Friday, May 6, 2016

AUDIT

Hai hoi.Hehee.Tak tahu lah pasal apa tiba pulak malam ni nafsu nak berblog ni menyeru-nyeru datang.Nak bercerita pun bukan ada cerita baru.Nak parking resepi kat sini pun,hamba dah lama nau tak pegang periuk belanga ni.Tapi kalau bab order mengorder  ni rasa skill dah upgrade level 12.Bisnes menternak lemak pun Alhamdulillah dah semakin maju dan berjaya.Siapa rasa nak JV lepas ni boleh lah pm.Hehee.

Dulu masa awal-awal nk lapor diri intern,bukan main eh eksited memasing up status nak berkongsi kegembiraan bersama.Gembira kah?Hahaa.Rasanya kegembiraan tu ada time hujung bulan je. :p
Mula-mula masuk deparment audit ni,sumpah aku krik krik sangat.Yela,time kuliah dulu,lagi semangat lecturer  tu ajar,lagi semangat lah kau membukak IG stalk minimalace punya akaun.Bila dah macam ni,baru kau tahu erti tinggi rendahnya langit.Nasib baik lah staff kat situ semuanya baik-baik.Senior pun banyak bagi tunjuk ajar.

Orang cakap jadi auditor ni sibuk.balik tak tentu jam.outstation sana sini.kerja menggunung.Memang tak dinafikan semua tu.Tapi kalau korang tu jenis yang mudah bosan  buat kerja rutin,sukakan cabaran,suka keluar office dan berjalan.Boleh lah try masuk department audit ni.Kalau macam aku yg baru 3 bulan dalam department ni adalah dalam 5 kali aku dapat join buat audit kat luar.Kalau dapat client yang best memang rezeki lah weyh.Dari yang langsung tak offer kau air minuman  sampai lah yang layan kau macam boss hidang makanan 3 kali sehari,semua tu aku dah rasa.Tapi tak baik lah sebenarnya nak compare-compare ni.Lagi peliklah pulak kalau setiap company tu layan korang sama je. Jadi auditor ni yang penting aku rasa kena berani dan confident.Yelah,kalau kau tak konfiden,client lagi lah akan jadi tak konfiden dengan kerja kau.Ibarat kalau auditor datang nak audit kerja kau,nak audit syarikat kau tapi kau sendiri perasan yang dia tu takde level konfiden yang bagus.kau rasa kau nak bayar ke dia mahal-mahal untuk audit syarikat kau tu?

Best sebenarnya masuk department audit ni.sebab bila peak period,kau balik office untuk siapkan report je.Lepas tu kau cabut lagi pergi company orang.Sape nak cari jodoh awal pun boleh jugak rasanya join audit team tapi itupun  kalau kau company client tu ada simpan staff sado macam shukri yahya lah.Kalau nasib tak berapa baik macam aku ni,dapatlah jugak..tapi dapat makan je lah. :P

Ni nak bagitahu,sapa yang kaki drama melayu yang berangan nanti dia akan jumpa CEO muda hensem sado kaya raya.Bercinta lepas tu sweet-sweet kawin dapat honeymoon kat Paris.Hmmm.Boleh dah lah kot lupakan angan-angan dan cita-cita tu.Kita sedang menuju wawasan 2020.Baiklah kau kaya kan diri kau sendiri daripada menumpang kaya orang dik non.Maaf.Saya bukan anti-perkahwinan. Saya bukan anti-poligami. Saya bukan anti-sosial :)

Peace no war!