumpulan, Dah cun dah aku punya form,ada yang tulis intelligent,kind,sporting… tiba-tiba ada...sweat? Kalau ye pun nervous dengan saya,janganlah sampai typo.ok.perasan. terima jelah hakikat yang ko tu memang busuk.haha.Kepada cik suhai** kenapa macam nak jauh dengan kita? Im eager to know more about you. Sebenarnya sebelum ni pun kita pernah dalam team work yang sama. Masa kat surau Desa Anggerik,kita sama-sama tolong susun barang untuk mangsa banjir. Ingat lagi tak? 

Ok lah,no slot tacink-tacink or jejak kasih here. Mungkin Allah kata masih belum masanya lagi kann.


Stay Sweat!