Sometimes,it cross to my mind.
Why and why?
Kenapa Allah memberi kita pertemuan sedangkan dia tahu yang kita akan dipisahkan juga diakhirnya.
Pencarian hari demi hari demi sebuah jawapan yang aku sendiri masih belum pasti.
Tapi aku percaya mesti ada hikmah besar yang menanti didepan sana.
Wahh.aku ni nk update blog ke atau nak masuk pertandingan pencarian waris A. Samad Said.
Adushh.*ketuk kepala sendiri dengan senduk mak*
Susahnya hidup jadi orang rabun ni kan.
dulu |
coming soon |
Bila dah rabun.telinga pun dah kurang nak mendengar.
Malam sebelum tidur letak spek sebalah bantal.
Bangun pagi-pagi raba spek dulu make sure ada kat sebelah bantal.
Tolonglah jangan sapa-sapa nak buat cubaan menganiaya.itulah jiwa raga bakul kain aku selama ni.dah macam tong oksigen tau spek tu pada aku.
Ambik lah apa yang korang nak.Hang nak curi hati pun aku tak kisah dah.
Janji spek gua lu jangan berani dekat.
Mula-mula masa pakai spek dulu tak rasa ape pun.Seronok lagi adalah sebab boleh bergaya dengan spek*wuuuwuu.nampak sangat niat pun dah tak betul*
Dan bila diri dah terasa semakin tua mulalah rasa tu overflipped and otomatik turn to 360 degree.
Baru sedar yang itu tandanya Allah bagi amaran pada kita supaya lebih berhati-hati menjaga nikmat yang dia dah bagi.
Nasib baik dia tarik sikit je.kalau dia tarik bagi habis.nauzubillah.
Tak tetanggung rasanya diri ini ya Allah.
Dan bila makin tahun makin tebal saiz kanta tu.rasa macam ohmaigod.ape nak buat ni.
Umur pun baru 20 okai.kahwin pun belum lagi.*ok,abaikan disitu.ada kesalahan istilah mungkin.*
#mohon kepada cikgu bahasa melayu untuk betulkan ayat tu.mungkin juga betulkan sekali otak budak kecik yang menulis tu.
Gatai na,kecik-kecik dah sibuk nak kata pasal kahwin.hang tau apa?
*ayat standard Mak Jemah yang jelaous sebab tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang*
*ayat standard Mak Jemah yang jelaous sebab tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang*
Berkurangnya nikmat tu mungkin juga sebab kurangnya rasa syukur pada Tuhan kan.
Who knows?mungkin juga masih kurang sujudnya dipertiga malam yang terakhir.
Aku akui yang aku tak mampu lagi nak istiqamah buat benda-benda macam tu.
#bangun semata nk online pukul 3 pagi mampu plak buat.aisehhh.
Ok.Dalam hati tu ada rasa cemburu sangat-sangat bila nampak orang lain boleh buat.
Siapa kata nak istiqamah tu senang?
But at least jarang-jarang dan kadang-kadang tu tak salah kan daripada langsung tak buat.
And I don’t think yang bila Allah dah kurangkan nikmat untuk kita,maka kita pun perlu terus give up macam tu sahaja.
Sebab instead nikmat yang satu tu,berlambak lagi nikmat lain yang kita masih terima daripada Dia.
So,mulai sekarang.jom belajar untuk bersyukur.Yeay! Thank you Allah.Alhamdulillah.Love u so so much.
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Nahl 16:18)
See? cuba baca yang kat bawah ni plak.
[1] Nikmat diberikan anggota tubuh yang lengkap. Sebahagian besar orang baru
menyedari kenikmatan ini setelah dikurangi oleh Allah. Nikmat anggota badan
ini, akan dimintai pertanggungjawabannya di hadapan Allah.
[2] Nikmat kesihatan. Nikmat ini tidak bisa dinilai dengan wang. Jika
kita sakit, beribu-ribu kita habiskan untuk mengubatinya.inilah dua kenikmatan yang
kebanyakan manusia lupa : sihat dan waktu lapang.
[3] Nikmat harta. Orang yang bersyukur kepada Allah akan menggunakan harta
sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
[4] Nikmat Keamanan. Orang yang tidak mencampurkan keimanan dan kezaliman
maka baginya ‘keamanan’. Dengan
nikmat keamanan ini, kita bisa beribadah ataupun menuntut ilmu dengan perasaan
tenang.
[5] Hidayah beragama Islam dan nikmat iman. SUBHAANALLAH !!, ini adalah nikmat
yang paling besar. Mengapa demikian? Karena dengan nikmat ini kita bisa
membezakan kejahatan dan kebaikan, mana yang diperbolehkan oleh agama atau
manakah yang tidak diperbolehkkan.
”Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu
Pendengaran,penglihatan dan hati.(Tetapi)amat sedikit kamu bersyukur.
(Surah Al-Mulk [67]: ayat 23)
Sekian,salam sayang untuk anak-anak semua..
Ikhlas dari ustazah akilah nun jauh di perantauan..hekhek.