Wednesday, August 28, 2013

**JANJI DITEPATI**



Selamat hari merdeka uolls..!

Seriusly,aku sgt rindu zaman sekolah dulu.ckp mcm dah berpuloh thun tinggalkan sekolah.hekhek.

Diorang punye semangat nk celebrate hari merdeka tu cukup-cukup terasa.
Nak-nak masa zaman sekolah rendah.masa tudung tengah senget.bedak bertompok-tompok.hingus asyik meleleh.kasut lagi lah dah serupa belakang kuali. _ _" tapi tetap jgk org kate comel..^^ ok.perasan!

Bila cikgu announce je sekolah nk buat larian merdeka..nak main lari-lari satu kampung.perghh..eksited gilos kawan-kawan kelas termasuklah aku.

Balik sekolah je tak sah kalau tak ajak abah pergi kedai.bukan nk beli sayur nk buat ulam.nak beli jajan bendera yg warna-warni tu.hari -hari makan pun tak kisah.hee.

**ha,nilah faveret aku time dulu-dulu.tp sekarang dah susah nak cari kat kedai**


Lepas tu dah hbis makan.esok bwk pergi sekolah.nk letak kt kelas.biar kelas tu nampak cantik.

Kalau nak cerita kisah tamak nye pulak,semua pertandingan dia nk masuk.melukis poster.pertandingan bercerita.sajak.menyanyi.kuiz kemerdekaan.explorace.mcm-mcm lah lg.

Sekali pandang nmpk mcm tk de lah faedah sgt pun.sekadar nk have fun je.tp agak-agak lah klu dikorek kepala otak diorg tu.lg berharga dr kepala otak kite-kite ni.silap-silap kt luar tu,tarikh merdeka pun ade yg dah tk ingat.

Sekarang ni,nk tengok bendera malaysia kt jalan pun susah.
Apetah lagi yg melekat kt kereta dan motor.

Sibuk sangat ke diorg tu?

Kesian dekat Malaysia.Tak de sape pun kisah hari jadi dia..eh,bkn tk de.cuma rsenye semakin berkurang.
Agak-agaknye manalah pergi semangat tu semua ye..

Kawan-kawan,

Jangan rasa terlalu selesa dengan kemerdekaan yg kita terima selama 56 thun ni.

Sebab apa,sebab selalunya nikmat tu cuma akan diberi kepada mereka yang tahu menghargai.
Cukup tahu menghargai apa ertinya sebuah keamanan dan pengorbanan.
Cukup tahu bagaimana untuk berterima kasih.

Tapi bukan untuk mereka yang hanya tahu berseronok diatas kemerdekaan yg mereka ada hari ini.

Kemerdekaan bukanlah satu lesen untuk kita sewenangnya bebas melakukan apa yang kita suka.

Sekali kita alpa,kemerdekaan itu mungkin cuma akan menjadi masa silam untuk Malaysia.

Kerana musuh-musuh itu hanya menunggu masa untuk beraksi.beware!  #note to myself.

Sunday, August 25, 2013

SIMPATI

Semalam after balik dari open house kt rumah mak sedara,kitorang terus ke asrama adik.saje nak melawat hujung minggu.
Dan nak dijadikan satu cerita,kitorang pun duduk lah kt surau tu sambil tunggu adik sampai.
Tup tup ade nampak seorang pakcik ni terbaring kt nun jauh di hujung surau tu.
Dan nk dijadikan cite lg,rupe-rupenye pakcik tu kenalan abah.

Dah hampir seminggu dia tak balik rumah.
Semata-mata sebab nak siapkan kerja dia disitu.
Kitorang semua rasa kesian tgk kat pakcik tu.
Pakcik tu bukannya sihat sgt.kaki dye pun injured.tapi dye tak tunjuk pun yg dye sakit.

Abah kate pakcik tu kena keje kuat.sebab anak-anak dye nk pakai duit.
Abah kate lg anak dye ramai.
Hmm,agak-agak mesti isteri dia pun kena kerja kuat macam tu jgk kan.

Pastu aku pun tenung abah lama-lama.
Abah pun dah makin tua.
Aku bayang kalau abah jd macam pakcik tu.
Aku tak sanggup nak tengok abah jadi macam tu.
Aku tak nak susahkan abah.
Sebab aku sayang abah..

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.

Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”

Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”

**Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.

**Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua-duanya telah meninggal dunia.

**Ingat,Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur.

Firman Allah Taala yang bermaksud:“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]