Saturday, February 20, 2016

Intern 2

Pejam celik almost a month dah aku menjalani latihan industri.Dengan tempat yang baru,suasana yang baru,kawan yang baru senang cerita everything is new for me lah.Dan a week before,aku nyaris je accident.Kalau aku tak bernasib baik haritu,aku tak imagine apa yang terjadi pada aku harini dan hari-hari seterusnya.Alhamdulillah Allah masih izinkan aku untuk masih bernafas dibumiNya lagi.

Bila dah masuk alam pekerjaan ni,macam biasa pasti akan ada macam-macam keletah dan kisah yang kita dapat tengok sendiri.Ada yang lucu,sedih,memelikkan dan macam-macam lagi lah.Macam kisah aku, aku ada sorang batchmate intern yang suka buat aku rasa macam ohhhhhhhhhhhh.rasa nak kunyah-kunyah je dia ni.

Macam semalam bila dokumen dalam file audit tu MIA secara tiba-tiba.And the Senior ask me,mana dokumen ni? Where you put ha? Don’t tell me you already missing that document and bla bla bla. Then aku pun pergi tanya dia sebab aku rasa dia yang keluarkan dokumen tu dari tempat asal.Dia jawab dah pulangkan.Pastu dia pulak datang dekat aku and sound me lain kali jangan sepah-sepah dokumen.Mana awak letak.saya dah pulangkan lah tadi lah..and me was like..OMG.Dalam hati*shit.aku tak sepah dokumen tu kot weyh.*Aku pun pergi korek  tong sampah yang banyak gile paper tu.Tiba-tiba dia jerit eh,dah jumpa..sambil gelak-gelak.

Aku : Ha,Kat mana jumpa?

Kat atas meja saya.

Buat lawak hambar lah tu. = ='

Because she is younger than me but always act like older than me.And aku pun maafkan je lah.Lantak kau lah dik.Aku malas nak layan drama senja kau yang tak cecah 10 juta penonton tu.

What I learnt was, semakin kita membesar, semakin kita perlu belajar untuk lebih bijak mengawal emosi.Keep the annoying less by bring the sabar more.Sebab sabar itu adalah lawanan bagi sifat amarah. Sis senyum je lah dik. Hahaaha.

Kisah yang kedua pulak,kisahnya aku ni tak rajin nak siapkan bekal pagi sebelum pergi office tu.Jadi dah alang-alang malas tu,isnin khamis tu aku rembat je lah amik peluang puasa sunat.Sebab dekat office tu ada berbilang bangsa kan,so aku pun selalu lah jugak terkena soalan-soalan cepumas yang mencabar tahap IQ aku yang tak berapa nak tinggi macam Ahmad Maslan tu.Hihii.

Contoh soalan dia :

A:Eh,you fasting apa? Bukan raya lambat lagi ke?

B: Saja-saja

A : Ha? Boleh ke puasa saja-saja?

Aku pun pas soalan kat akak meja sebelah.Serius lah blank kot nak jawab apa bagi diorang faham.Nak sebut sunat ,wajib,haram tu kang sampai subuh esok tak habis.Jadi kesimpulannya,balik,pergilah study banyak-banyak lagi sebagai persedian dan preparation kalau-kalau terkena soalan-soalan cepumas dari non-muslim lagi.Kita kan hidup 1 Malaysia.Gittewww.