Thursday, March 12, 2015

THE ROAD NOT TAKEN


akilahiskak.blogspot.com

“Aku mengorak langkah satu demi satu.Tiba di suatu jalan,aku dihadapkan dengan dua persimpangan.sebuah simpang yang telah dilalui oleh ribuan manusia.sebuah simpang lagi yang sunyi dan hanya dipenuhi daun-daun kering.Ya, semestinya aku harus bijak untuk membuat pilihan.Lama aku berdiri disitu.maaf kerana aku tidak mampu untuk memilih kedua-duanya.”

sekali aku sudah mengorak langkah,masihkah aku punya sisa waktu untuk berpatah balik?

Annoying kan sebenarnya rasa bila kena paksa buat pilihan.lagi-lagi bila kedua-dua pilihan yang kita ada tu,hakikatnya kita memang tak sanggup nak lepaskan walau kedua-duanya.ishh,tapi dah nama pun pilihan,mestilah kena pilih satu je kan.hmm.

Macam kisah simpang kat atas tadi.yang satu tu ramai sangat orang guna.tapi simpang yang lagi satu tu,jarang-jarang orang nak lalu.Kalau kita pun mesti kita fikir yang simpang kedua ni mesti berhantu.tak pun banyak orang jahat.tak pun jalan dia banyak sangat lubang sampai boleh buat kita jatuh.yang simpang pertama tu pulak mesti cantik,selamat dan jugak menarik.

Lorong ni sebenanrya cuma lah sebuah analogi untuk kita lebih mudah faham.okeyy kita ambil satu contoh.malam esok ada ceramah dari Ustazah Hafizah di masjid,tapi malam esok jugak lah cerita Maze Runner release kt panggung.Rasa-rasa korang kan,lagi ramai orang ke masjid atau lagi ramai orang ke cinema tu?

Inilah ibarat dunia yang sekarang, tak semestinya jalan yang ramai orang lalu itu jalan yang betul membawa kita kesyurga.kadang-kadang jalan yang tak ramai manusia lalu itulah sebenarnya lorong yang betul untuk kesyurga.

Dan apa pula pilihan anda-anda semua?

Walau cara kita mendefinisi mungkin berbeza,tetaplah berusaha untuk membuat pilihan yang bijak.

Ingat!yang ramai itu tak selalu benar dan yang sedikit itu tak semestinya salah. 

Cheers : )




Thursday, February 26, 2015

SARKASTIK FANTASTIK : kau ni nak kahwin tak?


Hai enchek hati.kau ni nak kahwin tak?

. . . .

Macam nak kahwin awal.tapi tak best lah pulak kena sacrifices waktu bujang.Kenot2.kawan-kawan masih boleh main lompat-lompat,aku pulak takkan nak melompat dengan baby? jaw-dropping.

Macam nak kahwin lambat.tapi nanti kawan-kawan aku hantar anak pergi asrama. Aku sensorang je kena bancuh susu untuk anak? Tragis beb!

Macam tak nak kahwin. Mungkin effect terlalu lama single atau jawapan yang lebih jujur boleh percaya lagi ke dengan lelaki ni? hmm.

Tapi kalau refer balik sejarah buku impian muka surat 44 perenggan kedua,lepas aku habis posting cikgu,aku nak bukak kafe.lepas bukak kafe.aku nak pergi umrah.lepas pergi umrah,aku nak jelajah Europe.lepas tu,duduk rumah setahun makan ubi kayu sementara tunggu tabung syiling penuh balik.takde langsung perkataan kahwin.masa tu umur pun dah 30 tahun.

Tapi bila bukak mukasurat 72,  honeymoon wishlist : Kashmir. Visit Agra utk tengok Taj Mahal :) mungkin masa aku tulis ni, dunia sedang mengalami musim mengawan yang ekstrem? Bhahahaha.

Single tu awesome.serius tak tipu.kalau kau duduk kedai makan pun,kau boleh gelak macam pontianak.takde orang pun yang akan kisah.dan takde orang pun yang akan, “u,jaga perangai sikit boleh?” oh.plissss.*tangan kat bahu.mata ke atas. sikit pun aku tak pinjam suara kau nak gelak.*

Sebenarnya,hati berbolak-balik ini bukan limited kepada perasaan cinta, sahaja atau iman sahaja. Malah dalam kehidupan kita sehari-harian pun ada berlaku kan.

Contoh 1 : Pagi ni kita target nak solat awal maghrib, tapi apabila tiba waktunya, tayangan rancangan drama di televisyen lebih mengusik hati. Tanpa disedari kita tunggu cerita tu habis dan telah delay solat tadi

Contoh 2 : Kita upload gambar kita ke masjid dengan harapan org lain terbuka hati nak join program kita di masjid tu. Tapi bila dapat banyak 'like' dan pujian, tak disedari kita rasa bangga dan ujub dengan diri sendiri. Nauzubillah.
Hai teman,sungguh hati manusia ini berada di antara dua jari Allah yang boleh dibolak-balikan. 

 Pesan Imam Ghazali,

“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

Wallahualam.

So,nak kahwin ke tak ni?? 

Hah? *amik buku kimia.konon-konon sibuk buat thesis.kbai*