Saturday, January 2, 2016

Goodbye


Bila dah nak berpisah ni,masing-masing nak rebel.Nak ajak keluar pun payah kate ko.Nak ajak pergi makan pun kena research sampai seminggu.Banyak pulak syarat dia.Kalau ikut aku,dah lama aku heret je kome gi makan kfc tuh.Hahaa.*kejam tak kejam lah kan*

Dan sebab akulah  insan yang selalu timbulkan idea untuk berlepaking ni,jadi dengan rasmi tak rasmi lah kan aku dinaik pangkat jadi pengarah.Maka bermulalah episod Rambut aku dah habis gugur ke?

Bila dah kata nak keluar makan tu,memang idok le makan je.konfim nak ada aktiviti lain jugak untuk take part dalam tu sekali.Proses mengambil kesempatan pun haruslah bermula.Takde maknenye aku nak lepaskan korang balik lepas perut korang tu kenyang.Hahaaha.

Korang tak nampak ke kasih sayang aku pada korang? Aku nak kita semua ada kenangan.Kenangan yang boleh kau cerita kat anak cucu kau bila diorang membesar nanti.Unless lah korang nak jadi datuk dan nenek yang garang smpi cucu nak duduk sebelah pun takkan berani.Atau korang terpaksa berpura-pura garang seumur hidup sebab tak nak bagi anak cucu korang tanya macam-macam kisah zaman muda korang sebab korang memang takde cerita best pun untuk dikongsi.Masa tu tolong jangan wassap aku cakap kau menyesal.Tak de guna dah.Aku biarkan je blue-tick tu.Hahaaha.

Sebab tu bila orang ajak aku keluar,aku selalu on kan je.Tak perlu lah weyh berlakon jadi tua pada saat-ssat muda kau.Enjoy your life selagi kau mampu.Sebab hanya kenangan tu je yang boleh  teman kau.menjadi penguat diri kau bila orang-orang yang dalam kenangan tu telah pergi tinggalkan kau.Seriusly,kau tak dapat rasa sekarang.Tapi one day aku jamin kau akan..

Kawan,seburuk mana pun perangai yang kau ada,aku takkan pernah menyesal untuk anggap kau sebagai kawan aku.

Nak tahu kenapa?

Sebab aku tahu korang tak berpura-pura jadi diri korang dan yang paling penting korang nampak kiut dengan cara macam tu.Ecewahhhh.

Soon,masing-masing akan membawa diri.mulakan kehidupan masing-masing.Aku akan pasti sentiasa rindukan saat-saat kita bersama. Doa pada Allah,moga kita akan dipertemukan lagi. :’)

Friday, January 1, 2016

Azam 2016


Hi,selamat tahun baru semua.Apa azam tahun baru korang?Hihii.Sibuk je kan nak tahu orang punye.Jujurnya I tak ready pun lagi nak melangkah ke tahun baru.Hmmm.Hati masih sayang 2015 katenye.Cerita pasal azam.Aku ada azam ke weyhhhh?

Azam aku satu je.Nak cari suami bernama Azam.Yeayy!Eh.Sbenarnya azam aku tahun ni adalah utk menjadi online businesswoman yang berjaya.Ecewahh.Sejak-sejak ada permintaan untuk buat bunga tangan ni kann,I pun rasa macam TERkena lah dgn jiwa ni.Hee.Dengan harapan supaya hati pun akan dipenuhi bunga-bungaan lah kan bila dah duduk dikelilingi bunga ni.Takde lah asyik dipenuhi dgn lalang dan rumput je kan.= =”

Azam nak kurus?Emm.lupakan je lah.Hahaa.*sambil suap pizza masuk mulut*

Lagi satu,I nak cakap lah kan,kawan-kawan I semua dah nk dapat baby.Bestnyeeee.Tapi saya tak de lah nak salahkan awak sebab datang lambat kan.saya bersyukur jugak sebab saya pun tak ready lagi. Awak nak ke dpt isteri yang pemalas ni.Nanti semua kerja awak yg kena buat.Saya nak duduk depan TV je sambil main candy crush. Lagi satu,klu awak nak tahu,baby klu jumpa saya konfim menangis meraung-raung.So,boleh lah kot saya conclude sendiri muka saya ni garang macam mak tiri.Hekhek.

Hey,semalam dua kali saya mimpi saya dapat cincin.Awak nak sampai dah ke?Nnti jangan lupa misscall okeyy.

Selamat tahun baru semua.apepun azam dan goals anda,moga semuanya dapat dicapai dengan jayanya. :)

Lagi satu,terima kasih sebab setia untuk baca sampai habis!Hekhek.