Wednesday, January 27, 2016

Intern 1

Alhamdulillah,minggu praktikal dah pun bermula.Tahniah kepada kawan-kawanku semua.Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsi dalam group wassap.Ada yang eksited,bahagia,gemuruh,takut dan macam-macam lagi lah.Melangkah ke alam praktikal ni sama lah umpama melangkah ke dunia pekerjaan sebenar.Perlu ada rasa komitmen,tanggungjawab dan yang paling penting adalah pengetahuan dan niatkan untuk mencari pengalaman.

Kalau macam kisah aku,awal-awal pagi lagi aku dah kena bangun.Pukul 6 pagi aku perlu siap dan turun ke bawah untuk tunggu bas ke lrt.Bas rapid ni bersepah je kat sini cuma kena hafal lah nombor bas ye.Kalau tersilap naik,nangis lah kau sorang-sorang kat tepi jalan.Hahaa.Lepastu aku akan naik bas no T580 dari Sri rakyat ke Lrt Bukit Jalil.Tambang dia RM1.Tapi sebab nak jimat,bolehlah guna T&Go dan jadilah RM 0.80.Mesti ada yang akan meng kecam driku.Ala,setakat 20 sen je pun,itupun nak berkira. Meh akak cite sikit.Sekali naik memang 20 sen.kalau sehari kau naik 2 kali untuk pergi dan balik kerja dah jadi 40 sen.seminggu kau pergi kerja 5 hari.40 sen darab dengan 5 hari dah jadi rm2.Daripada rm2 tu kau bazir kat bas,baik kau masuk tabung masjid kann.Saya pengguna bijak.Jadilah bijak seperti saya.

Kemudian,dari stesen bukit jalil,aku akan turun di stesen masjid jamek.Tambang dia RM3.90.Tapi kalau guna T&Go jadi rm3.40.Jimat 50 sen.Pergi dan balik jimat rm1.Seminggu pergi kerja jimat rm5.Dapat nasi ayam sebungkus.Sebulan pegi kerja jimat rm20.Boleh lah belanja kawan  3 orang makan nasi ayam tapi air bayar sendiri.Hihi.Dah macam duta T&Go pulak aku ni.Bukan apa,lagi satu korang sendiri tahu lah kalau pakai kad ni laju sikit perjalanan.Takkan lah korang sanggup nak beratur beli token hari-hari.Jenuh dik non oi.Membazir masa sangat.

Office aku tingkat 10.Yang best tu kau boleh jalan kaki pergi SOGO tengok sale hari-hari.Tapi sebab kau report bawah department audit,kau lupakan je lah angan-angan kau tu nak ber shalala kat SOGO tu.*nangis tepi bucu katil*

Masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 8.30 malam.Tapi sebab aku selalu buat muka sedih dan muka kesian kat senior-senior aku,maka aku pun dapatlah memboloskan diri awal sikit daripada tu.Hahahaha.Keluar rumah gelap balik kerja pun dah gelap.Gelap masa depan kau dik.Hahahaa.Tapi tu belum sampai waktu peak lagi.Bulan 3 dan bulan 4.Mau kau bungkus baju tidur kat office sebab nak kejar deadline.Tapi betullah apa yang selalu dicakap oleh lecturer dulu.Kalau jadi auditor ni,jangan mimpi nak kawin awal atau dengan bahasa yang tidak berlapik jangan mimpi nak kawin langsung.Buktinya bukan  setakat staff kat sini je bujang,staff kat tempat batchmates aku intern pun majoritinya masih membujang.Lepas habis intern ni memang tobat dah aku nak masuk department audit lagi.Tapi kalau rasa memang tanda-tanda orang nak masuk meminang tu masih jauh je lagi,aku rasa memang layak lah keatas diri ini untuk disumbatkan ke dalam sana.Hahahaa.


Sebenarnya dah banyak hari jugak aku termenung memikirkan keberdikarian aku ni.Dahlah duduk sini sorang pun aku tak kenal,dekat tempat kerja pun sama tak kenal siapa-siapa. Gila nekad  jugak aku ni survive kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni sorang-sorang. Tak boleh nak begantung kat siapa-siapa pun.Fuhh.Tu yang baru praktikal seminggu dah kira kat kalendar bila nak habis nye.Hekhek.Apepun selamat menempuh dunia yang serba baru ye kawan-kawan semua.Semoga semua boleh membawa diri dengan  cemerlang dan jayanya.Kita jumpa masa hari presentation and hantar report nanti. :)