Tak semua orang memiliki pemikiran yang serupa maka tak semua orang akan memiliki pendapat yang sama.
Dan bila jerebu kini melanda lagi,ada sebahagian dari kita yang mungkin tersedar bahawa itu adalah amaran dari Tuhan.
Tetapi ada juga segelintir dari kita yang hanya menisbahkan bahawa jerebu ini hanya disebabkan oleh pembakaran yang terjadi di Indonesia.
Tetapi sedarkah semua,takkan mungkin juga terjadinya kebakaran dan pembakaran itu tanpa kuasa Allah.
Nampak tak betapa besarnya kuasa tuhan.
Mungkin juga Allah itu tidak menurunkan bala secara langsung kerana apa?
Kerana Dia mahu agar kita agar berfikir dan terus berfikir.
Adakah kita hanya akan menunggu 'jerebu' itu datang baru kita akan tersedar, atau masihkah kita terus dengan aktiviti kita yang tidak berfaedah tanpa menyiapkan diri sebelum datangnya kiamat?
Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam kitabnya:
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman." Ad-Dukhon:10-12
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia;Allah mengehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka,agar mereka kembali ke jalan yang benar. Ar rum:41
Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap,lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi,"datanglah kamu berdua menurut perintahku dengan patuh atau terpaksa."keduanya menjawab,"kami datang dengan patuh." Al fusillat:11
Sabda Nabi saw bermaksud;"Hari kiamat tidak akan datang sebelum kalian melihat sepuluh (tanda-tandanya);
1) Terbitnya matahari dari barat;
2) Asap tebal
3) Binatang melata
4) Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj
5) Turunnya Isa Putera Maryam
6) Dajjal
7,8,9 ) tiga khasf (penenggelaman) iaitu di bahagian timur, di bahagian barat dan di Jazirah Arab
10) Api muncul dari lembah 'Adn (kota terkenal di Yaman) yang akan mengiring manusia. Api itu bersama mereka setiap saat, baik ketika mereka (tidur) di malam hari mahupun disaat mereka beristirehat disiang hari"
Wallahualam..:)
#Nasib baik tadi paper terakhir exam.itupun masing-masing dah semput-semput pakai mask.Dan nasib baik xde yang pitam masa kt dewan tadi.ok,esok nak balik kampung.yeay!selamat tinggal Usim..jumpa lagi nanti..^^