Thursday, January 29, 2015

KEBAIKAN PADA SETIAP TITSAN LEMON

Virus-virus telah mula aktif memasuki sel-sel tubuh.nak buat satu kerja pun tak daya.hanya mampu menjeling-jeling emak didapur.demam rindu?demam eksited?atau demam kesepian? Eh,update blog mampu pulak? *mintak tolong adik taipkan.kbai.tak elok membohong nanti masuk neraka*Semalam masa pergi pasaraya nampak uncle cina ni berjalan sambil pegang lemon.*terus shining mata*Patutlah iolls rasa lemau je nak buat kerja menjak 2 menjak ni.rupanya iolls dah menjauh dengan cik lemon kita.Walaupun masam tetap penuh daya tarikan.macam kes kanak-kanak yg craving gula-gula lollipop, lalu iolls pun berguling-guling sambil tarik baju my mak.Dushh.kena sedas tumbukan dari my mak.*kbai.tak elok membohong nanti masuk neraka* kisah iolls ni actually takde lah sesadis hikayat si tanggang mahupun batu belah batu bertangkup.sebelum balik tu,kitorg singgah jugak fresh market beli lemon.Habis dah drama sinetron LEMON ITU PACARKU 13 episod.

Faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. 
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Sunday, January 25, 2015

BENDI PUNYA PASAL.

Kak kila,jom jalan petang nanti?

Ok.Dengan syarat korang teman dulu akak pergi petik sayur kacang bendi.

Tempat kejadian:

Kak kila,nak petik yang mana?

Ermmm.petik je yang besar-besar tu.*buat muka konfiden dapat masuk masterchef final*

Sesi presentation : (Juri : mak sendiri)

Juri: Woi.mana belajar petik bendi ni?

Peserta: Eh,kenapa mak? Betul lah tu sayur bendi.

Juri tahan sabar :Yang ni tunggu kau tumbuh urat gigi dawai besi pun tak boleh hadam. Anakku oh anakku.

Peserta kepala batu: Erkk.tapi kan mak,okey2.kita ambik situasi.kalau kat kedai tu ada buah epal.lepas tu mak nak beli.mak pilih yang besar ke yg kecik? Kalau mak dibagi pilihan menantu.mak nak pilih yang gemuk ke yang kurus?

Juri : (. . .)

Yang membaca ni dah tau belum nak petik sayur kacang bendi tu? Kepada para mak-mak mertua diluar sana.apa kata anda uji dulu bakal menantu-menantu anda tu dengan trick ini.hahaha.kalau dulu cerita Musang Berjanggut.Gula,garam , bawang, cili, beras semua gaul sekali taruh dalam uncang:D selagi tak dapat nak asingkan,jangan harap dapat kahwin.

Malu eh belajar sampai phd, bila suruh petik bendi pun.. _ _''

Ada kata hikmah yang menyatakan : “Ilmu ada tiga tahap. Jika seorang memasuki tahap pertama, ia akan sombong. Jika ia memasuki tahap kedua ia akan tawadhu’. Dan jika ia memasuki tahap ketiga ia akan merasa dirinya tidak ada apa-apanya”.

Maksud kata hikmah tersebut adalah :

Pada tahap pertama, seorang penuntut ilmu yang baru belajar biasanya akan sombong. Ia tidak menyadari keadaan dirinya dan mengira telah mencapai kedudukan yang mulia. Bahkan tak jarang ia melecehkan ulama yang lebih alim darinya. Padahal dirinyalah yang masih jahil dan masih banyak kekurangannya. Para ahli ilmu dapat mengetahui jejak orang-orang semacam ini seperti dikatakan Al Khathib Al Baghdadi :العالم يعرف الجاهل، لأنه قد كان جاهلا، والجاهل لا يعرف العالم، لأنه لم يكن عالما“Orang alim dapat mengenali orang jahil karena dia dulunya juga jahil. Sedangkan orang jahil tidak mengetahui orang alim karena dia belum pernah jadi orang alim”. (Al Faqih Wal Mutafaqqih : 2/365).

Pada tahap kedua, ia akan tawadhu’ karena mulai merasakan bahwa ilmunya tidak seberapa dan ternyata masih banyak yang belum diketahuinya. Ia pun mulai sadar akan kekurangan dirinya, dan ini menuntunnya untuk lebih banyak belajar dan menimba ilmu yang berguna.

Pada tahap ketiga, ia merasa tidak ada apa-apanya karena ternyata ilmu bagaikan samudera tak bertepi. Bahkan jika ia menghabiskan seluruh hidupnya untuk menuntut ilmu, maka yang ia dapatkan masih sedikit karena lautan ilmu tak terhingga luasnya.

Sampai-sampai seorang penyair berkata :ما حوى العلم جميعا أحدلا ، ولو مارسه ألف سنة“

Tak ada seorangpun yang dapat menguasai semua ilmu yang ada,Tak akan bisa, meskipun ia mempelajarinya selama seribu tahun lamanya”.(Miftahus Sa’adah, Ahmad bin Musthafa : 1/6).

Memang demikianlah sebenarnya hakikat ilmu manusia,

sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala :قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً

“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. (QS. Al-Kahfi : 109).

Wallahualam. :)