Sunday, January 1, 2017

KOSONG

Eh, dah 2017 lah beb.Tahun yang mana kau dah takkan dipanggil student lagi. Yeay! Happy ke? Tak pun beb. I rindu zaman study I beb. Meriah. Kawan sana sini.Gosip ramai-ramai. Makan kongsi-kongsi. Tido kat kelas pun berjemaah. Lepak kedai mamak malam-malam siapkan esaimen.Paling legend, part tunggu bas time nak pergi and balik kelas.I rindu semua kenangan tu.Sekarang wassap pun dah sepi,bangun pagi struggle sorang-sorang pergi tempat kerja. Tengok kanan kiri,semua orang asing.Balik kerja lapar.Korang dah takde nak ajak teman aku makan.Dah takde dah keletah korang yang boleh buat aku gelak terkekek kekek sampai tersedak.Kalau dulu masa study, weekend lah liat nak balik kampung. Ada je program dengan korang. Tapi sekarang bila sampai je hari jumaat,akulah orang paling efisien siapkan kerja kat office tu. Tak makan lunch pun tak kisah,janji kerja siap sebab  nak balik kampung punya pasal.I wish that I boleh settle down kat kampung secepat yang boleh sebab perasaan sunyi tu boleh buat I jadi tak betul tau tak.Dengan dugaan I dapat roomate yang cuma akan balik bila I dah nyenyak tidur.Lagilah I sendu weyh.Kasi lah scroll fb banyak mana kali pun.Belek insta sampai habis kouta.Takkan sama dengan bila korang ada dengan aku.Jawapan paling klishe bila aku cakap aku sunyi. Kawinlah! Tak kelakar beb.memanglah kalau kawin tu aku akan dapat patner beb.Aku boleh mumbling dgn happy sampai pukul 3 pagi pun takpe,dia akan tetap setia teman aku kat sebelah walaupun dia punya snoring tu jiran selang 3 buah rumah boleh dengar.Dia yang akan jadi pa terhormat aku untuk bershopping, berwayang,berselfie, petik cili,tanam kangkung, cuci pinggan,siang ikan,dobi baju, sapu sampah. Aku takkan sunyi lagi dah masa tu.But the problem is,kalau aku kawin esok pagi sekalipun,yang aku rindu tu korang bukan dia!

Kalaulah betul doraemon tu wujud, sekarang jugak aku nak pinjam mesin masa lalu dia.Biar aku dapat putarkan balik masa dan lebih menghargai detik bersama korang.Kepada adik adik kat luar sana yang meroyan dalam fb nak habis belajar cepat tu, baik lah korang pakat menyesal sekarang.

Takde zaman yang lebih seronok selain zaman belajar.

I rindu kawan-kawan sekolah rendah I, jumpa pun setahun sekali masa raya.Nasib baik sikit kalau ada yang hantar kad jemputan kawin, bolehlah jumpa korang lagi.Apa kabar lah korang semua agaknya kan? Rindu nak jumpa kawan yang sanggup sesama pakai serkup senget, lari - lari kat kantin waktu rehat beli keropok lekor dengan nugget 30 sen.Lepastu semua sepattern je. Makan nugget gigit kulit dia dulu baru makan isi dia. Aduhh, rindunya.Lepastu ingat lagi kita camping belakang sekolah tapi pagi tu hujan lebat sampai banjir khemah kita.Lepastu kita ada tanam jagung tepi bengkel khb. Pagi-pagi je masing2 berebut nak siram pokok jagung tu.Terintai intai bila lah pokok ni nak berbuah.Amik kau bila dah berbuah,banyak gile buah dia kan.Huhu.Ingat tak lagi kes gaduh masa kita darjah 3 tu? Kesian Yana masa tu semua taknak kawan dengan dia.Mesti pening cikgu-cikgu nak melayan kerenah kita kan.

I rindu jugak kat kawan-kawan sekolah menengah I,rindu nak prep sama-sama.lepastu bising kena denda sama-sama.Muka ni jugaklah yang selalu kena tahan dengan ustaz masa maghrib sebab saja lambat pergi surau.Muka ni jugaklah yang menyorok kat toilet sebab malas nak merentas desa.Muka ni jugaklah yang akan setia ada kat DM setiap kali waktu makan.Sorilah sebab I memang kuat makan.Lagi, muka ni jugaklah yang sibuk dan menyibuk nak terjebak dalam tragedi cinta monyet.Kahkah.Tapi takpe, Alhamdulillah sekarang dah jadi manusia.Hehee.Dan dalam banyak-banyak benda yang berlaku sepanjang 5 tahun tu, masih ada satu benda yang sampai sekarang aku tak dapat jumpa jawapan dia. Siapa yang bertanggungjawab tulis 'saya suka nami' dekat dorm lelaki depan pejabat urusetia masa kita form 5 dulu? Masih tak berani menyerah diri ke? Tau lah nami ni memang garang,yang saja cari pasal tu dah kenapa?Hahaa. Siapa mengaku, nami belanja makan. Deal?

-Si Kosong