“Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami
dan keturunan kami sebagai penyejuk hati,dan jadikanlah kami sebagai pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa”
QS. Alfurqan:74
Disaat Allah sibuk menurunkan rezeki kepada sebahagian
hambanya.Allah timpakan juga kepada sebahagian yang lain ujian dan
musibah.Disaat sahabat bergembira dengan rezeki dan nikmat yang diterima,ada
juga sahabat yang disaat ini sedang menangis dan gelisah menempuh ujian dan
musibah yang diberi oleh-NYA.
Ada sahabat kata,bertemu jodoh,berkahwin awal dan
berkeluarga itu semua rezeki dari Allah.
Ada sahabat kata,terus membujang,tiada pasangan hidup itu
ujian dari Allah.
Bila dengar sahabat ingin bernikah,kita pun masing-masing
sibuk berlumba mencari pasangan.Tak perlu terburu-buru.Sungguh jodoh itu rahsia
tuhan yang disimpan rapi diatas sana.Hanya dia yang maha mengetahui bila dan
bagaimana kita dan sang jodoh itu akan dipertemukan.Semoga si dia dan kita
kelaknya nanti akan diberi kekuatan untuk saling sentiasa menyayangi dan mengasihi hingga saat nyawa terpisah dari jasad.Baiknya
Allah masih memberi kita masa untuk melengkapkan dan memperbaiki diri sebelum dipertemukan.
Ya,kita tidak boleh lari.Kadang mata kita tertipu dengan indahnya cerita
dan gambar yang memenuhi pelusuk media sosial.Kadang hati kita menjadi iri dan sakit mengenangkan takdir yang seolah tidak berpihak kepada kita.Kadang kita sampai
terlupa setiap orang itu punya takdir yang berbeza.
Nak complete atau finish?
Complete itu dicapai bilamana kita sebagai isteri /suami saling
memahami dan tidak jemu untuk mengenali pasangan masing-masing.Bilamana kita
sentiasa berlapang dada menerima kekurangan dan kelebihan dari
pasangan.Bilamana kita sentiasa bermotivasi untuk membahagiakan pasangan
walaupun mungkin usia perkahwinan itu dah pun mencecah 40 atau 50 tahun.Alangkah beruntung dan bahagia bagi pasangan andai ikatan perkahwinan mereka berjaya mencapai tahap complete.Finish
itu pulak membawa maksud kesudahan,tamat,selesai,habis.Selesai sahaja akad nikah,itu
juga dikira finish dalam perkahwinan.Kita sebagai pasangan tidak termotivasi
untuk mengenali dan memahami pasangan masing-masing.Baru setahun dua berkahwin
dan mula jemu dan bosan.Saling ego dan berbalah.Akhirnya terbinalah sebuah
istana yang diluarnya tersergam indah,dicemburui oleh semua yang melihat tetapi
didalamnya kotor dan busuk.Dipenuhi nanah,darah dan airmata.Sampai bila nak begitu?
Jadi pesanan untuk kita yang masih memegang title si bujang tu,perbanyakkan lah lagi istikharah.Mohon pada dia yang diatas sana.Jangan lah terburu-buru sangat dalam mencari pasangan.Mencari pasangan hidup tu tak salah.Yang salah tu bila hang sengaja menggatal dengan laki bini orang.Jadi,kepada yang dah puas mencari tapi asyik gagal je tu.Apa kata awak mesej saya pulak mlm ni.Mana tau saya jodoh yang awak cari tu.Eh.