Thursday, October 20, 2016

FOBIA

Yes.aku pun tak sedar since when aku ada fobia ni. Bukan major fobia pun. Tapi boleh buat menangis jugak lah.Yes.aku fobia pada nota tangan. tak kisah lah yang ditampal di dinding atau yang diselitkan di bawah pintu.aku juga fobia untuk memasak melainkan dirumah aku sendiri.

Nampak simple dan boleh buat gelak. Tapi kalau hampir setahun kau melalui saat hitam tu seorang diri.Kau dihentam kau dimaki tak henti.Aku tak paksa korang rasa apa yang aku rasa. Tapi pada masa tu, aku cuma mampu cakap yang Allah tu betul-betul dah pinjamkan kekuatan dia pada aku.

Aku tak tahu kalau dia ada OCD yang kronik ataupun memang dia seorang ahli physco yang hebat.Kisah ni berlaku bila tuan rumah yang turut tinggal dirumah tu ditimpa kemalangan dan terpaksa cuti di kampung dalam tempoh masa yang lama.Ditimpa kau.*rasa nak gelakkan diri sendiri. Perkataan tak boleh baku lagi ke*. Dan sejak hari itu, hampir setiap hari,ada je kesalahan aku dimata dia. Dan hampir setiap hari jugaklah dia akan menulis nota baru untuk aku.Bukan tak pernah cuba nak balas. Tapi lagi kau balas lagi menyakitkan kata-kata yang keluar.Idk kalau selain menjadi penyewa bilik, dia juga memilik share dalam rumah tu.Langsung tak menghormati aku sebagai penyewa.

Aku pun sejak menyewa kat situ, aku memang sangat jarang nak masak plus aku selalu sampai rumah malam.So,ada sekali tu aku tak sempat tapau makanan,jadi aku balik rumah dengan niat nak goreng telur. Telur mata je kot.Then malam tu dapat wassap.Pakai wassap beb, tak main ketuk pintu.Dalam mesej tu dia tulis '' cuci kuali esok nak masak.''

Aku yang dah nak terlelap dah baca doa tidor tu pun bangunlah balik. Pergi dapur cuci kuali yang aku guna tu.Esok pagi aku dengar bunyi dari dapur. Yes, bilik aku sebelah dapur.Ha,cuba teka dia buat apa kat dapur tu. Hehehee.

DIA GORENG TELUR.

Ok, sekarang ni aku nak tanya lah, tak sama darjat ke telur ayam aku dengan telur ayam yang dia beli? Aku tahu aku cuma beli kt kedai runcit mungkin dia beli dekat kedai beraircond. Tapi keluar dari bontot ayam jugakkkkk kannnnn!

Dan ada sekali tu aku panaskan bubur nasi. Aku panaskan jer dan cuma sekali ok.Tak tahu pulak sampai boleh buat dapur gas tu kotor gile kannn.Aku tak tahu pulak ada rules setiap kali masak setiap kali tu kena lap dapur.Dapat lagi nota panas.Dia biar beb. Memang dia tak tolong lap. Padahal dia masak tiap hari kot.Mohon masuk kubur cepat lah kak. Takyah dah nak menyusahkan orang.

Lagi tragis bila kau lalui semua tu dalam bulan ramadhan. Tiap kali berbuka kt rumah.aku hanya mampu buka puasa dalam bilik seorang diri.Dia conquer rumah tu beb.Kalau ikutkan hati, aku nak masuk bilik lalu tingkap je.Bekas tapak kaki pun aku ngeri nak tinggalkan. Takut dia bacakan jampi pulak satgi.Nasib baik Allah masih sayang aku. Huntung-huntung tak sempat sewel lagi.

Hari last sebelum keluar dari rumah tu.
Aku pulangkan balik semua nota curse dia tu bawah pintu bilik dia.Ko berkira pasal bil elektrik kan. Hamik kau aku on suis lampu utama kat rumah tu.Pandai lah balik kerja kau matikan suis tu. Hahaaha. Aku tinggalkan lagi nota teragung aku bawah tudung saji utk dia makan lepas balik kerja petang tu.Mudah mudahan kenyang.

Aku terkejut jugak sebab aku tak sangka benda tu boleh buat aku jadi fobia dan trauma sampai harini.Walaupun sekarang ni aku dah pindah rumah sewa yang baru,aku still tak boleh pandang apa-apa kertas putih.Terus laju jantung aku berdegup. Tangan jadi sejuk.Mata pun berair. Aku tak boleh. Aku masih terbayang nota-nota dia. Padahal kadang kertas tu bil je kot. Tak pun surat untuk tuan rumah. Korang rasa kelakar. Aku pun rasa kelakar. Tapi aku nangis dulu lah sebelum gelakkan diri sendiri.

Pesanan kepada bakal suami. Tak payah nak cuba buat sweet tulis nota tampal-tampal ye.Ada satgi yang hilang isteri. 😠

Sekian,
Aku yang fobia.

Sunday, October 16, 2016

KAREER DALAM BIDANG PERAKAUNAN

Hihi.sorilah awak tak mampu nak visit awak selalu macam dulu-dulu.Hakak pun dah konfius story mana satu yang hakak dah share sebelum ni.Almaklumlah,dalam kepala otak ni berlambak giler story nak share tapi bila on je laptop terus terkaku cramp jari jemari hakak.Nak kata Malaysia ni sekarang musim winter tak jugak.Huhuu.

Takpelah,mohon adik redho je lah baca story hakak yang tak famous bak nasi lemak anak dara tu.Eh.Hmmm.Macam biasa,hari isnin sampai jumaat hidup akak diselubungi tekanan dan kepenatan dan kelaparan  sebab itulah asam garam kehidupan orang makan gaji.Celik je mata pagi isnin,dah mencarut nak cepat hari sabtu.Hahaa.Everyday will be blues.lol.

Tapi hakak takde lah nak mencarut pasal kerja hakak sebab memang dari zaman kolej dulu,inilah antara dreaming job hakak.Dan Allah pun dah makbulkan doa hakak.Alhamdulillah.Mahu meroyan hakak kalau dapat kerja yang duduk office je.Bosan weyhh.

Kerja as auditor ni memanglah orang cakap nak kaya tu lambat.tapi dalam hidup ni bukan kaya je yang kita nak kejar.Syok ke gaji besar tapi tak enjoy working?Haritu tu pun ada kajian yang mengatakan pekerja Malaysia ni ranking kedua dalam senarai pekerja tak happy.Definisi enjoy,happy  dan stress tu cuma kita sendiri yang boleh definisikan.Cuba tanya kat diri,enjoy tak kerja?Happy tak?Stress tak?

Kepada adik-adik yang masih belajar tu dan dilemma nak kerja apa bila dah grade nanti,meh hakak share sikit antara kerja yang boleh adik pilih untuk masa depan.

Basically,kalau jurusan akaun ni,dia ada 4 bidang besar yang adik boleh pilih.

1.Akaun(Accounting Firm)

2.Audit(Audit Firm)

3.Tax(Tax Firm)

4.Secretary (COMSEC)

Kalau pilih untuk masuk accounting firm,so basically korang akan dapat position account executive atau account assistant.Scope kerja korang adalah key in data dalam accounting system.Korang akan menghadap invoice,debit note,credit note dan dokumen seumpamanya tu lah.Korang yang generate management account utk company korang.Management account tu adalah Trial Balance,Balance Sheet and Profit and Loss.Memang kerja korang lah untuk uruskan duit keluar masuk company tu.Kepada yang berminat dan cenderung untuk kerja routine,sesuailah apply bahagian ini.

Kalau korang adalah jenis yang mudah bosan,tak suka duduk office lama-lama,sukakan travel,suka berjumpa dengan ramai orang dan kerja lebih masa.Audit firm adalah pilihan yang tepat.Kalau korang masuk audit firm,so position yang layak untuk korang adalah junior auditor atau audit assistant.Basically,kerja yang akan dibuat oleh orang audit ni adalah menyemak semula kerja orang akaun.So,setiap satu item yang tertulis dalam management account tu kita perlu re-check.Macamana nak re-check?Biasanya kita akan buat test dgn mengambil sampling item tersebut.Apa pulak yang kita buat dengan sampling tu,kita trace semula sampling tu dengan source dokumen diorang(untuk expenses,revenue dan bank).Biasanya utk pastikan amount direkod dengan betul,transaksi yang direkod tu wujud.Kalau item lain,lain pulak prosedur kita check.contoh kalau asset tu,kita kena sighted,kena vouch dia punya registration card,geran tanah semua tu lah.Kena buat stock take.Banyak lagi lah.Dan korang akan duduk di office untuk siapkan working paper dan report.

Dan,kalau korang pilih untuk masuk tax firm.Korang akan dipanggil tax assistant atau tax junior.So,hakak pun tak pernah merasa duduk dalam department tax,tapi basically dia akan buat surat menyurat dan kerja-kerja yang berkaitan dengan tax macam buat tax computation, isi form CP 204,B form,BE form,e-filing dan akan berurusan dengan LHDN untuk income tax dan GST client company.

Dan pilihan terakhir yang boleh dibuat adalah secretary.Untuk case ni,basically korang perlu menguruskan hal berkaitan kesetiusahaan syarikat dan juga maintain document client tersebut.Kalau tak silap,dia ada 3 buku yang perlu sentiasa diupdate.Antaranya buku minutes of meeting,buku utk maintain record director,shareholder,secretary dan file SSM.So,untuk kerja ni,korang kena deal dengan akta dan korang akan menghadap bermacam-macam form dan resolution.Basically korang akan uruskan lah pasal allotment of share,resignation or appointment director and secretary,change of auditor,change name of company,minutes of meeting,annual return diorang.Dan auditor adalah antara orang yang akan memerlukan dokumen-dokumen yang korang buat sepanjang tahun tu untuk completekan audit report diorang.

Ini sahaja lah yang hakak mampu sharing setakat ni.Maaf atas kekurangan.Mana-mana kerja pun best sebenarnya,janji kita pandai bawak diri.

All the best untuk adik-adik semua! XOXO

p/s: Nasib baik prince charming hakak tak datang lagi hoi,sempatlah hakak nak kumpul duit ribu riban ni.Hee