Wahh..sekarang ni very de dangerous
ok.jangan sesekali memakai baju mahupun aksesori berwarna hijau mahupun
biru.
Nasi kerabu pun jgn jual lagi.sebab apa?sebab nanti orang ingat kita nak
berkempen..wawawaaaa..
Mata ni kekadang rasa berpinar-pinar tengok bendera kt
jalan tu.rasa macam nk raya pun ada.
Pesanan saya kepada orang-orang yang
berkobar nak memangkah tu.selamat berpangkah.jgn lupe letak smiley besar-besar
cikit dekat kertas tu nanti ye..
saya x cukup umur lagi.jadi saya akan masih
setia bersama parti durian.*tayang gigi kuning*
Orang kata politik sekarang ni kotor.errr..kenapa
ye?diorang mmg x mandi ke atau memang suka berendam dalam sawah??ok.bile budak kecik
merepek,gini la sudahnye.harini kita nak membencangkan isu zalim.eh,sape yg
zalim?sape yg teraniaya?
OMG.
Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW
berkata, “Seorang muslim itu adalah saudaranya bagi muslim yang lain. Mereka
tidak boleh menzalimi dan menyusahkan. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya,
Allah akan penuhi hajatnya pula. Sesiapa yang melapangkan sesuatu kesusahan
kepada seorang muslim, Allah akan melapangkan kesusahannya di akhirat nanti.
Sesiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan menutup aibnya di akhirat
nanti”.
(HR.
Al-Bukhari dan Muslim)
Mungkin juga menjadi satu fenomena di akhir
zaman dimana manusia itu berasa lebih puas dan senang melihat saudara mereka diseksa
dan dizalami bahkan akan semakin menebal sifat iri dan cemburu apabila melihat nikmat ataupun kebaikan yang diperolehi oleh
saudara mereka itu.wallahua’alam.
Marilah kita bersama mengambil iktibar dan
sedikit penghayatan dari hadis-hadis dibawah
قال النبي: من ضَارَّ ضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ
شَاقَّ شَاقَّ الله علي
"Barangsiapa
yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang
menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya pula"
(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315;
Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)
ليس المؤمن الذي يشبع وجاره جائع
"Bukanlah orang
mukmin[1]
(yang sempurna Imannya) yang berada dalam keadaan kenyang, sedangkan
(dia
tahu) jirannya dalam keadaan lapar"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dalam
"Al-Adab Al-Mufrad" dan Al-Baihaqi, sumber Ibnu Abbas: Sahih)
اتقوا الظلم فإن الظلم ظلمات يوم القيامة
"Janganlah
kalian menzalimi, kerana sesungguhnya kezaliman itu menjadikan
kegelapan-kegelapan di hari kiamat"
(Hadith daripada Jabir, riwayat
Muslim: Sahih)
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
“tidak beriman seseorang itu sehingga dia
mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah S.A.W
bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut
di atas awan.
Allah berfirman: Demi keperkasaan dan
keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang
cukup lama).”
*Hadis ini
diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan
sanad sahih Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu
berbuat adil dalam segala hal dan tidak bersikap zalim, kalau seseorang berlaku
zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu,
cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi,
buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap
orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang
terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya.kecil atau
besar.zalim tetap dikira zalim.*
Rasulullah S.A.W pun
memberikan satu pesanan kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan
terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan
orang tersebut didapat dari jalan yang haram dan tidak halal.
Satu hadits
Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya
tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia
dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan
kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul.
Besarkan kuasa tuhan..??
Subhanallah..:)
[1] Mukmin bermaksud orang yang beriman
kepada Allah Yang Maha Esa.Beliau merupakan setingkat yang lebih tinggi dari Muslim(orang islam).