Pejam celik
almost a month dah aku menjalani latihan industri.Dengan tempat yang baru,suasana
yang baru,kawan yang baru senang cerita everything is new for me lah.Dan a week
before,aku nyaris je accident.Kalau aku tak bernasib baik haritu,aku tak
imagine apa yang terjadi pada aku harini dan hari-hari seterusnya.Alhamdulillah
Allah masih izinkan aku untuk masih bernafas dibumiNya lagi.
Bila dah
masuk alam pekerjaan ni,macam biasa pasti akan ada macam-macam keletah dan
kisah yang kita dapat tengok sendiri.Ada yang lucu,sedih,memelikkan dan macam-macam
lagi lah.Macam kisah aku, aku ada sorang batchmate intern yang suka buat aku
rasa macam ohhhhhhhhhhhh.rasa nak kunyah-kunyah je dia ni.
Macam semalam bila
dokumen dalam file audit tu MIA secara tiba-tiba.And the Senior ask me,mana
dokumen ni? Where you put ha? Don’t tell me you already missing that document
and bla bla bla. Then aku pun pergi tanya dia sebab aku rasa dia yang keluarkan
dokumen tu dari tempat asal.Dia jawab dah pulangkan.Pastu dia pulak datang
dekat aku and sound me lain kali jangan sepah-sepah dokumen.Mana awak letak.saya
dah pulangkan lah tadi lah..and me was like..OMG.Dalam hati*shit.aku tak sepah
dokumen tu kot weyh.*Aku pun pergi korek
tong sampah yang banyak gile paper tu.Tiba-tiba dia jerit eh,dah
jumpa..sambil gelak-gelak.
Aku : Ha,Kat
mana jumpa?
Kat atas meja
saya.
Buat lawak hambar lah tu. = ='
Because she
is younger than me but always act like older than me.And aku pun maafkan je
lah.Lantak kau lah dik.Aku malas nak layan drama senja kau yang tak cecah 10
juta penonton tu.
What I
learnt was, semakin kita membesar, semakin kita perlu belajar untuk lebih bijak
mengawal emosi.Keep the annoying less by bring the sabar more.Sebab
sabar itu adalah lawanan bagi sifat amarah. Sis senyum je lah dik. Hahaaha.
Kisah yang
kedua pulak,kisahnya aku ni tak rajin nak siapkan bekal pagi sebelum pergi
office tu.Jadi dah alang-alang malas tu,isnin khamis tu aku rembat je lah amik
peluang puasa sunat.Sebab dekat office tu ada berbilang bangsa kan,so aku pun
selalu lah jugak terkena soalan-soalan cepumas yang mencabar tahap IQ aku yang
tak berapa nak tinggi macam Ahmad Maslan tu.Hihii.
Contoh
soalan dia :
A:Eh,you
fasting apa? Bukan raya lambat lagi ke?
B:
Saja-saja
A : Ha?
Boleh ke puasa saja-saja?
Aku pun pas
soalan kat akak meja sebelah.Serius lah blank kot nak jawab apa bagi diorang
faham.Nak sebut sunat ,wajib,haram tu kang sampai subuh esok tak habis.Jadi
kesimpulannya,balik,pergilah study banyak-banyak lagi sebagai persedian dan preparation
kalau-kalau terkena soalan-soalan cepumas dari non-muslim lagi.Kita kan hidup 1
Malaysia.Gittewww.