Fasa kehidupan baru. :)
Alhamdulillah,minggu terakhir ramadhan kali ni adalah minggu terakhir juga buat aku sebagai seorang trainee di sebuah audit firm yang terletak di kota kuala lumpur.Minggu lepas dah submit report. Presentation pun dah settled jugak.Apa lagi, enjoyyyy lahh weyhhh.Haha.
Dulu masa masih belum habis belajar, lahai lamanya rasa. Ada jugak rasa nak naik pejabat dekan mohon pendekkan sem biar dapat grade tahun tu jugak.Nak cepat lagi, rasuah guna kfc bucket ria yang tengah promo sekarang ni. -, - Tapi bila sekarang makcik pakcik tanya '' Dah habis belajar ke?'' tau gagap nak jawab.Jangan salah faham pulak.Bukan tak seronok sebenarnya dah habis belaajr ni.Tak tipu lah.Kalau tanya orang gila pun dia jawab habis belajar tu seronok.Hahaa.Tapi bila kau mula ternampak muka bakal mak mertua kau bersama bakal pemilik tulang rusuk kiri kau dekat timeline fb, terus otomatik fikiran kau akan pergi jauh sehingga 30 tahun yang akan datang.Hekhek.Orang kata nak kawin kena habiskan belaajr dulu.checked. :p orang kata lagi nak kawin kena cari duit dulu.*nangis bawah selimut*
Memanglah hampa rasa hepi eksited nak masuk kerja kalau semua staff muka hensem macam syarul ridwan dan cantik macam mira filzah.Jalan tak jammed.Lrt tak sesak. Pastu masuk office gosip bos.Meja tak payah cakap lah kemas sentiasa. Hahaa.Tengahari boyfreng ajak lunch kat KLCC.Pastu terus berdesup balik rumah.Hakak cuba jugak search kalau ada lagi company macam tu nak amik staff lagi. Tapi hampa dik.Kalaulah ada anugerah pekerja sado, akak nak bagi kat semua pekerja kat Malaysia ni.Yang sama level je lah. Yang rasa tak sama tu takyah sibuk datang dekat.Haha.Susah rupanya nak cari duit ni ye.Tapi perhabis senang sangat.Hmm.
Cukuplah mengarut sampai disini.Laptop pun dah habis bateri.
Selamat malam. :')
Aku,
Budak baru kerja.
I wish I could've lived my life without making any wrong turns,but that's impossible.A path like that doesn't exist.I fail.I trip.I get lost.I make mistakes.And little by little one step at a time I move forward.It's all I can do.so,stay young.stay cute.Allah is always there ^^
Wednesday, August 3, 2016
Friday, May 6, 2016
AUDIT
Hai
hoi.Hehee.Tak tahu lah pasal apa tiba pulak malam ni nafsu nak berblog ni
menyeru-nyeru datang.Nak bercerita pun bukan ada cerita baru.Nak parking resepi
kat sini pun,hamba dah lama nau tak pegang periuk belanga ni.Tapi kalau bab
order mengorder ni rasa skill dah
upgrade level 12.Bisnes menternak lemak pun Alhamdulillah dah semakin maju dan berjaya.Siapa
rasa nak JV lepas ni boleh lah pm.Hehee.
Dulu masa
awal-awal nk lapor diri intern,bukan main eh eksited memasing up status nak
berkongsi kegembiraan bersama.Gembira kah?Hahaa.Rasanya kegembiraan tu ada time
hujung bulan je. :p
Mula-mula
masuk deparment audit ni,sumpah aku krik krik sangat.Yela,time kuliah dulu,lagi
semangat lecturer tu ajar,lagi semangat
lah kau membukak IG stalk minimalace punya akaun.Bila dah macam ni,baru kau
tahu erti tinggi rendahnya langit.Nasib baik lah staff kat situ semuanya
baik-baik.Senior pun banyak bagi tunjuk ajar.
Orang cakap
jadi auditor ni sibuk.balik tak tentu jam.outstation sana sini.kerja
menggunung.Memang tak dinafikan semua tu.Tapi kalau korang tu jenis yang mudah
bosan buat kerja rutin,sukakan cabaran,suka
keluar office dan berjalan.Boleh lah try masuk department audit ni.Kalau macam
aku yg baru 3 bulan dalam department ni adalah dalam 5 kali aku dapat join buat
audit kat luar.Kalau dapat client yang best memang rezeki lah weyh.Dari yang
langsung tak offer kau air minuman sampai lah yang layan kau macam boss hidang makanan
3 kali sehari,semua tu aku dah rasa.Tapi tak baik lah sebenarnya nak
compare-compare ni.Lagi peliklah pulak kalau setiap company tu layan korang
sama je. Jadi auditor ni yang penting aku rasa kena berani dan
confident.Yelah,kalau kau tak konfiden,client lagi lah akan jadi tak konfiden
dengan kerja kau.Ibarat kalau auditor datang nak audit kerja kau,nak audit
syarikat kau tapi kau sendiri perasan yang dia tu takde level konfiden yang
bagus.kau rasa kau nak bayar ke dia mahal-mahal untuk audit syarikat kau tu?
Best
sebenarnya masuk department audit ni.sebab bila peak period,kau balik office
untuk siapkan report je.Lepas tu kau cabut lagi pergi company orang.Sape nak
cari jodoh awal pun boleh jugak rasanya join audit team tapi itupun kalau kau company client tu ada simpan staff
sado macam shukri yahya lah.Kalau nasib tak berapa baik macam aku ni,dapatlah
jugak..tapi dapat makan je lah. :P
Ni nak
bagitahu,sapa yang kaki drama melayu yang berangan nanti dia akan jumpa CEO
muda hensem sado kaya raya.Bercinta lepas tu sweet-sweet kawin dapat honeymoon
kat Paris.Hmmm.Boleh dah lah kot lupakan angan-angan dan cita-cita tu.Kita
sedang menuju wawasan 2020.Baiklah kau kaya kan diri kau sendiri daripada
menumpang kaya orang dik non.Maaf.Saya bukan anti-perkahwinan. Saya bukan
anti-poligami. Saya bukan anti-sosial :)
Peace no
war!
Subscribe to:
Posts (Atom)
