Monday, April 24, 2017

COMPLETE vs FINISH


“Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati,dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa” 
QS. Alfurqan:74

Disaat Allah sibuk menurunkan rezeki kepada sebahagian hambanya.Allah timpakan juga kepada sebahagian yang lain ujian dan musibah.Disaat sahabat bergembira dengan rezeki dan nikmat yang diterima,ada juga sahabat yang disaat ini sedang menangis dan gelisah menempuh ujian dan musibah yang diberi oleh-NYA.

Ada sahabat kata,bertemu jodoh,berkahwin awal dan berkeluarga itu semua rezeki  dari Allah.

Ada sahabat kata,terus membujang,tiada pasangan hidup itu ujian dari Allah.

Bila dengar sahabat ingin bernikah,kita pun masing-masing sibuk berlumba mencari pasangan.Tak perlu terburu-buru.Sungguh jodoh itu rahsia tuhan yang disimpan rapi diatas sana.Hanya dia yang maha mengetahui bila dan bagaimana kita dan sang jodoh itu akan dipertemukan.Semoga si dia dan kita kelaknya nanti akan diberi kekuatan untuk saling sentiasa menyayangi dan mengasihi  hingga saat nyawa terpisah dari jasad.Baiknya Allah masih memberi kita masa untuk melengkapkan dan memperbaiki diri sebelum dipertemukan.

Ya,kita tidak boleh lari.Kadang mata kita tertipu dengan indahnya cerita dan gambar yang memenuhi pelusuk media sosial.Kadang hati kita menjadi iri dan sakit mengenangkan takdir yang seolah tidak berpihak kepada kita.Kadang kita sampai terlupa setiap orang itu punya takdir yang berbeza.

Nak complete atau finish?

Complete itu dicapai bilamana kita sebagai isteri /suami saling memahami dan tidak jemu untuk mengenali pasangan masing-masing.Bilamana kita sentiasa berlapang dada menerima kekurangan dan kelebihan dari pasangan.Bilamana kita sentiasa bermotivasi untuk membahagiakan pasangan walaupun mungkin usia perkahwinan itu dah pun mencecah 40 atau 50 tahun.Alangkah beruntung dan bahagia bagi pasangan andai ikatan perkahwinan mereka berjaya mencapai tahap complete.Finish itu pulak membawa maksud kesudahan,tamat,selesai,habis.Selesai sahaja akad nikah,itu juga dikira finish dalam perkahwinan.Kita sebagai pasangan tidak termotivasi untuk mengenali dan memahami pasangan masing-masing.Baru setahun dua berkahwin dan mula jemu dan bosan.Saling ego dan berbalah.Akhirnya terbinalah sebuah istana yang diluarnya tersergam indah,dicemburui oleh semua yang melihat tetapi didalamnya kotor dan busuk.Dipenuhi nanah,darah dan airmata.Sampai bila nak begitu?

Jadi pesanan untuk kita yang masih memegang title si bujang tu,perbanyakkan lah lagi istikharah.Mohon pada dia yang diatas sana.Jangan lah terburu-buru sangat dalam mencari pasangan.Mencari pasangan hidup tu tak salah.Yang salah tu bila hang sengaja menggatal dengan laki bini orang.Jadi,kepada yang dah puas mencari tapi asyik gagal je tu.Apa kata awak mesej saya pulak mlm ni.Mana tau saya jodoh yang awak cari tu.Eh.

So,nak complete ke nak finish ni?





Monday, March 20, 2017

SINDROM LAMBAT PICK UP

Ada sekali tu,aku pergi walimah kawan.Tengah sedap duduk makan aiskrim  sambil borak bawah khemah,sudden aku dengar ada bunyi budak perempuan menangis.Aku pun terus toleh kat tempat suara tu.Ouh.Budak perempuan tu jatuh tersembam.Mesti sakit lutut dia kena batu.But,guess what.Aku pandang je budak tu nangis sambil tepuk bahu kawan sebelah aku.Pastu kawan aku pun pandang kat aku.Tanya kenapa.Aku pun then selamba cakap.

“..Tu,budak tu nangis.Dia jatuh..”

Dan,terus satu meja gelakkan aku.Aku tak faham kenapa diorang gelakkan aku.Then,suara budak nangis tu pun tiba-tiba dah tak dengar.Diorang tunjuk kat aku budak tu dah selamat kena dukung dengan mak dia masuk kereta.

“..Weyh,kenapa ko tak tolong budak perempuan tu tadi..?

Sudahnya aku pulak yang gelak tak berhenti dengar soalan tu.Dah lah aku yang perasan budak perempuan tu menangis .Budak perempuan tu pulak memang jatuh sebelah meja kitorang lepak.Sebelah bangku aku duduk.Kila oh Kila. >.<

Ada satu kes baru ni pulak,kes ni jadi depan escalator kat dalam shopping mall.Elok je aku sampai depan escalator tu,ada sorang budak block laluan aku.Sebabkan ramai orang kat belakang aku,aku pun macam kekanan kekiri cuba nak lolos naik jugak.Kawan aku yang kat sebelah ni perasan budak tu block escalator tu.

“..Adik takut eh nak naik..?”

Kawan aku cuba nak pegang tangan dia supaya dia boleh naik escalator tu.Tapi budak tu macam tak nak.Ayah dia pun datang dari belakang pegang tangan budak tu.Budak tu pun ikut je ayah dia.Kitorang pun follow belakang anak beranak tu.

Sampai je kat atas,aku bisik kat kawan aku.

“..Ouh,budak tadi tu takut nak naik escalator ke..?”

“..Yelah,yang kau pun berdiri belakang dia tak nak tolong tu kenapa..?”

Hehee.aku mampu tersengih je lah masa tu.Sebab seriously time kejadian tu berlaku.I am totally clueless what that girl was trying to do and what I am supposed to do.

Then bila aku duduk sorang,aku mula terfikir.Normal ke aku kalau selalu sangat macam tu?Macamana kalau kes tu jadi kes serius.contoh  anak aku tertumpah air panas dekat badan dia.Dia pulak dah meraung menangis.And at that moment it was just me and her kat dalam rumah tu?

No Kila,jangan paranoid sangat. Kau normal and everything will be gonna okay.Thats it.