~kad hari jadi paling jauh.hee~
Beijing----->Malaysia
“Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah
kamu menyebut-nyebutkannya
(dengan bersyukur)”-Surah Ad Dhuha ayat 11
Kalau dulu zaman sekolah,seronok sangat rasanya
bila sampai hari jadi.Dapat hadiah banyak-banyak.Boleh makan kek sedap-sedap.lepas
tu kawan-kawan pun datang rumah sebab hari tu mesti mak masak banyak-banyak.
Tapi ada satu perkara yang selalu kita lupa.
“Dan apabila tibanya tarikh dan hari lahir,
maka akan bertambahlah usia kita seiring tempoh kehidupan kita di dunia ini.
Semakin banyak menyambut hari lahir, sesungguhnya hari kita adalah semakin tua.”
Apabila dah semakin tua,maka semakin hampirlah
kita kepada apa yang dipanggil kematian.
Bila sebut pasal mati.Barulah semua dok sibuk
nak kira amal ibadah cukup ke tidak.#samalah kite.
“Dan (ingatlah),
Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang
bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
mengenai segala yang kamu kerjakan.”
(Surat Al-Munafiqun:
Ayat 11)
“Tiap-tiap yang
bernyawa pasti akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan
kebaikan sebagai ujian.Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.”
(Surah
Al-anbiyaa:Ayat 35)
Tapi kawan-kawan,tak
salah rasanya untuk berseronok menikmati hari jadi kita sendiri asalkan tak
melanggar batas-batas dalam islam.
Dan
Kepada mak dan abah.terima
kasih..i’m really2 miss both of u..T.T
Kepada semua yang dah
pun sudi mendoakan kesejahteraan saya,trimas juga ya..huhu
sayang korang-korang semua.
Sekali berkawan,selamanya
kita akan jadi kawan.. :)
Last but not least.Special untuk sahabat-sahabat saya:
Bersahabatlah kerana Allah, barulah kita dapat
rasa kemanisan dalam persahabatan.^^
Wallahualam. :)
#Duduk bersila atas katil sambil menangis peluk baju yang masih keras sebab kena prank dengan telur semalam.T.T