Friday, July 19, 2013

Mr R

Saya rasa saya dah mula sukakan awak..!

Dari kali pertama kita berjumpa,
Dari kali pertama kita bertemu,
Aku yakin yang kau boleh jadi seorang sahabat dan teman yang baik.

I love your style,
I love your way,
I love everything bout you..!

Betul ke kalau lelaki dan perempuan ni tak boleh jadi kawan baik?

Boleh je sebenarnya.statement tu poyo sangat la..

2010

Aku berkawan dgn dia tak sampai 3 bulan pun.
Satu tempoh yang sangat singkat untuk mengenal diri masing-masing.

But, I did..!

Walaupun dah tak bersua muka,kitorg tetap masih berhubung.

2013

Mungkin kau terlalu sibuk.

Dan mungkin juga aku yang tak punya masa untuk jadi seperti yang dulu.

Aku tahu kau tak pernah berubah,

Tapi cuma keadaan yang membuatkan kau seolah-olah berubah.

Hmm.betul ke kau tak rindu nak dengar aku membebel banyak-banyak lagi?

Aku cuma nak tunaikan impian kau..

Aku nak kau rasa apa itu manisnya persahabatan.

Kau yang pernah request kat aku..aku masih ingat lagi.mesti kau dah tak ingat kan.

Tak pelah,aku tak kecik hati pun..kalau hati aku kecik pun,mungkin bukan sebab kau.

4 years i'm struggling for it..but,macam tak de kesan je.

Dan saat ini,aku betul-betul mengalah.

Aku dah penat..

Dan aku rasa aku tak mampu lah..

Aku tak mampu nak jadi teman yang baik untuk kau..

Sebab aku sedar kau dah jumpa dia.

Hanya dia yang mampu merealisasikan impian itu..

But are we still friends?

I really miss you..!

Really..!

Thursday, July 18, 2013

THE CHOSEN PERSON

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)


Pasal isu makan guna tangan kiri..?Tiba-tiba pulak harini aku rasa terpanggil untuk membela nasib teman senasibku.
Sebab apa?sebab aku pun dah selalu terkena.ramai sangat dah orang dok tegur.tapi nk buat macamane.itu je yang aku mampu.
Sampai ada satu tahap tu aku dah rasa macam sudu dan garpu tu musuh ketat aku.Tapi aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan?eh,samelah kita.
Mungkin jugak aku nk buat kesimpulan kat sini yg diorg tak pernah lagi tengok kes sudu terbang depan mata.Maybe.sebab tu diorg tu berani nk tegur kita.haha.
Kalau nak di flashback masa zaman tok nenek moyang.dulu aku pun ade sejarah makan sampai 2 jam tak habis-habis.padahal makan nasi satu pinggan kecik je.tu semua sudu punya pasal lah.punya lah setia akak tu nak tgk aku mkn pakai sudu guna tgn kanan.hambik kau..nsib baik 2 jam bukan 2 hari.
So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je ye.lantak la orang nk kata kita ni kampung ke hape ke.
Ikut sunnah Nabi, dapat pahala lagi!

Ha,ni lagi satu.Cuba korang-korang yg right handed ni potong buah.korang tengok balik tangan mana yang pegang buah,tangan mana satu yang pegang pisau.see..jadi bg aku,tak sepatutnyalah golongan macam kami ni dipandang serong.

Terdapat juga fakta 17% Si Kidal seluruh dunia mati ketika menggunakan peralatan untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Oh, benarkah ini fakta? 

Eh,jgn sedih dulu..jom kita tengok sudut positif menjadi Si Kidal.

1. Kepimpinan.Lebih kurang 66% Presiden Amerika adalah Si Kidal. Mereka ialah Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan, Gerald Fold, Barack Obama dan John McCain. Bermaksud, sifat kepimpinan Si Kidal ialah tinggi.

2. Pemikir yang hebat.Penyelidikan telah menunjukkan bahawa Si Kidal adalah "luar biasa." Penyelidikan di Australia  menunjukkan bahawa orang kidal berfikir lebih cepat saat bermain computer games atau sukan. Si Kidal juga cenderung untuk mendapatkan lebih banyak wang. Si Kidal ialah orang yang kreatif dan inovatif. 

3. Berdikari.Beberapa kajian percaya orang kidal lebih berdikari kerana mereka terpaksa bergaul di dunia yang tidak dibuat untuk mereka ( dunia dimajoriti oleh orang kanan ).

4. Kemampuan menyesuaikan diri.Kajian menunjukkan bahawa Si Kidal lebih mudah menyesuaikan diri daripada orang-orang tangan kanan. Ertinya, Si Kidal boleh menggunakan tangan kanannya untuk melakukan tugas-tugas jauh lebih mudah. Si Kidal boleh bertukar tangan lebih mudah.

Kesimpulannya,tangan kanan & kiri kedua-duanya adalah ciptaan Allah swt, tiada yang baik atau buruk. Yang penting, untuk hal-hal kebiasaan macam bersalaman & makan tetap dibiasakan dengan tangan kanan. Manakala untuk menulis atau membaling bola, silakan sahaja guna tangan yang lebih kamu suka. Ingat !!! Allah swt ciptakan kita dengan kelebihan & kekurangan TAPI kidal bukan satu kekurangan.jgn risau..yang pasti kita bukan ALIEN..!

Salam ramdhan.tingkatkan amalan.kurangkan kontroversi..:)