Antara soalan famous yang sering kita terima :
Zaman Kanak-kanak : adik,nanti besar adik nak jadi ape?
Jawapan : kite nak jadi doktor.nanti boleh tolong orang sakit.
: adik,kenapa suka main kahwin -kahwin?
: sebab nanti besar kite nak kahwin.ada rumah besar.ada kereta besar.
Zaman remaja : adik,nnt lepas pmr nak ambik aliran ape?
Jawapan : kalau boleh,kite nak ambik aliran sains.
: spm dah dekat ni,adik target berapa A ?
: ishh.mestilah straight A.
Zaman universiti : kat u belajar course ape?
Jawapan : course akaun je.lama lagi nk grade.
: kat sana dah ada pakwe belum?tak sabar rasenye nk makan nasi minyak.
: belum lg.tak sempat pun nak mencari.
: jawapan dalam hati--> eh2 makcik ni,over betul.aku ke dia yg nak kahwin?
Rasa pagi tadi macam tak nak bangun langsung pun ada.
Macam-macam duk terpikir kt kepala ni ha.
Sampai rasa nak packing beg je bawak lari duduk kat gua kalimantan sana.
Tapi bila fikirkan balik,kenapa ak mesti lari dari kehidupan aku sendiri.
So,aku harus kuat.kuat menghadapi segala-galanya.
Lagi-lagi bila masuk part pencarian imamku..*serius rasa nak muntah hijau*
Kalau ikutkan angan-angan,of cos la aku nak yg stok macam dalam drama2 melayu tu.perfect kau jahh.
Tapi kalau ikutkan hati yang memang dah lama sedar diri tu tak cantik macam Megan Fox,Maka aku hanya memilih untuk menerima dia seadanya.
Langsung tidak terikat dengan mana-mana syarat mahupun undang-undang negara.
Calon?
Errr..*sengih sampai koyak bibir*
Aku sendiri tak tahu.
Orang kata jgn terlalu berharap.nanti kalau tak dapat,kecewanya lain macam.
Orang lain pulak kata,melepaskan sesuatu itu lebih baik dari menunggu sesuatu yang belum pasti ada kesudahan yang baik.
And sekarang,aku sedang berusaha membuka dan menerima seseorang dalam hidup aku.
Bagi aku,rasa sayang itu akan hadir sendiri kalau kita betul ikhlas untuk memberi dan menerima.
Jodoh terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.Aminn.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
(Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imama)
Artinya: “Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
surat Al Furqan:74.