Wednesday, January 27, 2016

Intern 1

Alhamdulillah,minggu praktikal dah pun bermula.Tahniah kepada kawan-kawanku semua.Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsi dalam group wassap.Ada yang eksited,bahagia,gemuruh,takut dan macam-macam lagi lah.Melangkah ke alam praktikal ni sama lah umpama melangkah ke dunia pekerjaan sebenar.Perlu ada rasa komitmen,tanggungjawab dan yang paling penting adalah pengetahuan dan niatkan untuk mencari pengalaman.

Kalau macam kisah aku,awal-awal pagi lagi aku dah kena bangun.Pukul 6 pagi aku perlu siap dan turun ke bawah untuk tunggu bas ke lrt.Bas rapid ni bersepah je kat sini cuma kena hafal lah nombor bas ye.Kalau tersilap naik,nangis lah kau sorang-sorang kat tepi jalan.Hahaa.Lepastu aku akan naik bas no T580 dari Sri rakyat ke Lrt Bukit Jalil.Tambang dia RM1.Tapi sebab nak jimat,bolehlah guna T&Go dan jadilah RM 0.80.Mesti ada yang akan meng kecam driku.Ala,setakat 20 sen je pun,itupun nak berkira. Meh akak cite sikit.Sekali naik memang 20 sen.kalau sehari kau naik 2 kali untuk pergi dan balik kerja dah jadi 40 sen.seminggu kau pergi kerja 5 hari.40 sen darab dengan 5 hari dah jadi rm2.Daripada rm2 tu kau bazir kat bas,baik kau masuk tabung masjid kann.Saya pengguna bijak.Jadilah bijak seperti saya.

Kemudian,dari stesen bukit jalil,aku akan turun di stesen masjid jamek.Tambang dia RM3.90.Tapi kalau guna T&Go jadi rm3.40.Jimat 50 sen.Pergi dan balik jimat rm1.Seminggu pergi kerja jimat rm5.Dapat nasi ayam sebungkus.Sebulan pegi kerja jimat rm20.Boleh lah belanja kawan  3 orang makan nasi ayam tapi air bayar sendiri.Hihi.Dah macam duta T&Go pulak aku ni.Bukan apa,lagi satu korang sendiri tahu lah kalau pakai kad ni laju sikit perjalanan.Takkan lah korang sanggup nak beratur beli token hari-hari.Jenuh dik non oi.Membazir masa sangat.

Office aku tingkat 10.Yang best tu kau boleh jalan kaki pergi SOGO tengok sale hari-hari.Tapi sebab kau report bawah department audit,kau lupakan je lah angan-angan kau tu nak ber shalala kat SOGO tu.*nangis tepi bucu katil*

Masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 8.30 malam.Tapi sebab aku selalu buat muka sedih dan muka kesian kat senior-senior aku,maka aku pun dapatlah memboloskan diri awal sikit daripada tu.Hahahaha.Keluar rumah gelap balik kerja pun dah gelap.Gelap masa depan kau dik.Hahahaa.Tapi tu belum sampai waktu peak lagi.Bulan 3 dan bulan 4.Mau kau bungkus baju tidur kat office sebab nak kejar deadline.Tapi betullah apa yang selalu dicakap oleh lecturer dulu.Kalau jadi auditor ni,jangan mimpi nak kawin awal atau dengan bahasa yang tidak berlapik jangan mimpi nak kawin langsung.Buktinya bukan  setakat staff kat sini je bujang,staff kat tempat batchmates aku intern pun majoritinya masih membujang.Lepas habis intern ni memang tobat dah aku nak masuk department audit lagi.Tapi kalau rasa memang tanda-tanda orang nak masuk meminang tu masih jauh je lagi,aku rasa memang layak lah keatas diri ini untuk disumbatkan ke dalam sana.Hahahaa.


Sebenarnya dah banyak hari jugak aku termenung memikirkan keberdikarian aku ni.Dahlah duduk sini sorang pun aku tak kenal,dekat tempat kerja pun sama tak kenal siapa-siapa. Gila nekad  jugak aku ni survive kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni sorang-sorang. Tak boleh nak begantung kat siapa-siapa pun.Fuhh.Tu yang baru praktikal seminggu dah kira kat kalendar bila nak habis nye.Hekhek.Apepun selamat menempuh dunia yang serba baru ye kawan-kawan semua.Semoga semua boleh membawa diri dengan  cemerlang dan jayanya.Kita jumpa masa hari presentation and hantar report nanti. :)

Tuesday, January 19, 2016

HIKING WITH BAE



Eksited nak hiking punya pasal,pkul 3 pagi sanggup ku redah air nak mandi.klu nak gi kuliah pkul 11 pagi pun masih lemau nak mandi. Huhuu.Pagi tu kitorg bertolak pukul 4.30. Dalam kul 5 sampai lah kitorang kat Bukit Broga tu.Parking kereta,amik beg masing-masing, pastu kitorang pun start hiking.Amaran.Jangan lupa stretching dulu sebelum naik ye.Kalau degil..tunggulah akibatnye ye.Hahahaa.

Baru 10 minit,aku dah semput weyh.starting point pun tak sampai lagi.Mana tak semputnya,diorang jalan laju bapak kot.Kaki hamba ni dah lah pendek.Kalau ikutkan diri,dah lama aku patah balik.Aku pun pusing ke belakang..tiba-tiba..ok,baru pukul 5 pagi kot.Gila kau nak redah gelap hutan tu.Terus tak jadi nak balik.Hihii.

Maka bermulalah sesi sambut-sambut tangan.Hahaa.Dah macam bawak nenek tua pun ada.Kejap-kejap aku tanya,weyhhh,lama lagi ke nak sampai.Diorang jawab dah dekat dah.nampak tak bintang tu.Aku tanya kali kedua.jawapan diorang sama jugak.Tanya kali ketiga.jawapan diorang tetap sama.Kali keempat,aku tahu memang sah diorang tipu aku Hahaa.Tapi nampaklah diorang sabar je melayan kerenah aku.sweet kan dapat kawan macam diorang-diorang ni.

 

Dalam setengah jam meredah,akhirnya sambai jugak kitorang kat 1st peak.Yuhuuuuu.Happy gile kate kau.Angin pagi dari puncak memang perghhh.Membelai jiwa dan raga.Tak caya cuba sendiri.

 

Dan hidup ni pun ibarat mendaki gunung jugak kan.Nak sampai ke puncak tu bukannya mudah,adakala kita akan jatuh,tapi tak kisah lah nak jatuh tersungkur ke jatuh meniarap ke jatuh terlentang ke jatuh terguling-guling ke yang penting jangan jatuh kat hati saya pulak.Ehh.

Lepas je solat subuh kat atas puncak tu,kitorang pun bukak bekal sarapan sambil nak menunggu matahari terbit.Hmm.Beruntung kau wahai nugget boleh sampai puncak bukit broga.Hahaa.

Sebab perut pun dah rasa lapar,pukul 9 kitorang gerak turun dari puncak.Rasa nak nangis gak lah bila intai bawah tu kan.Dalam hati macam nak call je doraemon sekarang.nak pinjam pintu suka hati dia tu.Tengah turun tu kan tiba-tiba ada jumpa couple ni berhenti kat tepi.Pastu awek dia tanya,kak jauh lagi tak nak sampai puncak. Mentang-mentang lah dah selamat turun,aku pun saiko je cakap tak dik,sikit je lagi.Dah nak sampai tu.*dalam hati gelak dah macam setan.kesian kau dik kena tipu dgn hakak*

 

sebenarnya  kami bukan suka-suka je pergi broga ni. Sebagai tanda dan bukti persahabatan kami yang awesome ni. kami dah janji yang kami semua akan berjumpa balik kat sini dalam masa 5 tahun dari sekarang.Tak sabarnya weyhh.Mesti masa tu ada yang dah berfamily.Dah ada baby comel-comel.Auwwww.Tak sabar nak hug semua orang. ;’)

Save the date ebelibadi!  14 Januari 2021