Ini bukan kali yang pertama.Cerita yang sama.Permulaan yang sama.Pengakhiran yang sama.Cuma dia yang berbeza.
Salah aku kerana mudah terbuai dengan cara dan tutur mu.
Kau datang sekadar menguji.Mengetuk pintu yang lama terbiar sepi.Ku sambut kehadiranmu dengan senyuman.Pergimu ku iring dengan sejuta air mata.
Adakah aku yang bodoh kerana menerima dirimu?
Ini semua tentang masa.Aku perlu percaya bahawa tiada yang akan terjadi sebelum sampai masanya.Tak perlu terburu. Tak perlu gelisah. Yakin dan terus berdoa pada yang diatas sana.Semoga masa itu akan tiba jua.
Berikan aku masa, untuk menghapus memori ini.Biar bahagia itu cuma seketika.Aku tetap bersyukur pada Nya.
Kehilangan telah mengajar aku untuk menjadi lebih kuat.Kehilangan telah mengajar aku tentang makna redha.Kehilangan telah mengajar aku untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik aku.Kehilangan telah mengajar aku untuk terus tersenyum walaupun batin nya dilukai.
Teruslah tersenyum.
Kerana aku percaya bahawa Allah telah mengarang sebuah kisah cinta paling indah buatku ❤
Yang benar,
Hati
P/s : Untuk terkahir kalinya, andai kau membaca coretan ku ini.Aku mohon agar kita dapat saling mendoakan supaya kau dan aku dikurniakan jodoh yang selayaknya.InsyaAllah.