Sunday, January 1, 2017

KOSONG

Eh, dah 2017 lah beb.Tahun yang mana kau dah takkan dipanggil student lagi. Yeay! Happy ke? Tak pun beb. I rindu zaman study I beb. Meriah. Kawan sana sini.Gosip ramai-ramai. Makan kongsi-kongsi. Tido kat kelas pun berjemaah. Lepak kedai mamak malam-malam siapkan esaimen.Paling legend, part tunggu bas time nak pergi and balik kelas.I rindu semua kenangan tu.Sekarang wassap pun dah sepi,bangun pagi struggle sorang-sorang pergi tempat kerja. Tengok kanan kiri,semua orang asing.Balik kerja lapar.Korang dah takde nak ajak teman aku makan.Dah takde dah keletah korang yang boleh buat aku gelak terkekek kekek sampai tersedak.Kalau dulu masa study, weekend lah liat nak balik kampung. Ada je program dengan korang. Tapi sekarang bila sampai je hari jumaat,akulah orang paling efisien siapkan kerja kat office tu. Tak makan lunch pun tak kisah,janji kerja siap sebab  nak balik kampung punya pasal.I wish that I boleh settle down kat kampung secepat yang boleh sebab perasaan sunyi tu boleh buat I jadi tak betul tau tak.Dengan dugaan I dapat roomate yang cuma akan balik bila I dah nyenyak tidur.Lagilah I sendu weyh.Kasi lah scroll fb banyak mana kali pun.Belek insta sampai habis kouta.Takkan sama dengan bila korang ada dengan aku.Jawapan paling klishe bila aku cakap aku sunyi. Kawinlah! Tak kelakar beb.memanglah kalau kawin tu aku akan dapat patner beb.Aku boleh mumbling dgn happy sampai pukul 3 pagi pun takpe,dia akan tetap setia teman aku kat sebelah walaupun dia punya snoring tu jiran selang 3 buah rumah boleh dengar.Dia yang akan jadi pa terhormat aku untuk bershopping, berwayang,berselfie, petik cili,tanam kangkung, cuci pinggan,siang ikan,dobi baju, sapu sampah. Aku takkan sunyi lagi dah masa tu.But the problem is,kalau aku kawin esok pagi sekalipun,yang aku rindu tu korang bukan dia!

Kalaulah betul doraemon tu wujud, sekarang jugak aku nak pinjam mesin masa lalu dia.Biar aku dapat putarkan balik masa dan lebih menghargai detik bersama korang.Kepada adik adik kat luar sana yang meroyan dalam fb nak habis belajar cepat tu, baik lah korang pakat menyesal sekarang.

Takde zaman yang lebih seronok selain zaman belajar.

I rindu kawan-kawan sekolah rendah I, jumpa pun setahun sekali masa raya.Nasib baik sikit kalau ada yang hantar kad jemputan kawin, bolehlah jumpa korang lagi.Apa kabar lah korang semua agaknya kan? Rindu nak jumpa kawan yang sanggup sesama pakai serkup senget, lari - lari kat kantin waktu rehat beli keropok lekor dengan nugget 30 sen.Lepastu semua sepattern je. Makan nugget gigit kulit dia dulu baru makan isi dia. Aduhh, rindunya.Lepastu ingat lagi kita camping belakang sekolah tapi pagi tu hujan lebat sampai banjir khemah kita.Lepastu kita ada tanam jagung tepi bengkel khb. Pagi-pagi je masing2 berebut nak siram pokok jagung tu.Terintai intai bila lah pokok ni nak berbuah.Amik kau bila dah berbuah,banyak gile buah dia kan.Huhu.Ingat tak lagi kes gaduh masa kita darjah 3 tu? Kesian Yana masa tu semua taknak kawan dengan dia.Mesti pening cikgu-cikgu nak melayan kerenah kita kan.

I rindu jugak kat kawan-kawan sekolah menengah I,rindu nak prep sama-sama.lepastu bising kena denda sama-sama.Muka ni jugaklah yang selalu kena tahan dengan ustaz masa maghrib sebab saja lambat pergi surau.Muka ni jugaklah yang menyorok kat toilet sebab malas nak merentas desa.Muka ni jugaklah yang akan setia ada kat DM setiap kali waktu makan.Sorilah sebab I memang kuat makan.Lagi, muka ni jugaklah yang sibuk dan menyibuk nak terjebak dalam tragedi cinta monyet.Kahkah.Tapi takpe, Alhamdulillah sekarang dah jadi manusia.Hehee.Dan dalam banyak-banyak benda yang berlaku sepanjang 5 tahun tu, masih ada satu benda yang sampai sekarang aku tak dapat jumpa jawapan dia. Siapa yang bertanggungjawab tulis 'saya suka nami' dekat dorm lelaki depan pejabat urusetia masa kita form 5 dulu? Masih tak berani menyerah diri ke? Tau lah nami ni memang garang,yang saja cari pasal tu dah kenapa?Hahaa. Siapa mengaku, nami belanja makan. Deal?

-Si Kosong

Thursday, October 20, 2016

FOBIA

Yes.aku pun tak sedar since when aku ada fobia ni. Bukan major fobia pun. Tapi boleh buat menangis jugak lah.Yes.aku fobia pada nota tangan. tak kisah lah yang ditampal di dinding atau yang diselitkan di bawah pintu.aku juga fobia untuk memasak melainkan dirumah aku sendiri.

Nampak simple dan boleh buat gelak. Tapi kalau hampir setahun kau melalui saat hitam tu seorang diri.Kau dihentam kau dimaki tak henti.Aku tak paksa korang rasa apa yang aku rasa. Tapi pada masa tu, aku cuma mampu cakap yang Allah tu betul-betul dah pinjamkan kekuatan dia pada aku.

Aku tak tahu kalau dia ada OCD yang kronik ataupun memang dia seorang ahli physco yang hebat.Kisah ni berlaku bila tuan rumah yang turut tinggal dirumah tu ditimpa kemalangan dan terpaksa cuti di kampung dalam tempoh masa yang lama.Ditimpa kau.*rasa nak gelakkan diri sendiri. Perkataan tak boleh baku lagi ke*. Dan sejak hari itu, hampir setiap hari,ada je kesalahan aku dimata dia. Dan hampir setiap hari jugaklah dia akan menulis nota baru untuk aku.Bukan tak pernah cuba nak balas. Tapi lagi kau balas lagi menyakitkan kata-kata yang keluar.Idk kalau selain menjadi penyewa bilik, dia juga memilik share dalam rumah tu.Langsung tak menghormati aku sebagai penyewa.

Aku pun sejak menyewa kat situ, aku memang sangat jarang nak masak plus aku selalu sampai rumah malam.So,ada sekali tu aku tak sempat tapau makanan,jadi aku balik rumah dengan niat nak goreng telur. Telur mata je kot.Then malam tu dapat wassap.Pakai wassap beb, tak main ketuk pintu.Dalam mesej tu dia tulis '' cuci kuali esok nak masak.''

Aku yang dah nak terlelap dah baca doa tidor tu pun bangunlah balik. Pergi dapur cuci kuali yang aku guna tu.Esok pagi aku dengar bunyi dari dapur. Yes, bilik aku sebelah dapur.Ha,cuba teka dia buat apa kat dapur tu. Hehehee.

DIA GORENG TELUR.

Ok, sekarang ni aku nak tanya lah, tak sama darjat ke telur ayam aku dengan telur ayam yang dia beli? Aku tahu aku cuma beli kt kedai runcit mungkin dia beli dekat kedai beraircond. Tapi keluar dari bontot ayam jugakkkkk kannnnn!

Dan ada sekali tu aku panaskan bubur nasi. Aku panaskan jer dan cuma sekali ok.Tak tahu pulak sampai boleh buat dapur gas tu kotor gile kannn.Aku tak tahu pulak ada rules setiap kali masak setiap kali tu kena lap dapur.Dapat lagi nota panas.Dia biar beb. Memang dia tak tolong lap. Padahal dia masak tiap hari kot.Mohon masuk kubur cepat lah kak. Takyah dah nak menyusahkan orang.

Lagi tragis bila kau lalui semua tu dalam bulan ramadhan. Tiap kali berbuka kt rumah.aku hanya mampu buka puasa dalam bilik seorang diri.Dia conquer rumah tu beb.Kalau ikutkan hati, aku nak masuk bilik lalu tingkap je.Bekas tapak kaki pun aku ngeri nak tinggalkan. Takut dia bacakan jampi pulak satgi.Nasib baik Allah masih sayang aku. Huntung-huntung tak sempat sewel lagi.

Hari last sebelum keluar dari rumah tu.
Aku pulangkan balik semua nota curse dia tu bawah pintu bilik dia.Ko berkira pasal bil elektrik kan. Hamik kau aku on suis lampu utama kat rumah tu.Pandai lah balik kerja kau matikan suis tu. Hahaaha. Aku tinggalkan lagi nota teragung aku bawah tudung saji utk dia makan lepas balik kerja petang tu.Mudah mudahan kenyang.

Aku terkejut jugak sebab aku tak sangka benda tu boleh buat aku jadi fobia dan trauma sampai harini.Walaupun sekarang ni aku dah pindah rumah sewa yang baru,aku still tak boleh pandang apa-apa kertas putih.Terus laju jantung aku berdegup. Tangan jadi sejuk.Mata pun berair. Aku tak boleh. Aku masih terbayang nota-nota dia. Padahal kadang kertas tu bil je kot. Tak pun surat untuk tuan rumah. Korang rasa kelakar. Aku pun rasa kelakar. Tapi aku nangis dulu lah sebelum gelakkan diri sendiri.

Pesanan kepada bakal suami. Tak payah nak cuba buat sweet tulis nota tampal-tampal ye.Ada satgi yang hilang isteri. 😠

Sekian,
Aku yang fobia.