Kita selalu
risau kalau-kalau orang nampak yang pakaian kita kotor dan busuk.
Kita pun mesti segan kalau terpaksa memandu kereta yang berhabuk dan berdebu.
Sesibuk
mana pun kita,setiap hujung minggu pasti kita akan sama-sama membersihkan
rumah.
Kesimpulannya,tak
siapa diantara kita yang sukakan sesuatu yang kelihatan kotor mahupun busuk.
Tetapi bagaimana
pula dengan penjagaan hati kita?
Kalau maintenance
kereta yang beratus beribu kita sanggup berhabis duit.macamana pula dengan mantainance
hati kita?
Sia-sia
kalau tiap tahun pergi mekah buat umrah dan haji tapi yang didalam tu masih
tetap serupa.
Sia-sia
kalau tiap bulan keluar zakat bantu anak yatim orang miskin tapi yang didalam
tu masih tetap serupa.
Lagi takut
kalau-kalau makin hari makin tebal debu dan kotoronnya.
Kalau habuk
melekat kat kereta,boleh jugak kita nampak.boleh cepat-cepat ambil lap dan
bersihkan.
kalau yang melekat didalam sana tu,wallahuaalam,entah bila agaknya
boleh sedar kann..
Kita ni
semakin hari semakin tua.nak kata ilmu agama tak de,awak tu dah boleh digelar
ustaz ustazah.
Tak usah la kita nak sama menyibuk mengumpat orang pakai laman-laman
sosial ni bagai.malu la kt orang lain oii..satu dunia boleh baca.silap-silap
awak yang dimalukan balik nanti.
Lebih baik la kite digelar old school
daripada dpt title star sebagai penabur fitnah dan dosa kat dalam situ.
Ketahuilah bahawa mengumpat itu ialah menyebut perihal
saudaramu dengan lisan,sebab dengan sebutan itu engkau dapat menyampaikan
kekurangan-kekurangan saudaramu dan mendedahkan segala hal yang dibencinya
kepada orang lain.
Lantaran itu,maka membuat sindiran itu samalah seperti
berkata dengan berterus-terang,perbuatan pula samalah dengan
perkataan,mengisyarat samalah dengan mengangguk,berkelip mata samalah dengan
membisik-bisik,menulis samalah dengan menunjuk gerak laku.Pendek kata apa saja
yang dilakukan oleh engkau yang boleh menunjukkan kepada maksud dan tujuan
ghibah atau mengumpat,maka ia dilarang dan dihukumkan haram.
"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah
yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya."
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
"Janganlah kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah
benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh
saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu dengan
setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara."
Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu
lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan
bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya
seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang
yang diumpatnya itu."
Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W
bersabda:
"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu
kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku
berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah
orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi
kain orang."
Berkata pula al-Barra' bin Azib:
Rasulullah S.A.W. berpidato kepada kami sehingga aku
terdengar suara kaum wanita di rumah-rumah mereka.Diantara lain baginda
bersabda: "Hai golongan orang-orang beriman dengan lisannya,tetapi tidak
beriman dengan hatinya.Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan jangan intip
keaiban mereka,maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya,nanti Allah
akan intip keaibannya,dan siapa yang diintip ALlah akan keaibannya,nescaya akan
dimalukannya,meskipun yang berlaku ditengah-tengah rumahnya."
Ada yang mengatakan bahawa Allah Ta'ala menurunkan wahyu
kepada Nabi Musa a.s yang maksudnya:
"Barang siapa yang meninggal dengan taubat dari
mengumpat orang,maka dia adalah orang yang penghabisan masuk syurga.Dan barang
siapa yang meninggal dengan berkekalan mengumpat orang,maka dia adalah orang
pertama masuk neraka."
Maka sama2 kita muhasabah ye sahabat-sahabat..
Kita usaha sikit-sikit untuk tinggalkan mengumpat,mungkin
pada yang terlalu biasa bergelak ketawa dengan menyebut keaiban seseorang yang
lain,maka sedarlah sekarang sebelum kita meninggalkan dunia ini..
Sesungguhnya janji allah itu pasti dan balasan allah itu
nyata.Sama2 kita usaha.. #note to myself.
Kepada mereka-mereka yang terlibat dalam usaha
menjatuhkan kami sekeluarga. teruskanlah kegiatan anda.semoga allah membuka
pintu hati dan menerima taubat kalian sebelum kalian menutupkan mata.Allahuakbar!
Selamat Beribadah semua..=)