sepanjang 21 tahun hidup. inilah kali pertama aku buat cookies. haha. tapi oleh kerana ada seseorang yang craving and demanding nak makan cookies ni masa raya haritu . aku pun try lah jugak buat. kang ada pulak yang mengadu kata aku tak sayang dia. eh, tak-tak. jauh disudut hati, aku ikhlas buat. jangan rasa ragu dan sangsi. hehe. dan oleh kerana aku ni pun jarang nak makan cookies high end ni kan. maka , aku pun dengan buta nya ikut je lah apa resepi yang ada. nasib baik dia kata sedap ! wooo. terharu ! lap sikit hingus. mula-mula masa bagi rasa tu, aku cuma cakap ''nah! ni cookies yg aku buat tu.'' tak berani woo nak sebut nama cookies tu! takut syok sendiri pulak kan. haha. bila dia balik. dia wassap aku. ''sedap lah. rasa macam famous amos. dah nak habis satu balang! '' sesaat lepas tu terus aku rasa seolah-olah puteri salju yang sedang duduk ditengah-tengah tasik biru dikelilingi bintang-bintang yang bersinar dan menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa sambil ditemani irama lagu yang beralun indah . indahnya rasa tu. okey. yang tu over . over sangat. haha . Tapi kan, jujur lah. bagi aku kebahagiaan tu aku dapat rasa bila aku dapat bagi orang-orang yang aku sayang makan apa yang aku masak dengan kudrat aku sendiri . walaupun hakikatnya aku ni masih amartur. tapi aku janji, aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik . sabar ye anak-anak ummi semua . huu . bebel punya bebel. mana resepi? ada kat bawah tu . sapa rasa nak jadi puteri salju, boleh lah cuba. hehe.
Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus
lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga
matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara cara:
1.Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan
sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2.Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung,
soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi
sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu,
masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
3.Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam
loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser
mentega pun.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan
sejukkan di atas jaring.
okeyy.
selamat mencuba !
lots of loves,
chef senduk kayu. :)