Friday, September 5, 2014

KITA


saya lah anak nombor DUAAAA tu !

1.ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

ME : But aku rasa aku anak abah. Acano ni. Haha.okeyy, takpe2. Sabo. Banyak lagi kt bawah tu.
Tak kisah lah anak abah ke anak mak ke. Aku tetap sayang dua2. No kompromi !

2.ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. kemahuan dia kuat. kalau buat sesuatu sungguh2. kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

ME : accepted ! Haha. Sangat degil. Keras kepala dan tak nak dengar kata orang. Masa kecik-kecik dulu suka sangat buat jenayah. Lengan kakak aku pernah luka sebab kena gigit dengan aku. Sape suruh kacau aku tengok tv. Haha. Tangan adik lelaki aku pulak pernah patah sebab jatuh masa kena kejar dengan aku. Adik perempuan aku? Mangsa paling tragis . Aku pernah tikam tangan dia guna gunting sebab abah tak belikan aku durian. Sungguh lah kalau esok anak aku degil. Aku dah tahu ikut genetik  sape . Satu lagi perangai aku yang aku tak leh lupa sampai harini. Ade ke patut aku gunting semua baju aku semata-mata nak dapat baju baru. Lol sangat. Lepas tu mengadu kat mak, kata baju koyak. Sah-sah lah tu kesan gunting ! rasa nak tumbuk-tumbuk  je muka sendiri.

3.TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.

ME : jangan harap . memang takkan dapat . lagi kau merajuk . lagi dia buat tak tahu . haha . sebab I’m not a sweet talker. Paling-paling rajin pun . Dia google ayat sedap-sedap sikit . pastu paste. Sent ! The end. Oppsss !

4.BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia . sanggup berkorban .

ME : kerna hati ini cuma satu , untuk dimiliki awak selamanya !

5.HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam tu  hitamlah . kalau putih , putihlah . degil tak boleh toleransi

ME : ada juga part toleransi . bukan takde langsung . tapi tipis la.

6.HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras . tp hati dia lembut juga . SATU lagi peel dia , dia tak boleh ditegur . kalau kita tegur dia mesti tarik muka .

ME : lagi kalau memang sah bukan salah dia . bukan setakat tarik muka . seluruh urat saraf dia tarik . haha. Sampai lah orang tu  sendiri  datang  mintak maaf .

7.BERDIKARI
very independent . mmg betul . tp kalau terlebih indepent pun payah . tapi mudah bergaul . campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan . very take care of her brother and all stuff belonging family .

ME : haha . memang aku lah tu . makcik jumpa kat bus stop ke . pakcik jual aiskrim ke. Mamak roti canai ke . semua aku sembang . gelak-gelak .  buat gaya macam 10 tahun kenal . patut pun cikgu-cikgu  masa sekolah asyik bg aku masuk pertandingan bercerita je .  tak nak bagi aku masuk pertandingan nasyid.

8.ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan . dia lebih suka buat hal sendiri . pendek kata . tak boleh kerja ngan org . ramai anak no 2 ni keje sendiri .

ME : jadi bos lahh syiokkk ! takde lah nak asyik kene bebel je kan . haha .*angkat-angkat kening*

9.PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring . TAPI awas jgn bg diorg marah . kalau depa marah faham sajer lah .

ME : tak baik buat orang rasa bersalah lama-lama . hee . baik kan kite ! kita je caring kat orang . tapi orang ? hmmm .


anak kedua, walaupun keras kepala tapi dia akan selalu banyak berkorban . hadapi pengabaian ibubapa yang selalu menganggap mereka kuat . mereka juga sering memikul tanggungjawab anak sulung, dan menjadi penasihat dalam keluarga . 

okeyy.
see u when i see u againgggg ! 

BISKUT FAMOUS AMOS

 

sepanjang 21 tahun hidup. inilah kali pertama aku buat cookies. haha. tapi oleh kerana ada seseorang yang craving and demanding nak makan cookies ni masa raya haritu . aku pun try lah jugak buat. kang ada pulak yang mengadu kata aku tak sayang dia. eh, tak-tak. jauh disudut hati, aku ikhlas buat. jangan rasa ragu dan sangsi. hehe. dan oleh kerana aku ni pun jarang nak makan cookies high end ni kan. maka , aku pun dengan buta nya ikut je lah apa resepi yang ada. nasib baik dia kata sedap ! wooo. terharu ! lap sikit hingus. mula-mula masa bagi rasa tu, aku cuma cakap ''nah! ni cookies yg aku buat tu.'' tak berani woo nak sebut nama cookies tu! takut syok sendiri pulak kan. haha. bila dia balik. dia wassap aku. ''sedap lah. rasa macam famous amos. dah nak habis satu balang! '' sesaat lepas tu terus aku rasa seolah-olah puteri salju yang sedang duduk ditengah-tengah tasik biru dikelilingi bintang-bintang yang bersinar dan menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa sambil ditemani irama lagu yang beralun indah . indahnya rasa tu. okey. yang tu over . over sangat. haha . Tapi kan, jujur lah. bagi aku kebahagiaan tu aku dapat rasa bila aku dapat bagi orang-orang yang aku sayang makan apa yang aku masak dengan kudrat aku sendiri . walaupun hakikatnya aku ni masih amartur. tapi aku janji, aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik . sabar ye anak-anak ummi semua . huu .  bebel punya bebel. mana resepi? ada kat bawah tu . sapa rasa nak jadi puteri salju, boleh lah cuba. hehe.

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

1.Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

2.Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

3.Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

okeyy.
selamat mencuba !

                                                                                                                     
                                                                                                            lots of loves, 
                                                                                                            chef senduk kayu. :)