Bila dah
nak berpisah ni,masing-masing nak rebel.Nak ajak keluar pun payah kate ko.Nak
ajak pergi makan pun kena research sampai seminggu.Banyak pulak syarat dia.Kalau ikut
aku,dah lama aku heret je kome gi makan kfc tuh.Hahaa.*kejam tak kejam lah kan*
Dan sebab
akulah insan yang selalu timbulkan idea
untuk berlepaking ni,jadi dengan rasmi tak rasmi lah kan aku dinaik pangkat
jadi pengarah.Maka bermulalah episod Rambut aku dah habis gugur ke?
Bila dah
kata nak keluar makan tu,memang idok le makan je.konfim nak ada aktiviti lain
jugak untuk take part dalam tu sekali.Proses mengambil kesempatan pun haruslah bermula.Takde
maknenye aku nak lepaskan korang balik lepas perut korang tu kenyang.Hahaaha.
Korang tak
nampak ke kasih sayang aku pada korang? Aku nak kita semua ada kenangan.Kenangan
yang boleh kau cerita kat anak cucu kau bila diorang membesar nanti.Unless lah
korang nak jadi datuk dan nenek yang garang smpi cucu nak duduk sebelah pun takkan
berani.Atau korang terpaksa berpura-pura garang seumur hidup sebab tak nak bagi
anak cucu korang tanya macam-macam kisah zaman muda korang sebab korang memang
takde cerita best pun untuk dikongsi.Masa tu tolong jangan wassap aku cakap kau
menyesal.Tak de guna dah.Aku biarkan je blue-tick tu.Hahaaha.
Sebab tu
bila orang ajak aku keluar,aku selalu on kan je.Tak perlu lah weyh berlakon
jadi tua pada saat-ssat muda kau.Enjoy your life selagi kau mampu.Sebab hanya kenangan
tu je yang boleh teman kau.menjadi penguat
diri kau bila orang-orang yang dalam kenangan tu telah pergi tinggalkan kau.Seriusly,kau
tak dapat rasa sekarang.Tapi one day aku jamin kau akan..
Kawan,seburuk
mana pun perangai yang kau ada,aku takkan pernah menyesal untuk anggap kau sebagai
kawan aku.
Nak tahu kenapa?
Sebab aku
tahu korang tak berpura-pura jadi diri korang dan yang paling penting korang
nampak kiut dengan cara macam tu.Ecewahhhh.
Soon,masing-masing
akan membawa diri.mulakan kehidupan masing-masing.Aku akan pasti sentiasa
rindukan saat-saat kita bersama. Doa pada Allah,moga kita akan dipertemukan lagi.
:’)